"A~RI~ELLA~!!,"Suara kuat itu buatkan si gadis menoleh. Dua orang lelaki berlari anak dekatinya.
"Abang Riz, Abang Nan, Janganlah jerit nama Ell begitu,"Ariella cebik.
"Alolo monyok pula, Nak coklat ker?,"Afnan ketawa sambil cubit kedua pipi adiknya.
"Eiii,janganlah!,Orang tengok ni malulah,"Tangan yang bermain pipinya ditolak.
"Kamu dah daftarkah?, Abang Zaf mana?,"Aariz mencari kelibat Abang no 5 tu.
"Belum lagi,Ella baru sampai dengan Abang Zaf...Abang Zaf awal lagi dah masuk Office,dia suruh Ella daftar sendiri,"
"Hmm,teruknya Abang Zaf ni. Nasib Abang Aariz dan Abang Afnan ada untuk temani,"
"Eh tak payahlah,Macamlah Ella baru belajar sini semalam..Dah Sem 4 kut,"
Hari ini hari pendaftaran bagi pelajar Semester 3 dan 4. Dua abang kembarnya awal lagi sudah daftar Semester. Maklumlah pelajar Degree daftar awal dari pelajar diploma.
"Abang berdua ni tak ada kelaskah?,"Ariella pelik kenapa dua abang kembarnya berada di sini.
"Sajalah datang sini,kamukan bakal masuk Sem 4. Kita raikan dengan Chupa chup..Yeahh!,"Afnan hulur lolipop yang sedari tadi dipegang.
"Abang ni layan adik macam budak-budak, bagi lolipop pula,"Ariella cemik mukanya,tapi dia ambil juga lolipop tu. Rezeki mana boleh tolak.
"Jom, nak Abang Riz teman pergi daftar tak?,"
"Eh eh,kau sorang je?.Aku pun nak ikut,"
"Tak payah, Blah,"Aariz peluk bahu Ariella bawanya pergi.
"Hey!,Setan kau!,"Afnan geram terus mengejar.
Dewan Ibnu sina dipenuhi para pelajar yang mendaftar. Macam tak boleh masuk saja.
"Dewan ramailah,Apa kata kita pergi makan dulu,"Cadang Afnan.
"Ish kau ni kerja nak makan saja. Bihun yang Ella buat tu tak cukupkah?,"
"Dah aku lapar nak buat camne, Bihun tu tahan 2 jam saja, Aku perlukan nasi,"Kata Afnan. Ariella senyum. Abang Afnan ni kalau tak dapat nasi sehari memang akan sentiasa lapar.
"Esok Ella buat nasi lemak pula ya, Tapi kena beli baranglah,"
"Oh yeah!,Ni yang sayang baby lebih ni,"Afnan peluk bahu Ariella gembira.
"Eleh mengada je kau,lepaslah,"Aariz peluk pinggang Ariella dekatinya.
"Eh kau apahal main tarik-tarik pula ni,"Afnan tarik kembali Ariella dekatinya.
"Kau pun sama,apa masalah kau?,"
Kiri kanan Ariella bergerak dengan sesi tarik menarik itu..Aduh pening kepala rasa.
"Abang Riz,Abang Nan sudahlah tu. Malu kat oranglah,"Ariella hentikan dua abangnya. Aariz dan Afnan toleh pada para pelajar yang asyik memerhati gelagat mereka.
"Apa pandang-pandang?!. Tak pernah pandang orang kah!,"Si kembar itu berkata serentak.
Para pelajar yang memandang terus beredar dari situ. Ariella terkelip dengan tempikan itu. Dia mengeluh perlahan.Dah lali dengan perangai dua abang kembarnya ini.
"Abang Riz,Abang Nan. Apa kata Ella daftar sendiri. Abang berdua pergilah masuk kelas,"
"Eh mana boleh, nanti kamu sesat macam mana?.Jenuh satu kerja pula kitorang nak call pasukan penyelamat cari kamu,"
"Ish abang, Ella dah besarlah. Janganlah buat Ela macam budak-budak,"Bibir muncung mencebik. Aariz dan Afnan sengih.
"Memanglah dah besar,but you still our sweet clumsy and cute baby sister,"Aariz dan Afnan berkata serentak sambil cubit pipi Ariella sorang sebelah.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...