Bab 6

74 6 1
                                    

Guruh berdentum mengejutkan Ariella dari tidur, Dia bangun perlahan..kuatnya guruh. Dia lihat jam..Dah pukul 2 pagilah. Ariella terkejut lagi bila dengar bunyi guruh.

Urgh. Kenapalah boleh guruh pula ni?. Dia memang takut guruh sejak kecil lagi. Takkan nak panggil abang-abangnya teman pula.

Tak Ariella, kamu dah besar takkan nak kacau abang-abang lagi. Ariella cuba bertenang. Tak ada apa ni, sekejap saja kut guruh. Dia baring kembali cuba untuk tidur.

GROMM!!!

Ariella terperanjat. Urgh. Dia bangun semula. Macam mana nak tidur ni?.
Ariella capai botol airnya untuk minun sedikit..Alamak dah habis pula. Takutnya nak turun guruh-guruh ni, dahlah bawah gelap, tapi dia haus sangat ni. Nak tak nak terpaksanya dia beranikan diri untuk turun.

Ariella suluh jalan turun ke bawah dengan phonenya. Bilik Abang-abangnya sudah gelap, pasti semua sudah tidur. Dia mengesot di tepi dinding mengagau dalam gelap. Mulalah dia fikir macam-macam bila bersendirian ni. Suka sangat menakutkan diri dengan imaginasi.

Ariella terhenti bila lihat lampu dapur terbuka..siapa?. Ariella jenguk ke dapur..dia lihat seseorang berdiri sambil menatap phone.

"Abang?,"

Mikhail toleh bila dengar suara adik perempuannya.

"Ella, kenapa tak tidur lagi?,"tanya Mikhail.

"Ella terjaga tadi..gu-,"

Tiba-tiba Kilat memancar di tingkap dapur, Ariella terus tutup telinganya resah..Mikhail dekati Ariella dan peluk adiknya erat.

GROMMM!!!

Guruh berdentum kuat menggegarkan seluruh langit. Kuat betul guruh malam ni. Ariella pegang baju abangnya resah..macam bergegar saja rumah ni.

"Jangan takut, abang ada,"Mikhail usap kepala adiknya.

"Kuat betullah guruh kali ni,"

"Emm..Kamu nak ambil airkah?,"Mikhail lihat botol air yang adiknya bawa. Ariella mengangguk.

Mikhail ambil botol itu dan isi air untuk adiknya. Ariella pegang saja baju abangnya masih takut jika awan mengamuk lagi.

"Abang Mika buat apa tak tidur lagi?,"Ariella perasan.

"Abang nak minum air," Itu saja jawapan yang diberi.

Ariella mengangguk saja. Dia toleh ke ruang tamu gelap itu..gemuruh pula duduk berdua di sini. Dahlah dia penakut orangnya. Dia perasan sesuatu di meja makan.

"Abang buat kerjakah?," tanya Ariella bila lihat laptop dan kertas berselerak di meja.

"Erm, sikit saja. Dah siap dah tu,"

"Mana boleh buat kerja dalam guruh nanti kena sambar petir,"

Mikhail senyum saja.

"Abang baru nak masuk tidur, kebetulan guruh pula,"Kata Mikhail. Ariella diam.

"Dah siap, kamu nak tidurkah?," Mikhail beri botol air adiknya yang sudah diisi penuh.

"Ya..Erm...,"Ariella tunduk teragak.

Mikhail senyum.

"Nak abang temankan?,"

Ariella pantas mengangguk. Mikhail senyum saja tahu. Adik perempuan mereka ni memang penakut sikit.

"Jom tidur bilik abang,"

Ariella senyum mengangguk. Dah biasa tidur dengan abang-abangnya. Siapa lagi tempat dia nak bermanja selain abang-abangnya.

*
*
GROMMM!!!

Lan tersedar dari tidurnya, dia bangun sedikit. Kenapa panas sangat ni?. Mengagau dia cari phone di tepi, setelah jumpa dia buka touchlight.
Kipas tak bergerak..Mesti Blackout ni. Dia mengeluh dan bangun.

Berpandukan cahaya lampu phone dia jalan mencari kotak suis. Nasib dekat dengan bilik saja. Dia periksa kotak suis itu..apa yang trip?. Kuatnya guruh malam ni.

Tiba-tiba kilat menyambung membentuk bayang seorang di dinding, terkejut terus dia toleh ke belakang. Dia suluh di tingkap belakangnya..tiada siapa.

Lan diam sebentar...Dia tersalah lihatkah?. Ah mungkin bayangannya sendiri. Lan kembali menatap kotak suis itu. Jari membelek suis-suis yang ada..macam mana nak buka ni?.. Dia tekan suis utama tetapi tak menyala. Takkan dah rosak kut?.

Kilat dan guruh menyambar lagi, Lan toleh..uish boleh shock dia nanti. Baik jangan kacau. Dia mengeluh nampaknya malam ni terpaksalah berpanas. Lan ingin naik semula sebelum dia dengar sesuatu di dapur.

Dia toleh..Tergamam dia bila lihat seseorang berpakaian hitam di dapur berserta pancaran kilat..Terus dia berundur terkejut. Apakah?!..Siapa pula di dapur?!. Lan telan liur sedikit.

Dia beranikan diri menyuluh kearah dapur..Orang tu dah hilang..Dahlah hujan lebat, rumahnya blackout pula tu.

Klak, sesuatu jatuh mengejutkannya.

"Siapa tu?!,"Lan menjerit, dia suluh sekeliling. seram sejuk pula dia rasa.

Prang,prang,prang.

bunyi sesuatu pecah di dapur pula. Hantu mana pula yang kacau dia malam-malam ni??.

"Siapa tu woi?!, jangan main-mainlah!,"Lan menempik.

Bunyi itu diam..Lan cuba dekati dapur..dia suluh kearah dapur..Dia terlihat pinggan-pinggan yang berkecai di lantai itu..siapa yang-

Dia terasa sesuatu di belakang, segera dia toleh. Tiba-tiba dia ditolak kuat hingga berlanggar rak kabinet. Phone terlepas dari tangan.

Dalam kegelapan malam dia lihat samar tubuh seseorang di hadapan. Perompakkah?!. Tak sempat bertindak, dia rasa lehernya dicekik..Lan terpempang. Dia cuba lepaskan diri dari cekikan itu.

Genggaman itu semakin kuat.. hampir putus nafas dia, dia tak dapat lihat siapa yang menyerangnya ni. Sesak..sakit..Dia meronta-ronta. Pandangannya mula kelam..Tak lama lepas tu, Dia berhenti bergerak.

Orang itu berhenti bila Lan tidak lagi meronta..tangannya dialihkan dari leher Lan. Dia tunduk rapatkan telinganya di bibir Lan..Bila dengar bunyi nafas Lan, Dia senyum puas.

Nasib baik hanya pengsan saja. Dia tak nak lelaki ni mati lagi.
Dia angkat tubuh Lan memapahnya ke bilik semula. Dia letakkan tubuh Lan kembali ke tilam..Tangannya menekan sesuatu.

"Selesai,"

Lelaki itu selimutkan Lan sebelum bangun, wajahnya sinis melihat Lan ketika itu.
     Kita akan jumpa lagi nanti.

Guruh dan kilat memancar kuat, lelaki itu beredar dari situ. Tak lama lepas itu kipas bilik kembali bergerak menandakan eletrik sudah kembali.

3 Disember 2021

*⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

My Mad BrothersWhere stories live. Discover now