Pintu dibuka, Badri masuk ke dalam membawa satu fail.
"Wei, Inspektor tu bagi faks,"Kata Badri. Lelaki itu toleh.Fail bertukar tangan, Lelaki itu melihat kertas dalam fail itu. Dia mengeluh saja dan tutup kembali fail itu.
"Apa kau nak buat sekarang?, Abang-abangnya mesti kawal si bunga tu ketat,"kata Badri. Lelaki itu diam saja, dia sandar di sisi tingkap menatap bulan penuh itu.
"Mereka trauma sekarang, Dan itu yang jadi bahaya. Racun sudah merebak pada Ros itu,"Badri diam saja dengan kiasan ketuanya itu. Dia sandar di meja.
"Macam mana kau nak kawal racun-racun tu sekarang?,"tanya Badri. Lelaki itu senyum sedikit.
"Tiba masanya,"Lelaki itu tarik hoodie yang menutup kepalanya. Mata greynya bercahaya dengan pantulan cahaya bulan itu.
"Let this Bee protect the Rose from those Thorn,"
*
*
Ariella turun ke bawah, laparnya rasa. Tadi dia mogok tak nak makan malam. Sekarang tengah malam dia kelaparan. Ariella buka lampu dapur supaya terang..nak makan apa ya?.Dia lihat apa yang ada di dapur. Peti ais dibuka, baki lauk waktu makan tadi berada di dalam peti. Ariella perhati saja, malas nak panaskan. Dia tutup kembali peti sejuk. Takkan nak makan biskut pula?. Ariella mencari apa makanan yang ada. Dia terjumpa pek meggi kari, ni mesti abang Asyraf punya.
Ariella pandang saja meggi itu. Ah lantak!. Dua bungkus meggi dicapai. Lama tak makan meggi sebab Abang Is larang, sekarang suka hati dialah!.
5 minit memasak, Siap meggi kari telur dan sosej. Sempat lagi dia tambah bahan. Ariella senyum puas, dia tiup sedikit meggi itu dan makannya..Sedap!, dah lama tak makan makanan segera.
"Hem,"Seseorang berdehem mengejutkannya, nasib tak tersedak. Ariella toleh lihat Iskandar tengah perhatinya..Opss kantoi.
"Makan Meggi tengah malam Ell?,"Iskandar berkerut.Ariella diam saja, Baru sedar dia tengah mogok. Terus dihirup meggi itu kuat bagai memprovok..Srupppp!.
Iskandar perhati, Dia jalan dan berhenti di hadapan adiknya. Ariella jeling saja sambil mulut mengunyah.
"Kamu marah sangatkah sampai nak tunjuk perasaan begini?,"tanya Iskandar.Ariella tidak menjawab, dia tiup meggi yang dia kaup dan makan lagi..Sruppp!. Iskandar mengeluh saja, dia tarik kerusi dan duduk di hadapan Ariella. Tangan menongkat di meja.
"Sudahlah, berapa lama lagi kamu nak marah?, Kami bukan saja-saja nak kongkong kamu. Ini untuk keselamatan kamu,"kata Iskandar.Ariella jeling 'Keselamatan apanya?,'. Iskandar tunduk sedikit.
"Lelaki yang kamu jumpa di perkuburan tu..Bukan orang yang baik,"kata Iskandar. Ariella terhenti.
"Abang tak tahu apa yang dia cakap pada kamu, Tapi dia memang bukan orang baik. Bukan kawan Ayah yang baik,"kata Iskandar. Ariella diam. Apa maksud abang?. Iskandar pandang adiknya.
"Dia punca Ibubapa kita mati,"Ariella terkejut mendengarnya, terus dia tersedak..Uhuk!,uhuk!. Ariella terbatuk. Iskandar terus bangun ambil air.
"Hm, makan lagi makanan tak sihat tu, kan dah tersedak,"Iskandar tepuk belakang adiknya. Ariella teguk air itu rakus. Berdesing telinga dengan kepedasan meggi itu.
"Abang cakap begitu kenapa?!,Tak baik tuduh orang begitu!"Ariella geram. Iskandar senyum.
"Sebab itu kebenarannya,"kata Iskandar. Ariella diam..kebenaran?.
"Apa maksud abang Is?,Kenapa pakcik tu jadi punca Ibubapa kita mati?. Bukan abang Harith cakap Ayah dan Bonda meninggal akibat kemalangan?,"Ariella hairan. Iskandar diam.
"Lelaki tu punca,"kata Iskandar buatkan Ariella terkejut.
"Pakcik tu langgar Ayah dan Bondakah?!,"Iskandar diam, Nak angguk ke nak geleng ni?. Padahal cerita kemalangan tu hanya rekaan saja. Mereka tak bersedia lagi nak cerita pada Ariella.
"Abang tak pasti, Itu hanya Harith saja tahu. Sebab tu dia marah masa kamu jumpa lelaki tu. Dia risaukan keselamatan kamu dan tak nak kamu berjumpa lelaki tu lagi. Dia tak nak kamu tahu kebenaran...Kami juga tak nak kamu tahu,"kata Iskandar. Ariella diam.
"Sebab itukah Abang Harith marah?, Sebab dia masih berdendam dengan pakcik tu?,"tanya Ariella. Iskandar mengangguk.
"That's why Princess, dengar cakap abang-abang mulai sekarang. Jangan jumpa lelaki tu lagi. Jika terserempak dengan dia lari terus. Lelaki tu bahaya,"kata Iskandar. Ariella diam, sukar dia nak percaya semua ni."Apa lagi rahsia yang abang-abang sembunyikan dari Ella?,"tanya Ariella. Dia dapat rasa bukan itu saja rahsianya.
Iskandar diam, Dia tunduk gugup. Tak, dia tak bersedia lagi. Jika dia cerita, peristiwa itu pun dia perlu cerita juga. Dia tak sedia lagi.
"Apapun maafkanlah Abang Harith, Dia buat ni untuk kamu-,"
"Tak nak,"Ariella bangun selepas habiskan makanannya, dia ke singki untuk basuh pinggan.
"Princess,"Ariella buat gaya senyap pada Iskandar, tak mahu bercakap lagi. Dia beredar dari situ. Iskandar mengeluh saja. Merajuk sungguh ni.
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...