Ariella tatap di cermin, Gaun peach berbunga itu begitu sesuai dengannya, tambah dengan cekak rambut mutiara menawankan lagi dirinya.
Hari lahir tahun ini akan jadi bermakna untuknya, sebab rakan-rakannya akan turut hadir..Begitu juga dengan lelaki itu.
Ariella tekup pipinya malu teramat. Apa reaksi lelaki tu bila lihat dia agaknya ya?. Dia tatap semula cermin, Apa lagi harus dimekap ya?, Tak tebal sangatkan dia mekap ni?.
Ariella fikir sebentar apa aksesori perlu dipakai lagi. Oh!. Dia mencari sesuatu di laci almari. Satu rantai bentuk lebah dan bunga dikeluarkan. Rantai yang Shafiq beri padanya. Terus dia pakai rantai itu dan tatap cermin semula. Cantik!.
Memang menyerlah rantai ni dengan warna pakaiannya itu. Ariella senyum saja.
Ketukan pintu menyedarkannya , Segera dia ke pintu dan buka. Zafel tengah berdiri di depan pintu.
"Wah, cantiknya kamu,"Kata Zafel. Ariella senyum.
"Terima kasih. Cantikkah?, Sesuai tak pakaian ni dengan Ella?," Ariella peraga dirinya.
"Cantik, Kamu pakai apapun cantik. Ni kawan-kawan kamu dah tiba tu,"
"Yakah?, Awalnya mereka tiba,"Ariella segera keluar dari biliknya.
Dia turun ke bawah untuk sambut keluarganya. Terlihat rakan-rakannya di ruang tamu berbual dengan Aariz dan Afnan.
"Girls,"Ariella memanggil. Semua toleh kearah Ariella.
"Girlll!!, Ahhhh cantiknya kamu!,"Darina bangun terus dekati Ariella.
"My god!, You look like a princess!, Princess Peach,"Darina pegang tangan Ariella erat. Ariella ketawa.
"Thank you, Kamu pun cantiklah,"Ariella lihat dress Darina yang simple dan elegan itu.
"Ehh no way, Of courselah Birthday girl lebih cantik. Ini baju saya beli bundle je,"Darina ketawa. Ariella senyum saja mengeleng.
"Happy Birthday Ella, Hadiah saya letak di meja hadiah tu,"kata Darissa.
"Happy Birthday Ella,"Elexa senyum.
"Happy Birthday Sis!, Semoga sentiasa gembira dan diberi jodoh yang terbaikkk,"Darina peluk rakannya. Ariella ketawa saja.
"Terima kasih Sissy,"
"Perlukah doa pasal jodoh tu?,"Afnan cebik mendengar doa Darina.
"Alah bagi chance, Mana tahu jodoh Ella jatuh dari langitkah?,"
"Jatuh dari langit, Kalau jatuh dari neraka macam mana?, Jodoh jugakah tu?,"Afnan membidas.
"Kalau yang jatuh dari neraka tu Malaikat jaga neraka, mungkin juga jodoh. Jika dia jahat sekurangnya dia Malaikat dari Syaitan,"Darina sengih, Terdiam Afnan mendengarnya.
"Mengarutlah kamu ni Rina, Saya nak jodoh manusia bukan Malaikat atau Syaitan,"Ariella tepuk sedikit lengan Darina. Darina ketawa saja.
"Bercakap pasal jodoh, Mana dia Mr Hot guy tu?,"Darina ingin tahu.
"Um, Entahlah. Tak datang lagi rasanya," Ariella lihat jam.
"Dia tak datang dah tu, Jomlah potong kek,"Afnan bangun.
"Tunggulah bang, Mana tahu dia lewatkah,"
"Semua dah adakah?, Jom ke meja makan,"Abang Harith muncul bersama Mikhail.
"Kejap Abang Harith, 5 minit lagi ,"Kata Ariella. Harith mengangguk.
"Ini yang sulungkah?,"tanya Darissa.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...