Ariella menguap keletihan, Sudah berapa hari dia berada di bilik ni?. Sesekali Wanita bertopeng arnab akan muncul hantar makanan dan keperluan harian kepadanya, Bila ditanya sampai bila dia perlu di bilik itu tiada jawapan diberi.
Ariella mengeluh, Bagaimana keadaan abang-abang agaknya?, Pasti mereka risau teramat dengan kehilangannya. Sehingga sekarang dia tak tahu kenapa dia perlu duduk di bilik ini.
"Erghhh bosannya, Rasa macam di bilik tahanan saja. Dahlah tingkap kecil. Lama tak dapat vitamin dari matahari,"Ariella merungut.Pintu terbuka menyedarkannya, Ariella terus bangun dari katil. Wanita Arnab itu masuk ke dalam.
"Are you been a good girl, Ariella?,"Wanita itu bertanya.
"Yes, But I'm bored,"Ariella muncung sedikit. Wanita itu senyum.
"Jadi, Saya bawa seseorang yang boleh hilangkan bosan kamu itu,"Ariella pelik, siapa?. Seorang lelaki menapak masuk ke dalam bilik itu. Ariella terkejut dengan gerangan lelaki itu.
"Abang Harith!!,"Ariella lompat turun dari lari segera lari kearah abangnya. Dia peluk abangnya erat.
"Hai sayang, Abang rindukan kamu,"Harith balas pelukan adiknya.
"Ella pun, Rindu abang sangat,"Ariella sebak.Wanita itu beredar keluar dari bilik itu, beri ruang pada dua beradik itu. Harith lepaskan pelukan sedikit.
"Kamu tak apa-apakah?, Mereka ada buat sesuatu pada kamu tak?,"Harith tilik wajah adiknya. Ariella mengeleng.
"Ella okay saja di sini abang, Mereka tak buat apa-apa. Sebenarnya Ella hanya jumpa wanita Arnab tu saja, Dia yang kerap masuk sini bawa makanan dan pakaian,"
"Kamu tak kenalkah wanita tu?,"tanya Harith.
"Huh?,"Ariella terpinga.
"Tak mengapalah, Abang lega kamu selamat di sini,"Harith senyum usap kepala adiknya.
"Macam mana abang boleh ada di sini?, Mana abang-abang yang lain?, Mereka ada jugakah?,"Ariella menjenguk jika abang-abang lain ada di belakang.
"Ya Mereka ada, tapi di bilik lain. Jangan risau mereka selamat,"Harith senyum.
"Abang, Apa jadi ni?, Tempat apa ni dan kenapa kita di sini?. Ella cuba tanya Wanita tu tetapi dia langsung tak nak jawab pertanyaan Ella,"
"Sayang, Abang tahu kamu banyak persoalan tapi maaf bukan masanya lagi untuk kamu tahu,"
"Habis tu bila masanya?, Ella rasa Abang-abang semua banyak sembunyi rahsia dari Ella. Ella macam tak kenal siapa abang-abang Ella lagi,"Ariella tunduk sebak.
"Ella Sayang, Abang minta maaf. Abang bukan tak nak cerita tapi...,"Harith diam teragak. Ada rahsia yang abang tak boleh beritahu kamu Ella.Pintu diketuk buatkan dua orang itu toleh. Wanita Arnab itu muncul kembali.
"Masa tamat,"Harith mengeluh saja, Dia pandang Ariella semula.
"Princess, Abang kena pergi. Kamu duduk di sini ya,"
"Apa?, Kenapa?, Tak bolehkah Ella ikut abang?,"Ariella pegang erat baju abangnya.
"No Princess, Tak selamat keadaan di luar. Kamu kena duduk sini,"
"Tapi...tapi,"Ariella tunduk. Harith mengeluh.
"Beginilah, Abang janji bila semuanya sudah selesai Abang cerita segalanya yang kamu nak tahu,"
"Segalanya?,"
"Ya, segalanya. Janji kamu duduk di dalam bilik ni, Tunggu abang datang semula ya Sayang,"Harith senyum. Ariella diam. Dia mengangguk perlahan.Harith senyum kucup dahi adiknya. Ariella biarkan saja, entah bila dia dapat jumpa abangnya semula.
"Datang sini lagi ya, Janji,"
"Abang janji, Jaga diri ya sayang abang,"Harith usap kepala adiknya.Mereka berpisah, Ariella lihat saja abangnya keluar dari bilik itu. Dia tunduk sebak..kena tinggal lagi.
Harith berdiri membelakangi pintu, Wanita itu mengunci rapat pintu itu.
"Kamu akan jaga diakan?,"tanya Harith. Wanita itu mengangguk.
"Jangan risau pasal Ariella, Saya ada. Sekarang tumpu pada rancangan tu,"Wanita itu beredar, Harith mengikut Wanita itu.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...