Bab 22

54 5 0
                                    

Inspektor Laith perhati di sebalik cermin. Seseorang terlantar di Wad ICU itu, wayar penuh selirat di tubuhnya.

Raslan Binti Saidin. Salah seorang dari 5 lelaki yang terlibat 18 tahun lepas. Dia mengeluh keras, Dia terlambat sikit je malam tu kalau tidak pasti dah dapat tangkap mereka bertiga. Dia hanya sempat lihat sekilas saja sebelum mereka larikan diri. Tetapi mujur dia sempat selamatkan Raslan, kini lelaki itu dalam keadaan koma akibat kurang darah. Sudah 2 hari sejak kejadian itu, mereka masih buat siasatan.

Inspektor Laith diam, cuba ingat wajah yang dia lihat walaupun sekilas itu. Lihat dari tubuh rasanya itu si kembar tu, tapi seorang lagi dia tak pasti siapa.
 
"Tuan,"Shah memanggil.
 
"Bagaimana siasatan?,"tanya Inspektor Laith. Shah mengeluh.
  
"Tiada langsung cap jari atau sehelai rambut pun boleh jadi bukti, cekap betullah mereka ni. Siapa ajar agaknya, mereka lebih cekap dari Polis,"Kata Shah.

Inspektor Laith senyum nipis. Walaupun lari dalam kekalutan tetapi langsung tiada kesan, Ya mereka memang cekap. Sahihlah belajar dari 'Abang sulung' mereka itu. Dia yang pengaruhi adik-adiknya supaya membenci dan berdendam. Laith raup mukanya.

"Bagaimana keadaan dia?,"Shah bertanya.
   
"Macam tulah, nak tak nak kita kena tunggu sehingga dia sedar," Lelaki itu saja harapan mereka, jika Raslan beri keterangan pasti dia boleh tangkap 'Mereka'.
   
"Pelik, kenapa cara lelaki tu dicederakan berbeza?. Saya ingat lelaki tu bakal kena sula juga,"Shah pelik. Laith diam.
    
"Sebab Si Mangsa tidak lakukan apa-apa pada keluarga mereka. Sekadar jadi pemerhati saja. Tapi bagi 'mereka' dia tetap bersubahat sama, sebab itu agaknya hukumannya lain,"
   
"Hukuman?,"Shah berkerut.
 
"Aku nak cakap phone sebentar, jaga mangsa,".

Sham mengangguk. Laith beredar dari situ..Tangannya mendail nombor seseorang. 5 kali deringan sebelum panggilan diangkat.
    
"Yes?,"
    
"Serius Harith?. Kamu hantar si kembar tu untuk uruskan Raslan?, Apa kamu dah buat ni?,"Laith picit dahinya. Dengar suara di sebelah talian ketawa.   
     
"Aku tak tahu pula kau risau?, Jangan risau mereka takkan tertangkap,"
     
"Aku nampak mereka Harith, Walaupun sekilas tetapi aku tahu itu si kembar itu. Kenapa kau rosakkan hidup mereka?, Mereka masih muda Rith, masih banyak perjalanan dalam hidup yang mereka akan tempuhi. Bagaimana dengan masa depan mereka jika mereka ditangkap?. Kau tak fikirkah pasal adik-adik kau?,"Laith kecewa.
     
"Tak payah nak ceramah akulah..Aku tahu apa aku buat, Aku tahu macam mana nak jaga adik-adik aku, Aku tahu cara nak buat mereka hidup baik selepas ini jadi Kau orang luar jangan cuba masuk campur urusan keluarga Aku,"

Laith diam, dia mengeluh perlahan.
   
"Kau tahukan kau takkan berada di atas selamanya. Lelaki yang kau arahkan adik-adik kau uruskan tu tidak mati lagi,"
    
"Aku tahu, Semua salah kau sebab masuk campur,"
    
"Aku buat apa yang aku perlu buat!. Halang benda ni dari jadi lebih teruk. Kau patut bersyukur aku tak sempat kejar mereka malam tu,"
      
"Yakah?, Aku bersyukur sangat Tuan Inspektor, Kalau tak jadi kerja pula nak selamatkan mereka di balai nanti,"Sedikit pun suara itu tak lut dengan gertakan Laith..Laith diam.
    
"Apapun terima kasihlah sebab beritahu yang lelaki tu masih hidup, Senang kerja sikit nak tukar plan baru,"
     
"Kau takkan dapat apa-apakan lelaki tu Harith, Pihak polis akan kawal dia 24 jam. Kamu takkan boleh buat apa,"
     
"Oh jangan risaukan itu. Adalah cara Aku akan buat nanti, bersiap sedia saja,"
      
"Kamu memang tak nak berhentikan?, Sudah-sudahlah tu sampai bila lagi kau nak begini?. Jika Ariel-,"
    
"Jangan!,Sebut..Jangan sebut nama Adik aku,"Suara tu kedengaran bengang bila nama adik perempuannya disebut.
     
"Jika kau sayangkan dia, hentikan semua ni. Kau nak dia sedih dan kecewakah jika kalian semua ditangkap nanti?,"
    
"Siapa kata kami akan ditangkap?. Kami akan sentiasa bersama dia, temani dia selamanya dan takkan terpisah. Kami takkan biarkan dia bersendirian dan akan hapus apa saja yang menganggunya,"
     
"Hapuskan?, Macam apa yang kamu buat pada lelaki-lelaki yang bersama dia tu?,"
    
"Lelaki?, Itu semua serangga perosak saja. Tak salah aku nak hapuskan pun,"kata Harith.
    
"Takkan selamanya kau boleh hapuskan serangga tu. Akan datang waktu dimana Ros itu sendiri lindungi serangganya iaitu lebah. Sama ada kamu boleh hapuskan lebah itu saja atau terpaksa hapuskan ros itu sekali..Kamu akan tentukannya,"kata Laith. Orang di sebalik talian diam saja.
     
"Jadi Aku akan hapuskan lebah itu sebelum dia dekati Ros kami,"

*
*
Ariella tatap mesin air itu, tekak teringin pula nak minum air tin di mesin. Tapi dia tak reti nak beli.

Seumur hidup tak pernah dia cuba beli air dalam mesin ni, selalu lihat abang-abangnya saja yang buat. Kiri kanan dia toleh untuk pastikan tiada orang, Malu pula dia nak cuba membeli untuk kali pertama, Pasti orang akan ingat dia kolot sebab tak pernah beli air tin mesin.

Syiling dikeluarkan dan dikira satu persatu untuk pastikan cukup dengan jumlah air itu..Nak minum apa ya?, dia lihat variasi air yang ada. Setelah memilih dia masukkan syiling ke dalam lubang. Syiling itu keluar kembali. Eh? Ariella masukkan lagi tetapi syilingnya asyik keluar.
    
"Kenapa tak nak masuk?,"Ariella berkerut, Dia belek lubang syiling itu kut ada sesuatu tersekat. Dia masukkan lagi tetapi sama saja.
     
"Alah, takkan dia tak terima syiling ni?,"Ariella lihat syiling 20sen nya.
     
"Salah lubang tu,"

Suara seseorang buatkannya terperanjat. Ariella toleh belakang. Seorang lelaki berhoodie biru berdiri di belakangnya. Bila masa lelaki ni berdiri di belakang.
   
"Itu lubang keluar syiling, memang takkan masuklah. Masukkan ke lubang atas tu," kata lelaki itu.

Ariella lihat, atas ni kah?. Dia cuba masukkan dan syiling itu masuk. Ohh. Malu dia rasa bila dia silap lubang..bodoh betullah kau Ariella. Marah diri sendiri.
   
"Er, terima kasih-,"
   
"Masukkan dulu syiling selebihnya, nanti dia telan duit,"

Ariella tersentak, Telan duit?. Kalut dia masukkan lebihan syiling yang ada di tangannya hingga habis..Lepas tu?.
     
"Um, saya boleh tekankah?,"Ariella toleh pada lelaki itu teragak.
      
"Hm?. Ya lampu di butang tu dah menyala, tekanlah butang di air pilihan kamu,"

Ariella toleh semula ke mesin itu. Dia tekan butang air Justea grape itu. Gedegang!, Air tin itu jatuh. Oh!.

Ariella tunduk dan keluarkan air tin itu..Ahhhh, Air tin mesin pertamanya!. Senyum dia teruja sangat.
       
"Dah selesaikah?,"lelaki itu menyedarkannya.
       
"Oh ya, maaf,"Ariella beri ruang.

Lelaki itu masukkan syiling ke dalam sambil sebelah tangan menaip phone, kemudian dia tekan satu air tanpa melihatnya. Ariella lihat saja.
        
"Hebatlah kamu,"Ariella memuji hentikan lelaki itu.
      
"Excuse me,"Lelaki itu pelik.
      
"Kamu beli tanpa lihat pun mesin itu. Mesti kamu dah selalu belikan sampai tahu kedudukan air yang kamu nak tu tanpa melihat,"Ariella luahkan rasa kagumnya. Lelaki itu diam.
       
"Kamu tak pernah belikah air di mesin ni sebelum ni?,"tanya Lelaki itu.
      
"Er tak. Ini kali pertama,"Ariella malu. Pasti lelaki tu rasa dia kolot.

Lelaki itu hanya diam, dia ambil airnya dan bukanya. Ariella lihat saja.

Tiba-tiba lelaki itu angkat wajahnya memandang Ariella. Mata mereka bertembung. Terpegun Ariella melihat mata lelaki itu. Warna silver Grey. Cantik.
    
"Cantik,"

Ariella tersentak..huh?.
     
"Your eyes..so rare,"kata Lelaki itu. Rare?.
     
"It's gorgeous,"Senyuman manis diberi.

Berdegup kencang jantung Ariella mendengarnya, First time dia dengar orang puji matanya. Dia tunduk sedikit malu.
      
"M-mata kamu pun..I mean!..Mata kamu pun cantik..rare..Er maksud saya,"Ariella gugup. Lelaki itu senyum.
       
"Thanks for the compliment, gorgeous,"

Ariella malu, Aduh inilah masalah dia, Dia terlalu mudah jatuh hati dengan kata manis lelaki. Sebab inilah abang-abangnya risau. Tak Ella, Jangan mudah terpedaya dengan kata manis..Ingat apa yang kamu sudah lalui!.
     
"Saya pergi dulu,"

Ariella tersentak, lelaki itu beredar dari situ tinggalkan Ariella yang terpinga itu.

Dia mengeluh, apa yang kamu harapkan Ella?. Mereka baru kenal beberapa minit saja kamu dah hampir jatuh hati?..Masalah betullah. Ariella beredar dari situ.

Di sebalik bangunan, lelaki tadi perhati Ariella secara sembunyi. Dia senyum.

     'Ariella Rose, Kita jumpa juga'


7 Februari 2023

My Mad BrothersWhere stories live. Discover now