Jamil tersedar dari tidurnya, Bunyi yang kuat itu buatnya terjaga. Apa tu?. Dia diam lama cuba mengamati bunyi itu.
Thup!.
Jamil terus bangun dari katilnya, Bunyi tu macam datang dari bawah.Dia segera capai besi paip yang berada di bawah katil sebagai senjata. Segala gangguan yang berlaku padanya seminggu ni buatkannya sentiasa berjaga-jaga. Perlahan-lahan Jamil dekati pintu. Tangannya memulas tombol perlahan-lahan.
Suasana koridor yang gelap itu buatkannya meremang. Kenapalah dia tak buka satu lampu luar tadi?. Jamil jalan perlahan rapat ke dinding, matanya meliar lihat dalam gelap.
Tiba di tangga dia mengagau suis lampu yang berada tepi tangga itu. Ditekan berkali-kali, kenapa tak menyala ni?!..Jamil resah, dia lihat bawah. Tawakal sajalah jalan dalam gelap. Perlahan kakinya melangkah memijak anak tangga turun ke bawah, tidak sedar ada bayangan seseorang di belakangnya tengah memerhati setiap langkahnya.
Jamil jenguk ke ruang tamu, besi itu digenggam erat. Tiada apapun, bunyi tu pun dah berhenti. Tangannya cuba buka suis lampu berdekatan. Suasana terang benderang. Nafas dihembus perlahan lega.
"Hm, Lampu atas rosak rupanya, patutlah tak menyala,"Jamil mengomel sendirian, kepalanya toleh ke tangga untuk lihat lampu atas.
Terbeliak matanya bila lihat seseorang berhoodie hitam dengan topeng muka berdiri dua anak tangga di belakangnya. Pantas dia berundur terkejut. Besi yang dipegang dibawa ke hadapan bagi melindungi dirinya dari lelaki itu.
"Si-Siapa kau?!, macam mana kau boleh masuk rumah aku?,"tanya Jamil. Lelaki itu diam saja, dia berpeluk tubuh perhati saja Jamil.
"Siapa kau ni?!, Jawablah aku tanya!,"Jamil tempik geram. Lelaki ni kah yang selalu menganggunya setiap malam?.
Tiba-tiba satu hentakan mengena belakang kepalanya kuat, Jamil terus rebah ke lantai. Matanya berpinar lihat seorang lagi di belakangnya sebelum kelam.
*
*Mata dibuka perlahan, Jamil merungut sedikit. Kepalanya rasa sakit sangat. Dia cuba gerakkan tangannya tetapi tak berjaya..Dia kelip sedikit cuba hilangkan kabur matanya sebelum pandangannya jelas semula. Baru dia sedar yang dia diikat dengan kedua tangan di belakang..Apakah?!. Dia cuba meronta leraikan ikatan itu tetapi tak berjaya.
"Tak payah merontalah, sia-sia saja,"
Jamil toleh mencari empunya suara itu. Dalam kegelapan dia terlihat dua susuk tubuh di sofa tengah memerhatinya.
"S-siapa kalian?, apa kalian nak?!,"Jamil resah. Dua orang itu hanya diam saja.
"Siapa kalian ni?!, Lepaskan akulah!,"Jamil tempik.
"Diamlah, bising tau tak,"Salah seorang bersuara keras.
"Jamil Abdullah, umur 47 tahun, asal Ipoh. Anak kedua dari 4 beradik. Pernah bekerja di I-TECH KL, Genius rupanya kamu ni,"Ujar lelaki seorang lagi. Jamil diam mendengar biodata dirinya itu.
"Pada tahun 2003, kamu ditangkap atas kesalahan pecah rumah dan bunuh, bersama dengan 5 orang kawan kamu lagi, Kalian dipenjara 2 tahun sahaja,"Kata lelaki itu, Dia diam sebentar.
"2 tahun atas kesalahan membunuh dan merompak, kamu rasa adil tak untuk keluarga yang kamu bunuh itu?,"tanya lelaki itu. Jamil diam.
"Apalah sangat 2 tahun tu jika dibandingkan dengan penderitaan yang ahli keluarga itu tanggung selama ni. Lepas kalian lepas dari penjara boleh pula mula hidup baru di singapura, bagai tiada apa berlaku,"
"Siapa kalian ni?, bagaimana kalian tahu pasal ni?,"Jamil resah, dia cuba tak nak ingat peristiwa itu.
Lelaki no 2 yang diam sedari tadi bangun, dia keluarkan sesuatu.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...