Aariz buka mata..urgh sakitnya. Kepala rasa berpinar. Dia tarik nafas perlahan dan lihat sekeliling. Di mana ni?. Aariz bangun sedikit dan perasan Afnan di sebelahnya.
"Nan, Nan bangun,"Dia cuba sedarkan kembarnya. Afnan berkerut sedikit membuka matanya.
"Aduh,"Dia memegang kepalanya.
"Kau okaykah Nan?,"Tanya Aariz.Afnan bangun melihat sekeliling. Mereka di sebuah bilik tidur yang besar. Ini bukan bilik mereka.
"Kita di mana ni?,"Afnan terpinga.
"Aku tak tahu, Aku bangun je dah ada di sini,"Kata Aariz.Afnan diam, Dia cuba ingat kembali apa berlaku tetapi fikirannya berserabut. Dia cuba tenangkan diri tetapi bayangan itu tetap menganggunya.
"Rasanya kita diserang oleh dua samseng jalanan tu. Lepas itu...Apa jadi lepas tu ya?,"Aariz berkerut.
"Kita diculik oleh seseorang,"kata Afnan. Aariz toleh.
"Siapa?,"Pintu terbuka mengejutkan si kembar itu, Mereka tersentak bila Harith dan Mikhail masuk bersama.
"Abang Harith!, Abang Mika!,"Lega bila dua abang itu selamat.
"Kalian bagaimana?, Sakit lagikah?,"Harith pegang pipi Afnan yang cedera itu.
"Kami okay saja. Samseng jalanan saja tu,"kata Aariz.
"Baguslah, Maaf kalian terpaksa hadapi semua itu sendirian,"kata Harith.
"Abang tahu apa yang berlakukah?,"Aariz berkerut. Bagaimana?.Harith hanya diam. Dia toleh pada Shafiq yang asyik memerhati sedari tadi. Aariz dan Afnan mula sedar.
"Apa dia buat di sini?,"Aariz berkerut.
"Kalian, Shafiq ni-,"
"Kau orangnya,"Afnan bersuara tiba-tiba.Afnan pegang kepalanya yang berdenyut itu, Bayangan itu muncul lagi.
"Kau...Kau yang hantar semua mesej tu. Kau yang pisahkan kami adik-beradik. Kau Mr. Incognito,"Kata Afnan.Aariz terkejut dengan kata-kata Afnan. Shafiq hanya diam saja. Dia tarik nafas perlahan.
"Ya, Sayalah tu,"Shafiq mengaku.
Afnan menetap geram. Dia meluru kearah Shafiq ingin menyerangnya tetapi pantas dihalang oleh Harith.
"Afnan, Sabar,"
"Lepas!, Dia culik Ella!. Dia puncanya!,"Afnan menempik geram. Aariz terkedu.
"Kau culik Ella?!,"Aariz mula bengang.
"Aariz, Bertenang,"Mikhail turut memegang Aariz.
"Ariella selamat, Jangan risau,"kata Shafiq.
"Apa kau nak hah?!, Kaukah yang upah samseng tu serang kami?!, Kaukah yang porak perandakan keluarga aku?!. Siapa kau ni Hanat?!,"Afnan tempik.Shafiq tunduk sebentar, dia pandang si kembar itu semula.
"Kalian masih tak ingat sayakah?,"tanya Shafiq.
"Ingat?, Ingat apa yang kau maksudkan?!. Mana Ariella?!,"Tempik Afnan geram dan marah. Dia sudah trigger.
"Afnan bertenang!,"Kata Harith.
"Kenapa kau sebelahkan si lahanat ni?!. Dia dah culik Ella!,"Afnan ingin menyerang Shafiq tetapi Aariz pantas menghalang.
"Afnan bertenanglah!, Tarik nafas,"Aariz pegang adiknya, dia marahkan Shafiq juga tetapi dia tak nak Afnan menyerang tanpa usul periksa. Pasti ada sebab kenapa Harith dan Mikhail menyebelahi lelaki itu.Shafiq mengetap sedikit dengan keadaan Afnan. Dia tahu pasal keadaan Afnan itu. Dia tarik nafas cuba bertenang, dia dekati sedikit.
"Afnan, Aariz. Ni Aku. Fareeq.. Shafiq Fareeq Bin Dato Mohsin. Kita pernah bermain bersama dulu, Aku selalu datang rumah kalian, kita ke tadika bersama-sama. Ingat tak kita pernah kena marah dengan Anty Alina sebab main tembak-tembak hingga pecah cermin tingkap,"Shafiq cuba mengamit kenangan itu.Aariz terkedu, dia teringat pada seorang rakannya yang mereka selalu main bersama. Afnan diam turut cuba ingat.
"Ibubapa kita kawan perniagaan, Jadi aku selalu bermain bersama kalian. Aku dah lama kenal abang-abang yang lain dan aku kenal kalian,"Shafiq dekati Afnan.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...