Ariella sediakan sarapan untuk keluarganya. Nasi goreng dan ayam goreng. Simple saja hari ini. Ariella jenguk abang-abangnya di ruang tamu.
"Abang Asy, Abang Is, Abang Zaf sarapan dah siap,"
"Baik,"Tiga lelaki itu menyahut.Ariella sangkut apronnya di penyangkut sebelum jalan keluar dari dapur. Tiga abangnya sudah dekati meja makan.
"Mana yang lain?,"tanya Ariella.
"Entah, nanti mereka turun kut,"kata Iskandar.
"Nak Ella panggilkan mereka?,"tanya Ariella.
"Tak perlu Princess, Pandai-pandailah meteka turun nanti. Masing-masing dah besar takkan nak kena panggil makan lagi,"Zafel menyeduk nasi goreng ke pinggannya.Ariella diam, Tapi selalunya time ni.Dua abang kembarnya sudah riuh..mana mereka?.
"Jom makan, Duduk Princess,"Zafel tarik kerusi sebelahnya pelawa Ariella duduk. Ariella senyum saja.Di dalam bilik Si kembar. Harith, Mikhail dan Aariz masing-masing cuba tenangkan Afnan. Afnan berpeluk tubuh sambil gigit bibirnya hingga berdarah.
"Afnan stop!, Jangan gigit bibir kamu,"Aariz cuba hentikan adiknya.
"Afnan, tengok sini. Tengok sini,"Harith pegang kepala Afnan supaya melihatnya. Afnan pandang Abangnya.
"Bertenang, semua dah selesai. Ia dah selesai,"Harith berkata.
"Tak, lelaki tu masih hidup. Dia masih hidup,"Afnan berkata perlahan.
"Dia dah mati Nan, kamu sendiri tikam dia dengan besi tu,"
"Dia masih hidup!, Dia masih hiduplah!, Dia tak mati lagi!,"tempik Afnan geram.
"Okay,okay Abang faham. Bertenang tarik nafas..Bertenang Amir Afnan,"Harith pegang kedua bahu Afnan cuba tenangkannya.
"Dia tak mati, Polis tak guna tu kacau. Tak guna!, tak guna!. Aku benci polis. Aku benci sangat,"Afnan mengetap marah.Harith diam saja, dia mengeluh dan toleh pada Mikhail. Mikhail sediakan Ubat untuk Afnan makan.
"Makan ni Afnan,"Harith beri ubat itu. Afnan alih mukanya.
"Kita akan uruskan polis tu juga. Kamu kena makan ubat ni dan berehat,"Kata Harith lagi. Afnan masih diam.Aariz ambil ubat itu dari Mikhail. Dia dekati Afnan sedikit. Harith beri ruang pada Aariz untuk memujuk Afnan.
"Nan, Ariella akan susah hati jika dia tahu kamu sakit Nan. Kamu tahukan Ella tak suka lihat kamu sakit..Kamu nak dia lihat keadaan kamu beginikah?,"Aariz terpaksa sebut nama adik perempuan mereka. Afnan tersentak..Ella.
"Tak, jangan..Jangan bagitahu dia..Jangan bagi dia masuk sini,"Afnan resah, dia tutup telinganya dalam keadaan takut dan cemas.
"Jadi kamu kena makan ubat ni supaya kamu sihat. Makan ni Nan,"Aariz ingin menyuap Afnan.Afnan lihat pil ubat itu, dia nganga sedikit dan makannya. Dia teguk air pula.
Harith mengeluh, Sampai bila dia sanggup lihat adik-adiknya begini?. Dia mengetap sedikit. Tak dia kena kuat untuk adik-adiknya. Tiada siapa dapat membantu jika dia rapuh.
Aariz selimutkan Afnan bila dia sudah tidur. Dia mengetap, sakit hatinya bila lihat kembarnya begini, dia bagai dapat rasa juga kesakitan dan emosi Afnan sekarang ni.
"Sampai bila Afnan kena hidup begini?,"tanya Aariz. Harith dan Mikhail diam saja. Harith bangun dan pegang bahu Aariz.
"Ia akan tamat tak lama lagi, Kamu kena kuat untuk Afnan,"Aariz toleh pada abang sulung itu.
"Betulkah apa yang Afnan cakap?. Si setan tu masih hidup?. Saya yakin Afnan tikam jantung setan tu,"Aariz berkerut. Harith diam.
"Jangan fikir pasal itu, Kamu jaga Afnan,"Kata Harith sambil beredar dari bilik itu diikuti oleh Mikhail. Aariz mengeluh saja lihat Afnan.Harith diam di luar pintu bilik itu. Dengar gelak tawa adik-beradik lain di bawah. Entah apa yang mereka bualkan itu. Harith tunduk sedikit.
"Harith,"
Harith toleh pada Mikhail.
"Siasat pasal ni, Jika betul apa yang Afnan cakap kita kena fikir rancangan lain,"kata Harith.Mikhail mengangguk. Mereka memang sedia maklum dengan firasat Afnan yang sentiasa tepat itu. Tapi Firasat itu muncul bila dia dalam keadaan tadi saja. Trauma dan tertekan.
*
Afnan buka matanya bila rasa satu tangan memegang dahinya. Dia toleh ke tepi, Ariella duduk di sebelahnya dengan wajah yang risau.
"Ella,"
"Abang Nan okay?, Demam lagikah?,"Ariella bertanya. Afnan diam..Dia demamkah?. Adnan bangun sedikit.
"Abang jangan bangun, Abang tak sihat ni,"Ariella risau.
"Abang okay,"Afnan duduk bersandar.
"Ella ada buat sup ayam dan meatball kegemaran abang. Dari tadi Abang tak makan,"
"Pukul berapa sekarang?,"tanya Afnan. Dah berapa lama dia tidur?
"2.30,"kata Ariella. Afnan diam. Lamanya dia tidur.
"Kamu tak ke kelaskah?,"Afnan pelik, hari ni baru hari rabu.
"Kelas Cancel semua, Pensyarah yang mengajar kelas Ella semua terlibat dalam pertandingan Inovasi nanti,"
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...