Hari ke 3 Ariella di hospital, Dia sudah sihat sedikit. Semalam dia buat Ujian MRI untuk lihat jika ada concussion di kepala, mujur tiada masalah hanya sedikit darah beku.
Dia masih di tahan di wad untuk dipantau andai dia muntah atau pening kepala. Ralan-rakannya turut datang melawat sambil membawa bunga dan coklat, Terharu Ariella dengan keprihatinan rakan-rakannya.
Waktu melawat, hampir semua abang-abangnya ada di situ. Kadang mereka bergilir untuk jaga Ariella di wad.
"Ella nak makan apa-apa tak?,"Iskandar bertanya. Ariella mengeleng.
"Tak seleralah nak makan,"Ariella usap dadanya.
"Kenapa?, Loyakah?, Nak termuntah?,"Iskandar risau.
"Taklah Abang Is, Tak ada apa,"
"Ell, jika kamu sakit atau tak selesa bagitahu. Jangan tahan. Doktor pun pesan jika kamu sakit, loya atau pening bagitahu dan jangan diam. Takut ada komplikasi lain pula,"Mikhail berkata sambil tatap laptopnya.
"Ella okay, Tak pening atau loya pun. Cuma tak selera nak makan saja,"Ariella usap perutnya. Perut lapar tapi tak selera.
"Kamu kena paksa diri makan, jika tidak macam mana nak makan ubat?, Abang suap ya,"Iskandar ambil tray makanan hospital itu.
"Tak nak,"Ariella mengeleng, sungguh dia tak ada selera.
"Dia tak nak makan tak payahlah paksa dia,"Asyraf menyampuk.
"Kalau dia tak makan macam mana nak makan ubat?, Macam mana nak sihat jika begini?,"Iskandar membalas.
"Jangan bergaduhlah, Pening kepala Ella nanti,"Zafel bersuara pula.
"Ella pening atau kau yang pening?, Sini hospital bukan tempat check assignment budak,"Kata Iskandar. Zafel jeling saja.
"Abang dahlah, Ella yang tak nak makan. Makanan sini tak sedap," Kata Ariella.
"Yang tak sedap tulah untuk kesihatan kamu tau. Ingat sihatkah segala garam dan gula dalam makanan tu?. Bawa penyakit tau tak sebab tu Hospital sediakan makanan begini untuk pesakit,"Iskandar membebel.Ariella muncung saja bila dimarahi. Dah dia tak lalu makanan hospital nak buat macam mana.
Pintu bilik itu dibuka, Dua kembar itu masuk.
"Ella!, Honey bunny sugar bun!. Kami beli Ayam Texas ni,"Afnan sengih. Ariella terkejut.
"Texas?!, Ahhh nakk!,"Ariella teruja, Dah lama tak makan Ayam Texas.
"Hey kalian beli ayam tu buat apa?, Tak berkhasiat tau tak!,"Iskandar marah.
"Kami beli untuk Ella, bukan untuk kamu,"
"Sebab tulah aku marah. Ella tengah sakit kau beli ayam yang minyak banyak tu, Nak dia lagi sakitkah?. Tak boleh Ella kamu kena makan makanan ni juga,"
"Alah abang, Tak sedap.Tawar,"Ariella sedih.
"Tah, Macam masakan Abang Is lah, Tawar. Bolehlah apply jadi tukang masak hospital,"
"Yang tawar tulah kalian melantak sampai 3 pinggan, Tak kira kalian jangan sesekali bagi Ayam tu pada Ella,"
"Alah abang Is,"Ariella rengek.
"Jika kamu nak makan ayam tu, Tunggu keluar hospital dulu. Sekarang makan yang ni,"Iskandar mengarah. Ariella tunduk saja, Dia tak suka makanan hospital.
"Ko ni kejamlah Bro,"Aariz mengeleng.
"Senyaplah, ini untuk kesihatan Ella,"
"Betul tu, untuk kesihatan Ella. Jadi untuk elakkan pembaziran better bagi ayam tu pada aku,"Asyraf meminta.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...