"Ella, kita tengok movie malam ni nak tak?,"Darina mengajak.
"Movie?, Movie apa?,"Ariella hairan.
"Cerita Barbie terbaru tu, mereka cakap best. Teringin pula saya nak tengok. Jomlah girls outing, Midnight movie," Darina senyum.
Ariella diam. Keluar malam..Abang-abangnya mana benarkan dia keluar malam.
"Saya nak beli burger sebelah rumah pun kena berteman tambahan lagi nak keluar tengok movie night. Sorilah Sis, ajaklah Rissa dan Elexa saja. Saya tak mampu nak buat apa-apa,"Ariella mengeluh.
"Hmm, susah betul ada abang-abang protective ni,"Darina mengeleng, tetapi dia tak paksa jika rakannya tak boleh keluar.
"Memang pun, entah apalah yang mereka risau sangat. Saya dah besar kut. Dah boleh berkahwin dah kalau nak,"Ariella cebik, dia susun buku notanya dalam beg.
"Hmm dah boleh berkahwin?, Kamu nak kahwin dengan siapa?, Lelaki yang confess kamu tu?,"Darina senyum. Ariella terus meruap merah bila terbayangkan wajah kacak Shafiq itu. Ish!!.
"Jangan cakap begitulah!, Saya jumpa dia pun jarang tau, macam mana nak berkahwin,"Memang abang-abangnya kepung sungguh, dia tak boleh nak ke mana langsung. Rimas juga kadang kala.
"Wah, belum apa-apa sudah fikir nak kahwin dengan lelaki tu. Ariella sudah advance,"Darina sengih.
"Ish, Rina!,"Ariella malu teramat. Kenapalah dia boleh fikir begitu. Darina ketawa melihat wajah merah rakannya itu. Comel betullah.
*
*
Ariella bersendirian di kafe, Tak ramai pelajar sebab masih sesi pembelajaran. Tapi kelas Amali Beauty cancel sebab Miss Estelle ada hal dan akan ganti kelas ke hari lain.Rakan-rakannya ada kerja jadi dia jadi lone rangerlah sementara. Ariella mengeluh, bosan betul rasa. Asyik benda yang sama dia buat, Pergi kolej, balik kolej duduk rumah, sungguh dia bosan.
"Hot Koko, cheezy fries,"Seorang pekerja kafe letak makanan di meja Ariella. Ariella toleh terkaku..aik?.
"Jap, saya tak order pun ni,"Ariella terpinga, memang dia tak rasa nak order pun.
"Ada orang bagi,"kata pekerja itu sambil beredar. Ariella diam, siapa bagi?.Makanan itu ditatap, ada sesuatu bertulis di tisu itu. Ariella hairan dan buka tisu itu.
'Flower does'nt dream of bee, It bloom and the bee will come -King Bee,'Terus senyuman terukir di wajahnya. Mesti Shafiq ni, Jap bagaimana lelaki tu tahu dia di sini?. Ariella mencari jika terlihat Shafiq.
"Looking for someone, flower?,"
Suara tiba-tiba mengejutkannya.Ariella toleh belakang lihat Shafiq senyum sambil memegang cawan cup.
"Dah agak dah, mesti kamu ada berdekatan sini,"Shafiq dekati dan tarik kerusi duduk di depan Ariella. Ariella tunduk tersipu.
"Ada saja kata-kata kamu nak beri ya,"Ariella lihat tisu itu.
"Well, kamu nampak bosan jadi saya cubalah buat kamu senyum. And it work,"Kata Shafiq. Ariella senyum malu.
"Oh ya, kamu tak ada kelaskah?,"
"Kelas saya dah habis, Saya ada banyak masa lagi sebelum kelas seterusnya,"
"Samalah, Kelas saya cancel sebenarnya. Rakan-rakan saya pula sibuk. Malas nak join mereka jadi saya jadi lone ranger di sini,"
"Oh patutlah, ingat saya sorang saja suka jadi lone ranger dalam kolej ni,"Kata Shafiq. Ariella ketawa saja.
"Kamu tak ada kawankah?,"
"Ada je, tapi semua duduk di hostel, malas nak join mereka. Tak selesa duduk dalam bilik orang,"
"Oh, kamu tak duduk hostel juga?,"
"Rumah saya dekat saja, malas nak ambil hostel. Saya tak suka berhimpit. Introvertlah katakan," kata Shafiq.Ariella mengangguk faham, macam Abang Asyraflah, Introvert. Budak komputer memang semua Introvert ya?.
"Makanlah, untuk kamu,"Shafiq juih pada cheezy fries itu.
"Saya punya?,"Ariella terpinga.
"Kamu suka cheezy frieskan?, Selalu order setiap kali waktu rehat,"Shafiq senyum.
"Huh?, macam mana kamu tahu?,"Ariella terkejut.
"Saya dah cakap saya selalu perhati kamu, Maaf kalau saya nampak macam stalker. Tapi masa tu saya tak berani nak tegur kamu lagi jadi saya hanya perhati dari jauh,"Shafiq garu kepalanya. Ariella diam..Begitukah?.
"Dan...kamu pernah menangis sebab berebut cheezy fries tu dengan saya,"Kata Shafiq. Ariella terkedu..hah?!.
"Bila masa?!,"
"Erm, Masa kamu sem 2 agaknya. Masa tu itu fries terakhir dan kamu merengek bila fries tu habis. Tak sampai hati pula lihat kamu mengidam fries tu jadi saya bagilah pada kamu,"Shafiq cuba ingatkan perkara itu pada Ariella.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...