Bab 46

55 4 1
                                    

Iskandar dan Zafel perhati Shafiq yang masih bekerja itu, Dah hampir tutup Mid Valley tu, bila budak ni nak balik?. Dari jauh mereka menunggu Shafiq pulang. Dapat tahu rumahnya pun dah jadi. Teringat meeting adik-beradik tempoh hari.

"Itu apa yang Shafiq beritahu Afnan,"Aariz cerita semuanya pada abang-abang yang lain semasa mereka meeting di bilik rahsia. Afnan hanya diam saja.
 
"Rahsia Ella...Apa maksudnya?, Dia tahu sesuatukah?,"Iskandar berkerut.
  
"Rasa memang betul dia diupah, Mungkin Fazli upah budak tu?,"teka Asyraf.
   
"Atau mungkin Inspektor polis tu, hanya dia dan Fazli saja tahu rahsia ni," kata Iskandar.

Mikhail diam saja biarkan adik-adik dengan persepsi mereka. Dia toleh pada Harith yang tengah memikir sesuatu. Kenapa yang ni senyap dari tadi?.
   
"Kau okaykah Harith?,"

Semua toleh pada abang sulung mereka. Harith diam saja bagai fikir sesuatu. Gambar Shafiq ditatap lama, Bagai ada perasaan aneh bila dia lihat gambar ni. Bukan perasaan marah atau geram..Kenapa dia rasa begini?.
     
"Harith,"Mikhail memanggil lagi, Harith angkat kepala lihat adik-adiknya.
      
"Macam mana?,"Tanya Mikhail.
     
"Budak Shafiq ni bekerja di Mid Valley setiap hujung minggukan?,"
   
"Ya betul tu,"
   
"Is dan Zafel, kalian perhati budak tu sampai dia habis kerja. Ikut dia sampai ke rumah. Jika tahu rumah dia senang kita buat plan,"Harith mengarah. Iskandar dan Zafel berpandangan.
    
"Kenapa nak tahu rumah dia pula?,"
    
"Maklumat dia tak lengkap, kita kena tahu di mana dia tinggal. Siapa keluarga dia. Itu lebih mudahkan kerja kita,"kata Harith.

Iskandar tersedar bila dia ditepuk oleh Zafel, Dia toleh hadapan semula. Shafiq keluar dari kedai itu siap memakai jaket. Dia ucap selamat tinggal pada rakan sekerjanya dan beredar.
  
"Jom,"Iskandar bangun bersama Zafel mengikut Shafiq.

Shafiq jalan keluar dari mid valley itu, dia berjalan kaki keluar. Mereka berkerut.
    
"Takkan dia balik jalan kut?,"
    
"Ambil motor kau, Aku ikut dia,"Zafel berkata. Iskandar beredar lari ke tempat parking motor. Zafel mengikut Shafiq dari jauh, mana budak tu nak pergi?.

Shafiq berhenti di tempat parking motor tak jauh dari situ, dia jalan ke motor yamaha R15nya.  Oh ada motor besar rupanya.

Shafiq pakai helmet tutup satu wajahnya. Enjin dihidupnya dan dia bergerak pergi. Zafel keluar dari tempat sembunyinya, dia toleh bila dengar motor Iskandar tiba.
      
"Cepat,"Iskandar beri helmet pada Zafel, dia nampak motor Shafiq itu sudah keluar.

Zafel terus bonceng di belakang sambil pakai helmetnya. Iskandar memulas trottle mengikut laju motor Shafiq itu.

Sepanjang perjalanan mereka mengikut dari jauh, Harap Shafiq tak perasan mereka. Habis plan nanti.

Motor Shafiq berhenti di depan 7Eleven, Shafiq turun dari motor dan masuk ke dalam. Iskandar berhenti tak jauh dari situ. Beli apa pula dah?.
    
"Ini nak masuk jalan Petalingkan?, Jauhnya rumah budak ni dari tempat kerja,"Iskandar pelik.
    
"Ella cakap rumah dia dekat dengan Kolej, Ini memang jalan ke kolej pun,"Zafel masih ingat apa yang Ariella ceritakan.

Tak lama kemudian Shafiq keluar dari kedai itu, Dia tunggang kembali motornya dan beredar. Iskandar terus mengikut motor itu.

Seseorang keluar dari 7 Eleven tak lama selepas itu, Shafiq senyum saja bila dua lelaki itu sudah beredar, dia tekan sesuatu di telinganya.
   
"Dah settle,"Kata Shafiq.

Dari tempat kerja lagi dia dah tahu dua lelaki itu tengah perhatikannya. Tetapi Iskandar dan Zafel tak tahu yang anak-anak buahnya turut memerhati mereka dalam diam.

Semasa di 7 Eleven ni dia bertukar pakaian dengan anak buahnya untuk kaburi mata dua lelaki itu.
 
 'Bawa mereka meronda KL,'

Itu yang dia arahkan anak buahnya buat. Shafiq senyum bayangkan wajah frust dua lelaki itu bila gagal laksanakan tugas.

My Mad BrothersWhere stories live. Discover now