Bab 19

61 6 0
                                    

Fail hitam itu ditatapnya lama, Kes 18 tahun lepas. Dia tak berapa ingat kes ni sebab dia masih kecil, tetapi apa yang dia ingat ialah..

Ketukan pintu menyedarkannya. Seorang lelaki masuk ke dalam.

"Kamu panggilkah?,"

"Kamu dah buat apa yang saya suruh?,"

"Dah, ni semua yang kamu nak. Kamu cuma perlu pergi saja,"Lelaki itu letak fail biru ke meja. Dia senyum dan belek fail itu..sempurna.

"Kau betul-betul nak buatkah?, jarang kau turun padang ni. Selalunya suruh anak buah kau yang lain uruskan,"kata lelaki itu. Dia senyum.

"Yang ni special sikit,"Dia tutup fail itu. Lelaki itu diam.

"Jangan risaulah Badri, Aku dah lama buat kerja ni. Aku tahulah nak jaga diri,"

Badri mengeluh saja. Dia ni kalau dah bertekad menara KLCC runtuh pun takkan ubah pendiriannya.

"Ikut kaulah, Hati-hatilah. Aku tengok macam serius saja kes ni sampai pihak polis minta bantuan,"

Dia senyum saja..Ya memang serius pun. Dia bakal berperang dengan 7 orang ni nanti.
*
*
Raslan duduk saja di dalam bilik. Dia gigit kukunya gelisah. Sejak kematian Jamil dia sudah semakin paranoid.

Jamil mati betul-betul sama dengan cara Anas dan Daus mati!. Adakah pembunuh tu sudah tahu mereka kembali ke Malaysia semula?. Raslan peluk lututnya erat, dia betul ketakutan sekarang ni. Adakah selepas ini giliran dia?. Dia selalu kerap diganggu. Adakah dia akan mati juga?. Tubunya mengigil resah.

Bunyi telefon bimbit mengejutkannya, nama Fazli ditatap. Apa lagi dia nak?.

Perlahan dia capai telefonnya dan gesek ke butang hijau.

"Apa?,"

"Kau okaykah?,"

"Okay?, Okay apanya. Jamil dah mati kau tahu tak!,"Raslan geram.

"Ya aku tahu, dia mati macam Anas dan Daus,"

"Wei siapa yang buat ni?, Kenapa kita yang jadi target?. Aku cuma nak hidup tenang saja takkan tak boleh?,"Raslan tertekan.

"Hidup tenang?. Kau tahukan kita takkan boleh hidup tenang. Tak ingatkah apa yang kita buat dulu?,"
Raslan diam, Dia mengetap sedikit.

"Kau masih nak teruskan jugakah?,"
    
"Ya, aku nak cari benda tu sampai dapat. Aku takkan berhenti walaupun aku bakal dibunuh,"
   
"Kalau kau dibunuh takkan ada guna lagi benda yang kau nak tu!. Nyawa lagi pentinglah. Baik kita hentikan semua ni dah balik ke Singapura kembali," desak Raslan.
       
"Tak, Lan kau tak ingatkah apa yang kita buat selamat ni?, Kenapa kita kena dapatkan benda tu?. Kenapa kita bunuh-,"
     
"Aku tahulah yang tu!, Tak payah ungkit,"Raslan mengetap.
     
"Sia-sia jika kita mengalah sekarang setelah apa yang kita dah buat,"
      
"Kau pastikah benda tu ada?. Jika ada dah lama kita jumpa masa..tu,"Raslan tidak mahu bercakap pasal peristiwa itu.
       
"Aku pasti Lan. Ariq sendiri bagitahu aku. Aku sendiri lihat benda tu. Tapi masalahnya aku tak tahu dia simpan mana..Licik betul lelaki tu,"Fazli kedengaran marah. Raslan diam, dia mengeluh perlahan.
     
"Kalau kau dah dapat benda tu kau nak buat apa?, Kita ada rekod jenayah Faz. Ia akan jadi sia-sia saja jika kita dapatkan benda tu. Tiada gunanya pun,"
     
"Tak kisahlah, tapi aku tetap nak benda tu..Berguna atau tidak belakang cerita,"

Raslan mengeluh keras..teruk betullah.
      
"Suka hati kaulah Faz. Aku tak nak terlibat dah dalam semua ni. Cukuplah 3 rakan kita mati, aku tak nak jadi yang seterusnya,"kata Raslan.
      
"Lan, janganlah macam ni,"
      
"No!, Kalau kau nak sangat kau carilah sorang-sorang. Esok aku nak balik singapore, sayang nyawa lagi,"

My Mad BrothersWhere stories live. Discover now