Bab 33

50 4 0
                                    

Fail itu dihempas geram. Anak-anak buah lain hanya diam saja tak berani bersuara. Ketua mereka tengah marah sekarang ni. Inspektor Laith raup mukanya geram teramat.. Tak guna!, tak guna!.

"Apa berlaku Shah?,"soal seorang anak buah perlahan.

"Suspek Kes tembakan di Suria KLCC tu,"

"Kenapa dengan dia?,"

"Dia..tersilap mangsa,"kata Shah.
Rakan itu tersentak..huh?.

"Dia cari remaja bernama Khairil bin Ridwan, bukan Khairul Bin Rizwan...Nama dan nama bapa tak sama langsung. Suspek salah sangka nama mangsa padahal bapa mangsa tu kerja mekanik dan bukan pekerja syarikat," kata Shah.

"Ya Allah teruknya, tak pasal-pasal orang tak bersalah jadi mangsa. Bagaimanalah perasaan ibubapa budak tu?..pasti terkilan anak mereka jadi mangsa keadaan,"

"Tulah, teruk lelaki tu kena marah dengan Tuan Laith tadi..memang kaw-kaw dia lepas geram kat suspek tu tadi"

"Eh apasal pula?, selalu tak pernah pula Tuan Laith marah suspek,"

Shah diam..hm. Dia pandang Ketuanya. Laith mengetuk-ngetuk jarinya pada fail laporan itu. Silap orang?..Mengarut!. Sungguh dia tak percaya semua ni hanya kesilapan saja. Memang tak masuk akal!.

Takkan suspek langsung tak siasat dahulu mangsanya?, takkan main redah saja?..Memang tak masuk akal!.

Terus dia teringatkan Harith, pandangan tu dan senyum sinis tu. Laith mengetap...Dia tahu itu perbuatan Adik-beradik tu, bukan..Itu perbuatan yang sulung tu saja.

'Harith ,kau buat apa pula kali ni?, Berapa ramai lagi lelaki yang kau nak hapuskan?, Takkan setiap lelaki yang dekati adik perempuan kau perlu berakhir dengan kematian?.'

Laith raup mukanya. Dia tiada bukti untuk tahan 7 beradik tu, Dah hampir 18 tahun dia perhatikan adik beradik ni sejak peristiwa tu. Sambil itu dia perhati adik perempuan mereka juga.

Setiap kali adik perempuan itu ada teman lelaki pasti teman lelaki tu hilang, dia tahu apa berlaku dan dia tahu itu perbuatan abang-abangnya, tetapi dia tiada bukti. Bagaimana mereka lakukannya tanpa tinggal sebarang bukti?.

Laith mengeluh keras, dia tatap satu gambar di mejanya..gambar rakan baiknya ketika dulu.

'Ariq, anak-anak kau semuanya bijak dan berbakat. Sampai bila mereka nak rosakkan diri sendiri dengan dendam yang tiada kesudahan ni?..Perlukah aku tangkap mereka dengan tangan ni?, tangan yang dulu pernah dodoikan mereka seorang demi seorang?. Tangan yang pernah suap mereka makan dan bermain dengan mereka?,'

Laith diam...Tak!. Dia dah tua sekarang ni, bukan muda macam dulu lagi..Sebelum dia bersara, dia akan pastikan dia halang 7 beradik itu sendiri, Jika ini boleh hentikan perbuatan mereka dia rela tangkap mereka dengan tangan ini!.
*
*
'Ella...Ella sayang,'
   'Anak bonda buat apa tu?'
      'Ariella Rose, Bonda beri nama tu sebab bonda suka bunga Ros'
.......
.......Bonda.....
  'ARIELLA!'
     'Tak!, jangan sentuh dia!, jangan sentuh anak aku!!!,'
      'Bonda!,'
Sakit!...Apa ni..sakitnya!.
     'Kecil-kecil dah cantik ya kamu ni budak, jangan risau, Uncle buat slow-slow ya'
Arghh!, Tak nak sakit..Sakit!..Abang!, Bonda!..Tolong...Sakitt!!!.
Ella!...Ella!
   Abang, tolong..Sakit!.

"ARIELLA!, Bangun!,"

Ariella tersedar dari tidurnya, jantungnya berdengup kencang. Keringat membasahi tubuhnya..

"Ariella,"Suara seseorang mengejutkannya, dia toleh dan lihat abang-abangnya semua mengelilinginya.

"Ella, kamu okaykah?,"tanya Afnan risau.

My Mad BrothersWhere stories live. Discover now