Bab 43

43 5 3
                                    

Harith menatap setiap maklumat yang Asyraf cari. Maklumat tentang lelaki itu.

Nama: Shafiq Al-Nahl
Umur: 23
Pelajar: Software Enginnering Semester 5
Keluarga: Tidak dikenalpasti
Tempat tinggal :Tidak dikenalpasti
Sekolah terdahulu :Asia Pacific School (APIS)
Jenis darah: O+

Tak banyak maklumat pasal budak ni. Berbeza sungguh dengan lelaki-lelaki yang mereka pernah handle. Maklumat yang Zafel beri juga tak banyak. Seolah budak ni sembunyikan identitinya dari dunia..Sungguh misteri.

"Takkan ini saja maklumat pasal budak tu?,"tanya Iskandar.

"Ya, ini saja yang aku dapat. Ada 16 orang saja yang nama Shafiq Al-Nahl dalam dunia ni. Tapi ini saja yang tepati kriteria budak tu. Tapi setakat itu sajalah maklumat dia,"kata Asyraf.

"Kamu pastikah itu nama betul dia Zaf?, Macam nama samaran saja, Al-Nahl?..Nama jenis apa tu?,"Iskandar berkerut.
 
"Dia yang cakap nama dia Shafiq Al-Nahl. Aku pun periksa data sekolah dan memang ada nama tu siap IC. Tapi itu sajalah yang aku jumpa,"kata Zafel.
 
"Bijak juga budak ni, 4 pointer setiap sem. Memang sesuai jadi pelajar Software Enginnering,"Asyraf kagum.
  
"Kamu rasa dia orang yang macam mana?,"Harith pandang Zafel, Aariz dan Afnan.
  
"Kurang ajar,"

"Tak reti bahasa,"
 
"Bodoh,"
  
"Kepoh,"
  
"Menjengkelkan,"
  
"Makhluk perosak,"

Aariz dan Afnan menjawab berselang-seli. Mereka masih marah dengan lelaki itu. Zafel cekup kepala dua kembar itu supaya senyap.
   
"Dia berbeza dengan budak-budak hingusan sebelum ni. Karakternya nampak matang dan berani. Dia langsung tak getar bila aku beri amaran padanya. Dia bukan sekadar pelajar biasa. Aku dapat rasa yang ni agak sukar kita nak handle,"kata Zafel. Harith mengangguk faham.
   
"Al-Nahl...Macam pernah dengar nama tu,"Mikhail berkerut.   
    
"Lebah,"Kata Asyraf. Harith toleh.
    
"Apa?,"
    
"Ada surah dalam Quran iaitu An-Nahl maksudnya Lebah,"kata Asyraf. Mereka diam. 
     
"Lebah..King Bee..Ironinya. Kalau ada bunga mesti kena ada lebahkah?, Sebab tu dia gayat Ella?," Iskandar berdengus.

Harith tersentak sedikit, dia teringat kata-kata Inspektor itu.
   'Akan datang waktu dimana Ros itu sendiri lindungi serangganya iaitu lebah,'

Lebah..lelaki tu?. Harith mengeleng, Tak..Tak mungkin dia. Pasti budak ni sama seperti yang sebelum ni.
    
"Bukan dia..bukan,"Harith mengumam perlahan.
    
"Bukan apa?,"Mikhail terdengar.
    
"Cari lagi maklumat pasal dia..Aku risau dia tu..,"Harith diam.
     
"Dia tu?,"

Harith diam, dia fikir sesuatu. Adik-beradik lain perhati saja.
    
"Abang?,"

Suara Ariella mengejutkan mereka, Asyraf bangun dari sandarannya dan lihat laptop. Ariella berada di depan pintu bilik Harith. Ariella mengetuk pintu.
   
"Abang Harith?,"Ariella memanggil lagi.

Harith capai mikrofonnya.
  
"Ya, sayang?,"
  
"Mana abang-abang yang lain?,Mereka keluarkah?,"Ariella hairan, sunyi betul rumah ni.
   
"Mereka ada dengan abang, nanti kami keluar,"
   
"Oh, okay. Ella dah siapkan makanan, Panggil semua turun ya,"Ariella senyum.
     
"Baik sayang, terima kasih,"

Ariella beredar turun ke bawah. Harith mengeluh dan bangun.
     
"Pergi turun makan,"

Aariz dan Afnan terus bangun keluar dari bilik rahsia itu. Lapar dah ni. Iskandar dan Zafel turut keluar. Asyraf dan Mikhail masih di situ pandang Harith.
    
"Kita lihat dulu. Jika budak tu dekati Ella lagi kita fikir rancangan lain,"kata Harith. Dua lelaki itu mengangguk.

*
*
Papan kekunci ditaip, banyaknya Assignment. Sabar satu sem saja lagi. Dia mengeluh perlahan. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Dia bangun dan renggang tubuhnya. Aduh letih betul.

Pii,piii,pii

Shafiq toleh kearah phonenya. Nama si pemanggil ditatap. Apasal pula?. Shafiq mengeluh dan tekan butang hijau itu.
     
"Susah betul kamu nak angkat phonekan?,"
     
"Hai uncle,"Shafiq menyapa malas. Dia capai mug dan letak di bawah mesin kopi.
     
"Apa yang kau buat ni Shafiq?,"
     
"Apa dia Uncle?, Tiba-tiba saja nak marah,"Shafiq tekan mesin kopi itu.
      
"Aku dah cakapkan jangan muncul depan adik-beradik tu!. Kau bukan takat muncul, kau mengorat adik perempuan mereka pula!,"Lelaki itu marah. Shafiq mengeluh.
      
"Dah tu?, Takkan Fiq nak tengok saja mereka dari jauh?. Siapa bagitahu Uncle yang Shafiq jumpa mereka?,"
     
"Tak payah tahulah, yang penting kau jangan sesekali jumpa mereka lagi..Bahaya tahu tak,".

Shafiq diam, dia bawa mug kopinya ke tepi tingkap.
   
"Uncle bercakap seolah mereka jahat sangat. Uncle pun kenal merekakan?,"
    
"Ya, SebabbUncle kenal merekalah Uncle tahu mereka sudah berubah. Mereka sudah berubah Fiq, bukan macam dulu lagi. Mereka bahaya. Uncle hanya nak jaga keselamatan kau,"

Shafiq diam, dia tunduk sedikit. Berubah?..Ya dia tahu itu.
      
"Saya tahulah jaga diri, jangan risau Uncle,"
      
"Jangan provoke mereka..Dengar cakap Uncle,"
    
"Ya,ya Fiq tahu..Sudahlah Fiq nak buat Assignment ni,"
      
"Yelah, jaga diri,"

Shafiq putuskan talian. Dia mengeluh perlahan, Dia tatap bulan yang terang itu. Bermacam dia fikirkan.

Sesuatu berbunyi buatnya toleh, Shafiq ke meja dan keluarkan satu lagi phone hitam. Panggilan dari Inspektor Laith.

Shafiq diam saja, dia mengeluh. Apa lagi hah?. Shafiq keluarkan satu alat dan pakainya di telinga. Panggilan itu diangkat.
       
"Aku dah cakap jangan hubungi aku,"Shafiq bersuara garau dengan pengalih suara itu.
       
"Anak saudara aku jumpa si Adik,"Kata Inspektor itu. Shafiq diam.
       
"Aku tak nak duri-duri tu kacau dia, Apa kita nak buat sekarang?,"
       
"..Jangan buat apa, biarkan dia,"
       
"Apa?!, Mana boleh!, Mereka bahaya!. Kau pun tahukan apa yang akan berlaku?, Kau nak anak saudara aku jadi mangsa ke-7 kah?!,"Inspektor Laith marah. Shafiq senyum.
      
"Dia akan okay, Aku lihat maklumat anak saudara kamu tu. Dan aku rasa mereka takkan buat apa-apa pada dia, Kau pun tahukan?,"

Diam di talian..Dengar keluhan pula.
      
"Ya aku tahu, tapi...Aku cuma nak berwaspada. Mereka bukan seperti dulu lagi. Mereka tak kenal dia. Aku risau..,"
     
"Tak perlu risau, Aku yakin budak tu tahu apa yang dia buat. In case you still worry, I'll send my men to watch over him,"kata Shafiq. Laith diam.
     
"Baiklah, Aku faham. Maaf ganggu kau, Mr Incognito,"

Panggilan ditamatkan, Shafiq tarik alat pengalih suara itu semula dan letak di meja.

Ya, lelaki ni tak tahu dia dan Mr Incognito ialah orang yang sama. Sebab semasa dia jadi Mr Incognito dia memakai topeng dan pengalih suara. Kadang Badri akan ambil alih tugasnya.

Shafiq raup mukanya, jalan ke tingkap semula. Loket yang dia pakai digenggam. Ini baru permulaan, Dia akan hadapi keadaan lebih teruk. Harap dia dapat selesaikannya sebelum mereka terpesong lebih jauh.


28 Oktober 23

My Mad BrothersWhere stories live. Discover now