Bab 34

50 6 1
                                    

Ariella kembali ke kolej semula selepas 3 hari MC, Nasib demamnya dah kebah. Abang-abangnya berkeras suruh dia berehat lebih lama tetapi dia menolak. Dia dah tinggal banyak kelas kut, jenuh nak study balik nanti.

"Ella!,"Darissa, Darina dan Elexa lari kearahnya.

"Girls,"Ariella senyum.

Mereka sama-sama berpelukan ,bagai lama tidak berjumpa.

"Girl, I miss you,"

"Kamu okay tak Ell?, Demam kamu bagaimana?,"

"Saya risau tau tak bila En Zafel cakap kamu tak datang Kolej,"

Ariella senyum saja dengan sikap prihatin rakan-rakannya.

"Saya okay saja, demam saya dah kebah..Janganlah risau,"

"Betulkah ni?, kamu dah tak traumakan?,"tanya Darina.

"Ish Rina,"Darissa menyiku rakannya. Darina diam..Opss.

Ariella diam, Teringat kejadian mengerikan tu betul-betul buatnya mengigil sampai demamlah, tetapi pada masa yang sama dia sedih mengenangkan nasib Khairul.

"Kalian ada dengar apa-apa pasal Khairul tak?,"tanya Ariella.

Abang Zafel cakap Khairul selamat dari tembakan itu, dan dia berada di wad ICU. Selebihnya dia tak tahu lagi.

"Erm..kamu nak dengarkah? ,kamu baru baik kut,"Darissa serba-salah.

"Saya nak tahu,"Ariella bertegas. Darissa, Darina dan Elexa berpandangan, Mereka mengeluh.

"Khairul lumpuh seluruh badan, tembakan tu kena saraf tunjangnya. Ibubapanya berhentikan dia dari kolej ni untuk dapatkan rawatan,"kata Darina. Dia dengar ni pun dari boyfriendnya.

Ariella tunduk, dia mengeluh perlahan.

"Semoga dia cepat sembuh seperti sediakala,"Itu saja yang dia mampu buat..berdoa.

Abang-abang tak benarkan dia melawat Khairul, dia pun takut ingin melawat. Sungguh dia takut.. Sebab apapun tak tahulah.

"Kamu tak sedihkah?, Kamu baru kapel dengan dia sehari,"kata Darina.

"Saya dah cakap saya tiada luck dengan lelaki, Tak tahulah saya jadi risau nak bercinta lagi. Mungkin saya memang tak ditakdirkan untuk bercinta,"Ariella mengeluh.

"Aww, jangan cakap begitu dear. Kamu bukan tak ada luck. Kamu cuma tak jumpa lelaki yang sesuai lagi untuk kamu. Jodoh kamu sendiri,"Darissa senyum. Ariella diam.

"Entah ada atau tidak jodoh saya tu,"

"Ell, Semua ada jodoh..Cepat atau lambat saja. Kadang tak perlu cari pun dia akan datang sendiri. Tuhan akan beri kamu jodoh yang kamu perlukan, bukan yang kamu mahu,"

"Yang saya perlukan?,"

"Jodoh yang boleh lindungi kamu, yang akan terima kamu seadanya dan paling penting boleh setia dengan kamu,"Darina senyum.

Ariella diam, Setia...Adakah lelaki yang akan setia padanya?. Baru kapel pun putus tak sampai seminggu.

Tiba-tiba sesuatu terbang di hadapan mengejutkannya, Ariella pantas libas sedikit..Lebah?. Ish mana datang lebah ni?, Nasib tak sengat dia.

"Jomlah, dah lambat ni. Dahlah kelas Miss Nina cengei tu, Buat dia potong markah kita jenuh nanti,"Elexa mengajak.

Keempat gadis itu bergegas ingin ke kelas.

Tiba-tiba Ariella berlanggar seseorang, dia hampir terjatuh..Nasib orang itu menyambutnya.

"Oh maafkan saya. Kamu okaykah?,"suara itu memohon maaf.

Ariella toleh, matanya bertembung  mata berwarna grey itu. Terpegun dia melihatnya..wah cantik.

"Cik,"teguran itu mengejutkannya,
segera dia berdiri semula.

"Er, maaf,"Ariella tunduk malu.

"Tak mengapa, saya minta maaf juga,"Lelaki itu senyum.

Ariella diam saja, Kejap macam pernah lihat je mata grey tu. Dia perhati lelaki itu menghilang dari pandangan.

"Ella, cepat!,"Darina melaung menyedarkannya.

Ariella mengeleng saja, Apa-apalah. Dia bergegas ikut rakan-rakannya ke kelas.

Hari ini ini kelas amali Fundamental of beauty arts. Mereka duduk bersama satu meja. Ariella keluarkan buku notanya, Tiba-tiba sesuatu terjatuh berdeting.

Ariella tersentak..apa tu?. Dia tunduk mengambil benda yang jatuh dari dalam begnya. Dia pegang benda itu. Botol kecil saiz jari kelingking ditatap. Comelnya botol ni, tapi bila masa dia ada benda ni?.

Ariella perhati di dalam botol itu ada kertas yang dibalut. Ariella toleh pada rakan-rakannya yang asyik bersembang. Dia buka botol itu dan keluarkan kertas di dalam.

Perlahan dia buka di bawah meja. Ayat di kertas itu buatnya terkaku.

'When the flower bloom, the bee will come'
                                                'King Bee'

10 July 2023

Last one for this month, going on vacation😁

My Mad BrothersWhere stories live. Discover now