Bab 2

83 6 0
                                    

Ramainya yang masih berdaftar. jenuhlah nak beratur. Mereka mencari meja jurusan mereka.

"Eh perasan tak, Pelajar jurusan kita semua nampak samalah pakaian mereka,"Darina pelik.

"Oh,Trend baju koyak tepi..saya pernah lihat di Tweetie. Anak-anak gadis semua pakai begitu,"Kata Ariella.

Dia pun pernah beli baju koyak tepi tu, Popular dikalangan gadis-gadis, Fesyennya lawa....Tapi tulah, Kesudahannya dia kena bebelan abang-abangnya sebab pakai begitu..Macam pengemis katanya.

Paling sadis,Abang Harith koyak terus baju tu..'Dari koyak tepi saja baik koyak semua sekali,' Itu kata-kata abangnya. Baju dia beli haritu,malam tu juga jadi kain buruk..haih.

"Mentanglah ambil jurusan Kecantikan,semua trend dan fesyen dicubanya. Nampak sangat copy,"Darissa mengeleng. Nasiblah dia tak berapa minat trend terkini walaupun dia salah seorang pelajar jurusan Seni kecantikan juga.

"Jomlah, lagi cepat kita daftar lagi cepat kita keluar..saya lapar sangat ni,"Darina tarik dua rakannya ke kaunter jurusan mereka.

Setiap kali masuk semester baru mereka akan daftar untuk bayar yuran sem dan asrama jika ada. Pada mulanya Ariella teringin nak duduk asrama sekali dengan rakan-rakannya. Tapi tulah..dapat tentangan hebat dari adik-beradik lain. Memang taklah mereka nak biarkan satunya adik perempuan mereka duduk asrama.

Ariella lihat jadual kelas yang dia dapat..Alah,Semua Pensyarah bertukarlah..Oh!.

"Yeah!, Miss Estelle ajar amali kosmetik,"Ariella senyum gembira pensyarah yang dia suka ajar kelasnya.

"Yakah?, Wah kalau Miss Estelle ajar mesti kita boleh jadi model,"Darina senyum.

Miss Estelle ialah pensyarah yang paling peramah dan cantik, Dia juga merupakan seorang MUA di luar Universiti. Ramai artis yang guna perkhidmatannya sebab hasil tangannya begitu cantik.. Dapat belajar dari MUA terkenal ni memang bagai bulan jatuh ke ribalah.

Mereka selesai berdaftar,akhirnya setengah jam jugalah duduk di dalam dewan tu.

"Eh apa yang riuh-rendah di depan tu?,"Darisa lihat ramai yang berkumpul di bangunan Baiduri itu.

"Ada apa-apakah di sana?, Eh apa tu?..Tu ambulankan?,"Darissa perasan van ambulan di tepi.

'Wei apa jadi tu?,'Tanya seorang pelajar tak jauh dari mereka.

'Ada pelajar terjun bangunan tu,'

'Hah?!, terjun bangunan?!..Biar betul nak bunuh dirikah?,'

'Entahlah, saya dengar dari orang lain,'

'Siapa yang terjun tu?,'

'Muszamin..Alah yang samseng senior tu,dia yang jatuh,'

Ariella tersentak..Muszamin?..Yang tampar punggungnya tadikah?. Biar betul tadi elok saja dia bergelak ketawa ,kenapa tiba-tiba dia nak terjun bangunan pula?.

"A~riel~la!,"

Suara beralun tu dia dah dapat agak siapa. Ariella toleh pada abang-abang kembarnya yang sengih dekatinya.

"Abang Riz,Abang Nan buat apa di sini lagi?, Ingatkan kalian masuk kelas dah,"

"Kami tak ada kelas hari ni...Tu yang datang mengacau ni,"Afnan sengih.
Dia pandang Darissa dan Darina..Cantik dua rakan adiknya ni. Tapi tak boleh lawan kecantikan Ariella lagi.

"Abang, apa jadi tu?,"Ariella tunjuk orang ramai berkumpul tu.

"Entah,dengar macam ada orang nak bunuh diri...Baru hari pendaftaran dah stress ya..Haih teruk-teruk,"Afnan mengeleng.Ariella diam..Stress?.

"Oh yalah,terlupa pula..Abang Zafel nak jumpa kita..Mari, kekanda Aariz iring Adinda ke sana,"Aariz hulur tangannya bak putera raja menyambut puterinya. Ariella ketawa saja dan capai tangan itu.

"Eh nak gak,mana boleh Riz sorang je,"Afnan pegang sebelah lagi tangan Ariella.

"Eii mengade,"Aariz jeling ke atas.

"Rissa,Rina kalian pergilah dulu. Nanti saya datang,"Ariella sempat berpesan pada dua rakannya itu.
Darissa dan Darina perhati saja 3 beradik itu..Hm,jelesnya ada abang-abang yang sayang adik.

*****************
Ariella masuk ke dalam bilik Abang Zafel,Salah seorang pensyarah di situ.

"Abang Zaf!,"Ariella senyum dan peluk abang ke-5nya itu.

"Ella dah daftarkah?,"Zafel senyum sambil mengusap kepala satunya adik perempuan mereka.

"Dah,baru saja habis,"

"Baguslah tu, Maaf Abang tinggalkan Ella mendaftar sendiri....Ada urusan tadi,"Zafel serba-salah..Ingat dia nak teman adiknya berdaftar tapi tiba-tiba ada meeting last minit, terpaksalah dia tinggal Ariella daftar sendiri. Nasib ada dua orang lagi tu,boleh minta mereka jagakan Ariella.

"Ya kamu patut minta maaf,Sebab kamulah-,"

Aariz pantas tekup mulut Afnan,Wei Ella ada tu!. Ariella toleh pada dua abang kembarnya di belakang. Afnan tolak tangan Aariz dan berdehem sedikit..Ariella hairan. Kenapa si kembar ni?.

"Erm, tak mengapa abang..Macam tak biasa Ella daftar sendiri..lagipun Rissa dan Rina ada sekali,"

"Hmm baguslah tu. Adik abang ni dah matang rupanya,"Zafel usap kepala adiknya.

"Abang Zaf ni, Ella dah besarlah. Bukan budak-budak lagi,"Ariella cemik mukanya.

"You're still a child in my eye,"Zafel senyum.

"Awww,kami macam mana?,"Aariz dan Afnan menekup kedua pipi sambil terkelip-kelip comel.

"Korang tak payah wujud pun takpa, Menyusahkan,"Zafel membidas.

"Wah so cruel,"

Ariella ketawa,Abang tiga orang ni kalau tak bergaduh memang tak sah.

"Oh yalah bang, Tadi ada pelajar jatuh bangunan,"Ujar Ariella pada Abang Zafelnya. Zafel toleh kepalanya pada Ariella, kemudian pada si kembar itu. Si kembar itu diam saja bagai tak tahu apa.

"Bangunan mana?,"

"Bangunan Baiduri. Dekat dengan dewan..Terkejut jugalah tadi,"Kata Ariella.

"Yakah..Tak mengapalah,biar pihak kolej uruskan. Tak payah masuk campur,"Selamba saja cakap.

Ariella diam..kenapa Abang Zafel tak nampak terkejut?. Pelajar jatuh bangunan kut. Abang Aariz dan Abang Afnan pun macam selamba saja tadi.

"Ella nak pergi mana sekarang ni?,"Zafel ubah topik.

"Huh?.Oh Ella nak makan dengan Rissa dan Rina,"

"Yakah?,Pergilah makan dulu,"Zafel seluk poketnya keluarkan 4 keping duit not 50..Dia serahkan pada Ariella.

"Apa ni?,"Ariella pelik.

"Saja, Sempena pendaftaran sem. Makan sepuas hatinya,"Zafel senyum.

"Wah,terima kasih Abang Zaf!,"Ariella peluk abangnya erat.

"Tak Aci, nak jugak!,"Aariz dan Afnan cebik.

"Kalian berdua tunggu sini sebentar, Saya nak cakap dengan kalian,"Zafel jeling tajam. Terdiam dua orang tu..Alah, menyesalnya bersuara tadi.

"Erm, Ella keluar dulu ya. Nanti Rissa dan Rina tunggu pula,"Ariella senyum.

"Hati-hati,"Zafel senyum menghantar Ariella ke pintu.

Selepas Ariella beredar, matanya terus berubah beku memandang dua kembar bermasalah itu.

18 November 2021

My Mad BrothersWhere stories live. Discover now