Ariella keluar dari biliknya selepas solat subuh..Dia siap berpakaian seluar track dan baju T-shirt..Dia nak berjoging hari ni. Dah lama tak berjoging. Jam menunjukkan pukul 6.40 pagi..masih gelap...Rasanya abang-abangnya masih tidur.
Ariella turun ke bawah perlahan-lahan. Dia isi air ke dalam botol sebelum keluar. Dia pakai stokin dan beredar ke rak kasut pula. Dicapai kasut sukannya.
"Where are you going?,"
Terperanjat Ariella bila dengar suara seseorang, terus dia toleh. Iskandar tengah berdiri di tepi tangga memerhatikannya, bila masa Abang Is turun?.
"Abang Is, don't scare me like that,"Ariella cebik. Iskandar senyum sedikit sebelum tayang wajah berkerutnya pula.
"Kamu nak ke mana pukul 7 pagi ni?,"tanya Iskandar lagi.
"Joging ,Dah lama tak joging..badan Ella dah lemau dah,"Kata Ariella.
Iskandar diam..joging?. dia lihat luar.
"Kamu nak joging di mana gelap-gelap lagi ni?, dan dengan siapa?,"tanya Iskandar berkali.
"Joging di Tasik Permaisuri, sorang-sorang saja,"
"Kamu nak joging di tasik besar tu sorang-sorang?. No, abang tak benarkan,"
"Alah Abang, kenapa?..Ella just nak joging saja,"
"Memanglah kamu nak joging saja, tapi bahaya di tasik tu tau tak. Tambahan lagi masih gelap di luar, jadi apa-apa pada kamu bagaimana?,"
Ariella mengeluh..abang-abangnya ni terlebih risaulah. Kemudian dia dapat idea.
"Baiklah, apa kata Abang Is ikut sekali nak?,"tanya Ariella. Iskandar diam.
"Jomlah, dah lama kita tak joging bersama, Hari ni hujung minggu takkan nak duduk rumah saja,"
Iskandar tunduk sebentar, dia senyum.
"Baiklah, abang bersiap kejap," Iskandar beredar naik.
Yes!, Ariella senyum. Ikutkan dia nak joging sendirian, tapi tak kisahlah janji dia dapat keluar walaupun berteman.
*
*Ariella dan Iskandar berjoging di tasik Permaisuri itu. Entah berapa round mereka pusing sehingga cerahlah. Ariella dah tercungap penat. Ini bukan berjoging..ni berlari!..Yelah nak keep up dengan abangnya punya pasal. Iskandar memang semulajadi tinggi jadi setiap kali dia langkah memang besarlah langkahnya. Naik semput Ariella mengejar langkah itu.
"Abang...rest dulu...penat dah,"Ariella tercungap kepenatan. Iskandar berhenti dan senyum.
"Kamu dah penatkah?,Kita baru joging 2 round,"
"Abang saja joging, Ella berlari tau tak .Penat dah,"kata Ariella, nasiblah dia berjoging dengan owner gym.
Iskandar ketawa mendengarnya.
Mereka berjalan pula..suasana sudah cerah. Matahari sudah terbit cantik suasana tasik itu dijamah matahari pagi.
"Abang tak kerjakah?,"tanya Alisa.
"Of courselah kerja,"
"Dah tu kenapa berjoging juga?..Tak penatkah nanti,"
"I'm used to it, Abang owner gym kut..takat joging ni benda biasa saja,"Iskandar senyum. Ariella mengangguk..Hah mestilah joging ni sekadar warm-up saja untuk abang Is. Banyak lagi alat senam yang lebih memenatkan dia boleh main.
"Ada foodcourtlah, jom makan nasi lemak, Orang cakap nasi lemak foodcourt permaisuri sedap, "Ariella tunjuk foodcourt yang buka itu.
"Nasi lemak?. Joging baru 2 round nak makan nasi lemak dah. Apa guna joging macam tu,"Iskandar senyum. Ariella cebik.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...