Harith dan adik-beradiknya tiba di hospital, Lokasi terakhir Ariella di semak, tetapi bila mereka tiba tak ada pun, Hanya gelang kaki Ariella yang mereka jumpa putus. Bertambah panik bila Harith dapat panggilan dari Hospital yang mengatakan Ariella dimasukkan ke wad.
"Cik, Saya dapat panggilan yang Adik saya dihantar ke sini,"Harith ke kaunter pertanyaan.
"Siapa nama adik Encik?,"
"Ariella Rose,"
"Ariella Rose...Ya ada pesakit tu, Dia baru masuk beberapa minit lepas, Encik pergi ke wad Zon D-,"Tak sempat Nurse itu habiskan kata-kata semua sudah berlari ke Zon D. Tak perduli orang yang melihat mereka lari beramai-ramai, Dalam kepala hanya fikirkan adik mereka saja.
Tiba di Zon D mereka mencari kelibat Doktor yang ada. Wad mana adik mereka berada?
"Maaf," Seseorang menegur. Harith toleh pada lelaki berpakaian hitam itu.
"Keluarga Cik Ariella?,"tanya lelaki itu.
"Siapa kamu?,"tanya Mikhail.
"Saya Badri, Saya yang bawa Cik Ariella ke hospital dan saya yang hubungi Encik tadi,"Badri kenalkan diri.
"Mana adik saya?,"tanya Harith.
"Dia masih dirawat, Doktor tak keluar lagi jadi saya tunggulah jika Keluarga Cik Ariella tiba,"kata Badri.
Mereka toleh ke bilik rawatan.
"Apa jadi pada dia?,"tanya Iskandar.
"Umm..Saya harap Encik semua dapat bertenang,"Badri garu kepalanya sedikit.
"Kenapa dengan adik kami?!,"Afnan mula resah, Aariz tenangkan Afnan.
"Dia...Dia hampir diperkosa,"Tergamam para abang mendengarnya. Hampir pecah jantung dengan berita itu.
"Siapa dia?!, Siapa yang cuba perkosa dia tu?!,"Iskandar mula marah.
"Saya tak tahu, Saya dengar jeritan orang minta tolong disebalik semak dan saya lihat ada 3 orang lelaki dan Cik Ariella,"Kata Badri.Harith mengetap geram dan marah, Bermacam emosi dia rasa. Berani lelaki-lelaki tu cuba perkosa Ariella!.
"Kurang ajar!, Sial!,Sial!,"Afnan mula menengking. Tangannya mengigil.
"Nan, Afnan! Bertenang,"Zafel peluk Afnan cuba tenangkan adiknya. Tak nak adiknya trigger lebih lagi."Afnan bertenang,"Aariz turut pegang Afnan.
Badri terkelip bila Afnan mengamuk tiba-tiba. Iskandar jalan di hadapan lindung Afnan yang tengah mengamuk dari pandangan Badri itu.
"Kamu nampak tak wajah mereka?,"tanya Iskandar."Tak berapa sebab gelap, tapi saya ingat salah seorangnya ada tattoo bentuk burung warna merah, jika tak silap sayalah,"Badri berkerut cuba ingat. Iskandar diam, Tattoo burung merah.
"Keluarga Cik Ariella?,"Suara itu buatkan semua toleh, Seorang doktor Wanita keluar dari bilik rawatan.
Harith terus dekati.
"Saya abang Ariella, Bagaimana dengan adik saya?,"
"Cik Ariella tengah berehat, buat masa ni jangan ganggu dia lagi. Kami sudah rawat lukanya, Tapi tadi dia mengadu sakit kepala, Esok kami akan buat ujian MRI jika ada concussion. Hari ini kami kena tahan dia di wad dulu hingga ujian, Bagaimana Encik?,"kata Doktor wanita itu. Harith diam.
"Baiklah, buatlah apa yang terbaik asalkan adik kami sembuh,"kata Harith. Doktor itu mengangguk.
"Sejam lagi Encik boleh masuk tengok, buat sementara beri dia rehat dulu,"
"Baik terima kasih,"Doktor itu beredar dari situ. Harith mengeluh raup mukanya, wajah risau dan rungsing. Mikhail tepuk bahu Harith sedikit.
"Um, Cik Ariella tak apa-apa. Jadi saya minta diri dulu ya,"Badri bersuara.
"Ya, terima kasih bantu adik kami,"Iskandar hulur tangan ingin bersalaman. Badri senyum.
"Saya tolong apa yang boleh saja, Takkan saya nak pejam mata bila lihat gadis yang lemah hampir diperkosa. Saya ada adik perempuan juga jadi saya tahu perasaannya,"Badri balas huluran salam. Iskandar mengangguk saja.Badri beredar dari situ. Mereka perhati saja lelaki itu menghilang dari pandangan.
*
*
'Akitt, akitt!'
'Berhenti!, tolonglah berhenti!, Dia masih kecil!,'
'Senyaplah!, Aku nak balas apa yang suami kau tu lakukan pada aku!,'
'Akittt,Akitttt Tak nakkk!!!,'
"Tak nak, Tak nak..Sakit," dia meracau dalam tidur.
"Ariella, Ariella,"Ariella buka matanya tersedar dari mimpi, tubuhnya tercungap. Mana dia ni?, Apa berlaku tadi?. Tiba-tiba sesuatu menyentuh tangannya, Ariella tergamam terus tepis pegangan itu.
"Ella,"
"Tak!, Jangan sentuh saya!, Jangan sentuh saya..Hik. Saya tak nak!,"Ariella meronta dan meracau. Kedua lengannya dipegang buatnya bertambah panik.
"Ariella, Ni abang. Pandang sini Ell!,"Ariella terus buka matanya, Wajah Harith kelihatan. Walaupun keadaan sedikit samar tetapi dia masih dapat lihat wajah Abangnya.
"A-Abang,"
"Ya, abang di sini Ella. Abang di sini,"
"Abang!,"Ariella terus peluk Harith sambil menangis teresak. Harith turut peluk adiknya erat.
"Kamu selamat, jangan takut kamu selamat Ell, Abang di sini,"
"Abang..hik..Abang,"Ariella menangis esak. Hati Harith turut sebak, Dia pejam mata cuba tenangkan dirinya.Ariella berhenti menangis, dia masih di pangkuan Harith memeluknya erat. Lama jugalah dia menangis sampai penatlah. Harith usap rambut adiknya lembut.
"..Maaf,"Ariella mula bersuara.
"Hm?,"
"Ella...ingkar kata-kata abang,"Ariella sebak kembali.
"Sayang,"
"Ella tak bagitahu mana Ella nak pergi, Ella keluar malam sendirian, Ella minta maaf bang,"Ariella tersedu sedikit.
"Sudah sayang, Jangan salahkan diri. Benda nak jadi. Nasib tak jadi apa-apa, jika tidak..,"Harith diam. Jika tidak memang dia cari 3 penyangak tu hingga lubang cacing!.
"Maaf Abang, Ella janji takkan keluar malam lagi, Ella menyesal sekarang buat abang-abang risau,"
"Ya kami risau sebab kami sayang kamu Ell, Kamu satunya adik perempuan kami. Tahu tak macam nak pecah jantung abang bila dapat panggilan dari hospital, Tambah lagi dengar kamu hampir di..,"Harith mengetap. Tangan Harith dipegang erat.
"Ella menyesal sekarang, Ella dah terima balasan, Maaf Abang,"Ariella peluk abangnya erat. Harith senyum tepuk belakang adiknya.
"Abang Maafkan, Jangan buat lagi ya,"Ariella mengangguk. Mereka diam lama.
"..Lelaki tu selamatkan Ella,"kata Ariella. Harith diam.
"Ella tak nampak muka dia sebab tutup hoodie tapi dia selamatkan Ella. Dia lawan 3 lelaki itu,"kata Ariella.
"Abang tahu, dia yang bawa kamu ke sini,"kata Harith. Ariella toleh sedikit.
"Abang tahu tak nama lelaki tu?,"
"Dia cakap namanya Badri, Itu sajalah yang Abang tahu,"Badri, Itukah nama insan yang selamatkannya?. Dia bersyukur ada juga insan yang sudi membantunya.
*
*
Badri masuk ke dalam bilik, Dia toleh pada lelaki yang asyik menatap bulan itu.
"Ariella tak apa-apa, Esok dia akan buat ujian MRI untuk lihat jika dia ada concussion. Sementara ni dia ditahan di wad dulu,"kata Badri.
"...Baguslah begitu,"
"Aku peliklah kenapa kau tak hantar dia ke Hospital sendiri?, Kan lebih bagus jika abang-abang dia tahu kamu yang selamatkan adik mereka tu,"Badri pelik. Shafiq senyum.
"Jika aku hantar mereka takkan bersangka baik, Mereka akan tuduh aku yang lakukan sesuatu pada adik mereka. So better orang yang mereka tak kenal hantarkan,"Badri diam dengan pemikiran rakannya itu, Dia mengeluh perlahan sambil sandar di meja.
"Kau yang sanggup berlawan demi gadis tu, Orang lain yang dapat kredit. Aku harap aku tak jumpa abang-abang tu lagi. Menyeramkan bila kami berface-to-face tadi,"Badri mengeleng, Nasib dia boleh maintain wajah pokerfacenya masa mereka menengking, kalau tak mau tergagap tadi. Shafiq ketawa.
"Emosi mereka tak stabil, sebab risaukan keselamatan adik mereka tu. Saya agak no 7 tengah triggerkan?," tanya Shafiq. Badri diam.
"Ada dia cakap sesuatu tak?,"Badri tunduk sedikit, sebelum dia beredar sempat dia lalu sebelah Afnan yang masih dipelukan Zafel, telinga dapat dengar sedikit apa yang Afnan gumamkan.
"Fareeq,"Shafiq tersentak.
"Dia asyik panggil 'Fareeq',"Shafiq diam, dia tunduk mengetap. Apa yang kamu nampak Afnan?
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...