Binokular dipusing-pusing supaya pandangannya jelas. Seorang lelaki yang duduk di dalam rumah itu diperhatinya. Wajah lelaki itu nampak takut dan resah. Bibirnya melirik senyuman sinis. Ya ini yang dia mahu..wujudkan perasaan takut pada lelaki itu.
Ini tak cukup lagi jika dibandingkan ketakutan yang lelaki itu buat dulu. Dia akan pastikan lelaki itu tak boleh hidup tenang!
Bunyi statik di telinga menyedarkannya. Dia tekan butang itu.
"Bagaimana?,"
"Ada di dalam rumah lagi, rasanya dia tak nak keluarlah. Macam mana ni ya?,"
"Hmm, Dah hampir seminggu dia terperuk dalam rumah je, tak bosankah?,"
Dia senyum dengan soalan itu.
"Dah nyawa di hujung tanduk, memang taklah dia nak keluar. Tak pasal jumpa Malaikat maut jika dia keluar,"
"Cakap pada dia lambat lagi Malaikat maut nak cabut nyawa dia, 'Mereka' nak main-main dulu," Suara itu ketawa.
"Dahlah, aku nak perhati dia. Jika ada arahan bagitahu," Butang off ditekan. Dia kembali memerhati lelaki itu. Tapi sungguh membosankanlah lihat lelaki ni.
Buatlah sesuatu yang boleh bikin dia terhibur. Ni duduk di sofa saja buat apa?.
Dia terlihat lelaki tu capai phonennya, pasti ada orang call. Dia tekan sesuatu di telinganya...Ubah frekuensi supaya bersambung dengan panggilan lelaki itu. Dari awal lagi mereka dah hack phone lelaki itu, jika ada panggilan apa-apa dia boleh dengar...Suara berbual itu mula jelas.
'Aku tak tahu nak buat apa ni, setiap hari kut!, Aku takut nak keluar rumah dah!,''Ish kau ni, semakin kau takut semakin orang tu sukalah!, cuba tunjuk kau tu berani sikit. Takat gertakan begitu pun kau takut apahalnya'
'Kau cakap senanglah, kau tak rasa apa yang aku rasa!, Aku hampir mati hari tu tau tak!. Ini bukan gertakan biasa, memang ada orang nak bunuh aku!. Kau faham tak apa aku cakap ni!,'
'Okay, okay bertenang. Tarik nafas. Aku tahu kau tertekan sekarang ni. Aku pun dapat benda yang sama, tapi buat tak tahu saja,'
'Aku..aku tak boleh. Aku asyik teringat pada dua rakan kita dulu. Aku tak nak end up macam mereka!. Kenapa kita balik sini semula?,'
'Kau pun tahu kenapakan?,'
Lelaki itu diam..dia raup mukanya.
'Aku tahu...Tapi perlukah balik Malaysia?, tak bolehkah kita pergi Siam atau Indonesia?, Kenapa sini juga kau nak balik?,'
'Sebab kita kena dapatkan benda tu..,'
'Benda tu?..Itu lagi?!.. Wei!, kau dah lupakan apa jadi pada dua rakan kita tu!, kau masih nakkan benda tu?!.,'
'Ya!, benda tu adalah punca segalanya. Punca masalah ni!. Kita dah lakukan sejauh ni semata nak dapatkan benda tu. Dan aku tak nak lepaskannya sekarang..Alang-alang dah jadi jahat, baik jadi sampai mati,'
Lelaki itu mengetap.
'Kau memang pentingkan diri, Sudahlah!. Kalau kau nak sangat benda tu jangan libatkan aku. Aku tak nak terlibat lagi,'
'Hm!, tak nak terlibat?. Eh kau dah lupakah apa kau buat pada wanita tu?, dah lupa eh?.Kau pun sama jahat macam aku juga, terima jelah,'
Lelaki itu pejam mata, dia cuba lupakan peristiwa itu.
'Sekurangnya aku tak buat anak perempuan dia tu macam kau, kau lebih binatanglah,'
Suara itu ketawa, bagai tiada perasaan.
'Apa khabar budak tu ya?, mesti dah cantik sekarangkan?, teringin nak jumpalah, mana tau dia ingat aku..boleh kita ulang babak sama semula...hahahah,'
'Setanlah kau, sudahlah buang masa saja aku cakap dengan kau'
Panggilan tamat begitu saja. Tanpa lelaki itu tahu yang perbualannya didengari oleh seseorang.
Binokular itu digenggam kuat, timbul urat hijau di tangannya. Perbualan akhir itu betul-betul buat darahnya mengelegak. Sial, sial, sial, sial!!!!.
Dia bangun betul-betul geram. Alat di telinganya berbunyi pula, dia tekan butang itu.
"Jangan buat apa-apa," suara itu beri amaran.
"Kau tak dengarkah perbualan tadi?!,"
"Jangan buat apa-apa, dengar arahan dulu,"Suara itu berkata tegas.
Dia diam..nafas ditarik perlahan dan hembus."Balik sekarang, kita fikir cara lain,"
Dia diam saja dengan arahan itu. Matanya merah menahan amarah di hati, Dipandang lelaki itu dengan pandangan kebencian. 'Kau mungkin tak nak terlibat lagi, tapi aku tetap takkan maafkan kau sial!,'
30/3/2022
-Saja rajin hari ni🤭
-⭐⭐⭐⭐⭐
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...