Aariz dan Afnan jeling tajam pada Abang kedua mereka. Mikhail selamba saja sapu jem ke roti, tidak perduli jelingan tak puas hati adik-beradik yang lain.
Ariella gugup saja serba-salah..tegang betul suasana pagi ni. Selalunya riuh dengan suara si kembar tu. Harith cicip kopinya sedikit.
"Sedap kopi hari ni, siapa buat?,"tanya Harith.
"Siapa lagi yang buat kopi untuk kau setiap hari,"kata Mikhail.
"Hm, patut rasa kapur kasut," Harith letak kembali cawan kopinya. Mikhail jeling ke atas, tadi puji sekarang perli.
"Er, Abang-,"
"Ella, nak sardin roll tak?, Abang buat khas untuk kamu,"Iskandar letak pinggan berisi sardin roll di depan Ariella.
"Oh, terima kasih Abang Is,"Ariella senyum.
"Mesti kamu takutkan duduk sorang-sorang di bilik semalam.. Guruh kuat betul malam tu,"kata Aariz.
"Um, tak saya-,"
"Kesian Ella, tak pa malam ni abang teman kamu,"Afnan senyum.
"Malam ni cuaca normal, tak guruh dah,"Mikhail menyampuk.
"Diamlah kau!, Mentang-mentang Ella tidur dengan kau semalam,"Afnan geram.
"Cemburu cakap,"Mikhail senyum mengejek. Afnan mengetap.
"Sudah, jangan bergaduh lagi. Bingit tau tak,"Harith bersuara. Afnan diam kembali..dia jeling tajam pada Mikhail.
"Abang sekalian..janganlah marah Abang Mika. Ella yang penakut guruh. Kesian Abang Mika, dia tidur di sofa saja semalam,"Ariella cuba pertahankan abangnya. Memang dia tidur di bilik abangnya tapi bukan sekatil.
Mikhail suruh adiknya tidur di katil dan dia di sofa. Takkan nak tidur sekatil kut, kalau masa kecil gagahlah juga.
"Kebetulan saja aku bangun malam, Tahajudlah katakan.. terjumpa Ella di dapur,Memandangkan dia takut guruh aku temanlah dia tidur,"kata Mikhail.
"Tahajud?..Phuii, bagi alasan elok sikitlah ngok,"Afnan jeling ke atas. Tahajud konon.
"Abang..,"
"Ella, kamu nak abang hantar ke kolejkah?,"Zafel bangun. Ariella lihat jam tangannya. Oh dah pukul 8.30..kelas start pukul 9.
"Boleh juga, Kejap Ella nak bersiap,"Ariella bangun dan beredar.
Sebaik saja adik perempuan mereka beredar mata terus menjeling kearah Mikhail. Mikhail hirup saja air kopinya tak perduli dengan jelingan itu.
"Tak payahlah jeling macam nak keluar lazer dari mata, Benda dah lepas..terima sajalah qada dan qadar,"Mikhail senyum.
"Abang Rith, nanti bagi kerja banyak banyak kat orang tu biar dia rasa tidur dalam office pula,"Afnan cuba 'mencucuk' Abang sulung.
"Hm, tahu,"
"Tak payah, tak payah,"Mikhail jeling kearah Abang sulung. Harith toleh.
"Kita dah janjikan?, Ariella dah besar, bukan budak-budak lagi. Kita tak patut bagi dia tidur sebilik dengan kita lagi," Masa kecil tu gagahlah sekarang Adik perempuan mereka dah akil baligh, tak nak ajar Ariella tidur dengan abang-abang lagi.
"Dah dia takut guruh takkan aku nak bagi dia tidur sorang-sorang,"Mikhail tak puas hati.
"But not in your room, kamu boleh saja teman Ella tidur di bilik dia yang gatal bawa masuk bilik kamu tu dah kenapa?,"
Mikhail mengeluh keras, Dia bawa tidur dalam bilik je pun bukan buat apa-apa. Dia sendiri tidur di sofa biarkan Ariella tidur di katilnya.
"Apa-apalah,"Mikhail bangun dan beredar. Penat dengar bebelan adik-beradiknya.
"Korang pun tunggu apa lagi?, Pergi kolej cepat,"Iskandar menghalau dua kembar itu.
"Ye nak pergilah ni, kecoh je,"Aariz dan Afnan bangun beredar dari ruang makan itu.
Iskandar bangun dan kemas pinggan-pinggan kotor itu. Adik-beradiknya ni main biar saja pinggan, bukan nak bawa ke singki. Mentanglah tak ada orang gaji dalam rumah ni.
"Asyraf, kau cuci pinggan hari ni,"
"Apasal aku pula?,"Asyraf berkerut.
"Aku nak ke gym, ada urusan perlu diselesaikan, kau tak ada kerjakan,"Iskandar beredar. Asyraf diam.
Harith turut bangun, dia capai kotnya. Sebelum itu dia serah sesuatu pada Asyraf, benda yang dia sembunyikan dari tadi. Asyraf capai benda tu dan sembunyikan.
"You know what to do,"Harith tepuk bahu Asyraf turut beredar. Asyraf mengangguk saja. Benda itu diliriknya.
"Siapa cakap aku tak ada kerja?, kalau aku tak ada korang pun tak mampu cari 'mereka' ni,"Asyraf membebel sendirian. Dia bangun dan beredar. Nantilah basuh pinggan..malas.
*
*"Abang Zafff,"Lembut saja nada suaranya, siap pitching lagi.
"Nak apa?,"Zafel senyum ,dia tahu apa adik perempuannya nak saja buat-buat tanya. Ariella sengih sedikit.
"Nak duit sikit leh?,"Ariella terkelip-kelip, comel sangatlah tu.
"Hari tu bukan Abang Long dah bagikah?,"
"Humm..Dah habis,"Ariella sengih.
Zafel mengeleng saja, dia keluarkan dompetnya dah serahkan pada Ariella. Ariella senyum. Dah biasa abang-abang akan beri dompet mereka untuk dia ambil sendiri.
Ariella buka dompet itu..wow berkepuk duit, penuh duit kertas warna ungu. 3 keping duit ungu ditarik.
"Ella ambil 3 ratus ya,"
"Cukupkah tu?,"tanya Zafel.
"Ya cukup, Ella pergi dulu ya,"Ariella senyum dan beredar dari situ.
Zafel mengeleng saja. Diperhati Ariella bersama rakan-rakannya yang setia menunggu. Zafel tahu kenapa duit adiknya cepat habis tapi dia tak nak kata apa.
"Abang Zafff," dengar pula suara sumbang di belakangnya. Zafel mengeluh keras dan toleh ke belakang. Dua ekor mangkuk di belakangnya tengah tersenyum gedik.
"Nak duit sikit leh?," Terkelip-kelip mata mereka gaya Ariella tadi.
"Siapkan Assignment dulu baru aku bagi,"Zafel beredar.
Aariz dan Afnan berpandangan..Cis!.
27 March 2022
-⭐⭐⭐⭐⭐⭐
YOU ARE READING
My Mad Brothers
Non-Fiction7 orang abang dengan perangai berbeza? Ariella dibesarkan oleh 7 orang abang selepas kematian ibubapa mereka,Dia sudah biasa dengan sikap protective abang-abangnya itu. Baginya ia normal abang-abang risau pada adik.Sudah biasa dengan perangai yang b...