Kereta Ariella memasuki kawasan rumah, Memandangkan kelas petang cancel jadi dia buat keputusan balik awal. Nasib dia bawa kereta sendiri kalau tak jenuh nak menunggu abang-abang kembarnya habis kelas. Dia buka kunci dan masuk ke dalam. Asyraf yang tengah baring terkejut bila adiknya pula.
"Hai, awainya balik. Ella ponteng kelaskah?,"Asyraf berkerut..baru pukul 3.30..selalu adik-adiknya balik pukul 5 atau 6.
"Kelas Ella habis awal. Kelas petang cancel jadi semua pelajar course Ella dibenarkan pulang,"Ariella senyum. Asyraf mengangguk faham.
"Mana abang Is dan Abang Zaf?, Mereka dah baik demamkah?,"tanya Ariella.
"Entahlah, dari pagi tak turun. Dah meninggal rasanya,"
"Ish abang Asy ni. Ella nak tengok mereka," Ariella jalan naik ke atas. Asyraf perhati saja.
*
Pintu bilik Iskandar diketuk, Ariella buka pintu dan jenguk sedikit. Wah, Abang Iskandarnya tengah buat push up dalam bilik. Dah sihatkah?."Abang Is,"
Iskandar tersentak bila dengar suara Ariella, dia toleh ke pintu.
"Ella, awalnya kamu balik. Pontengkah?,"Iskandar pelik bila adiknya pulang lebih awal.
"Taklah, Kelas petang cancel sebab tu Ella balik. Abang dah baik demamkah?,"tanya Ariella.
"Em..Entahlah, baik agaknya,"
Ariella sentuh dahi Iskandar. Panas.
"Abang, panas lagi ni. Kenapa tak rehat?..Kenapa bersenam ni?,Macam mana nak lega demam jika tak rehat,"Ariella berkerut. Iskandar senyum.
"Abang bersenam nak bagi lega demamlah, keluarkan peluh. Takkan bila demam saja kena baring atas katil?, Lambatlah nak lega jika begitu,"kata Iskandar.
"Yelah, tapi abang tetap kena berehat. Bersenam teruk sangat pun tak boleh juga. Nanti terlampau berpeluh boleh dehidrasi. Boleh kena strok haba nanti,"Kata Ariella. Iskandar diam mendengarnya. Wah adiknya tahu ye pasal ni.
"Baiklah adikku, Abang cool down sebentar. Nanti abang mandi ya,"Iskandar senyum. Ariella mengangguk.
"Ella nak tengok abang Zaf pula. Nanti Ella buat bubur sup ayam untuk abang Is dan Abang Zaf makan,"Ariella senyum.
"Thanks princess,"Iskandar usap kepala adiknya.
Ariella senyum dan bangun keluar dari bilik itu. Next stop bilik abang Zaf pula. Bilik Abang Zafel cuma dua pintu dari bilik Abang Is saja.
Pintu diketuk perlahan. Ariella buka pintu sedikit. Dia terlihat Abang Zafelnya tengah menatap laptop. Ini lagi sorang tak reti nak berehat. Zafel angkat kepala lihat Ariella menjenguk, dia berkerut dan lihat jam di dinding.
"Baru pukul 4, kamu balik bila?. Ponteng kelaskah?,"tanya Zafel. Ariella cebik.
"Hmm, Abang Zaf, Abang Is dan Abang Asy sama saja tanya Ella ponteng kelaskah. Kelas petang cancellah sebab tu Ella balik awal,"
Kali ketiga dah dia ulang ayat sama.
Kalau abang Harith dan abang Mikhail ada juga tadi mesti mereka tanya soalan yang sama. Risau betul abang-abangnya ingat dia ponteng.Zafel senyum saja, dia tepuk katilnya menyuruh duduk. Ariella dekati dan duduk di sebelah abang Zaf. Tangan memegang pipi Zafel.
"Panas lagi ni bang, kenapa tak rehat?,"tanya Ariella.
"Abang tengah berehatlah ni,"kata Zafel sambil menaip laptopnya.
"Ini bukan berehat kalau dah laptop di hadapan. Ni bekerja namanya,"Ariella cebik.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...