Mayra menguap
Setelah habis subjek math, mereka belajar sivik pula
" Semua faham kan? "
" Ok. Aku bagi sikit kerja rumah eh? Buat latihan satu dan dua " kata Mayra
Semua mengangguk
" Ok semua boleh faham kan dengan cara aku mengajar? " soal Mayra
" Faham! "
Mayra senyum
" Good job May! Cikgu tak sangka pulak kamu ada bakat mengajar orang. Time kamu tengah mengajar tu, cikgu nampak yang kamu ni suka belajar sambil santai " kata Encik Zamri
Mayra mengangguk
" Tu cara saya untuk tak terlebih stress bila belajar " kata Mayra
Encik Zamri tersenyum
" Lagipun kitaorang dah nak SPM. Mental kena jaga. Bukan kesihatan fizikal je. Takut bila mental terlalu fikir negative, focus kita kat exam tu hilang " kata Mayra
" Betul! Thanks ya Mayra sudi ajar diorang. Korang, tak nak cakap terima kasih dekat Mayra ke? " soal Encik Zamri
" Terima kasih Mayra! "
" Sama-sama. Good luck study! " kata Mayra
Semua mengangguk
Kriiiiiiinggggggg!!!!!!
" Ha dah rehat. Mayra kamu boleh lah masuk kelas. Subjek lepas rehat biar cikgu-cikgu yang ajar diorang. Kamu tak payah ok? Kalau cikgu nak mintak tolong nanti cikgu panggil kamu " kata Encik Zamri
" Ok cikgu. Terima kasih "
Mayra mengemas barangnya lalu menggalas begnya dan pergi dari situ
5-A
" Lama giler kau dekat sana. Kau ajar apa je? " soal Helesya
" Math dengan sivik " kata Mayra
Helesya mengangguk
" Macam mana mengajar? Ok? " soal Ariel
" Ok lah. Takde lah seteruk yang aku bayangkan " kata Mayra
Ariel ketawa kecil
" Yo!! May! Lama nau mengajar. Diorang ada buat hal ke? " soal Kayrul
" Takde lah. Diorang baik je " kata Mayra
" Diorang ada buli atau ejek kau ke? " soal Affan
" Tak lah. Diorang tu tak suka dengar gosip and diorang tak percaya. So diorang ok je dengan aku " kata Mayra
" Amacam? Diorang ok ke dengan cara mengajar kau? " soal Aryan
Mayra mengangguk
" Ok. Happy pulak tengok diorang " kata Mayra
" Happy tengok diorang ke ada orang yang kau suka kat kelas tu. Wkwkkwkwkw " usik Zariel
Mayra ketawa
" Takde. Don't worry. Aku tak rasa nak bercinta atau tercrush dengan orang buat masa sekarang " kata Mayra
Helesya mengangguk
" Jom pergi kantin May " kata Helesya
" Jom "
Tok! Tok! Tok!
" Ya cari siapa? " soal Ariel
" Mayra " kata gadis itu
" May! Ada orang panggil kau! " kata Affan
Mayra menuju ke arah gadis itu
" Ya? Kau dari kelas 5-E kan? " soal Mayra
Gadis itu mengangguk
" Aah. Hmmm. Boleh tak saya nak belajar dengan awak lepas sekolah? Maksudnya saya nak ada tuisyen dengan awak " kata gadis itu
Mayra berfikir sejenak
" Hmmm. Insyaallah boleh. Meh bagi nombor, nanti apa-apa aku share alamat aku. Kau boleh je datang bila-bila masa. Tapi kalau nak datang tu bagitahu lah. Nanti aku buat jadual jugak untuk kelas tuisyen " kata Mayra
Gadis itu mengangguk
" Kalau setiap hari pun takpe " katanya
Mayra menggeleng
" Tak boleh lah macam tu. Badan dengan otak pun kena rest, kalau tak sakit. Ok? " soal Mayra
" Ok. Saya pergi dulu. Ni nombor saya 01*******. Bye assalamualaikum "
Mayra menulis nombor gadis itu di kertas dalam poket nya
Jangan tanya mana dia dapat pen. Dia rembat je pen kawannya
" Waalaikumussalam "
Gadis itu pergi dari situ
" Wuuuuu May dah femes! " kata Kayrul
" Heh. Takde lah. Jom Hel " kata Mayra
Helesya mengangguk
********
" Macam mana ni mak? Diorang tengah cari kita. Esya pulak menghilang " kata Ira. Kakak Helesya
" Adik kau tu memang! Eeeee! Kak. Besok kau pergi sekolah dia, tanya cikgu dia 'kenapa Helesya tak balik rumah lagi?'. Jangan bagi siapa-siapa pun halang Helesya balik " kata Puan Aina
Ira mengangguk
" Ok mak "
" Kau tunggu kau Esya. Memang aku ajar kau cukup-cukup lepas kau balik nanti " gumam Puan Aina
*******
" Sampai bila nak tunggu ni? " soal Aisyah
" Woi Rash. Kau kenapa? Bunuh je lah terus. Asal nak tangguh-tangguh pulak? " soal Syakila
Arash tersengih
" Rilek. Lagi minggu depan korang ada hari sukan kan? Ha kita tunggu tetamu terhormat " kata Arash
" Tetamu terhormat? " soal Amani
" Yup. Abang Mayra. Amirul " kata Arash
" Serious lah? Bukan dia dekat UK ke? " soal Syakila
" Dia dah balik dua hari lepas kalau tak silap. Ha tapi aku tahu korang tak sabar kan nak tunggu lagi 1 minggu. So aku nak suruh korang.... "
Arash mula memberitahu pelannya untuk menyiksa Mayra
Aisyah ketawa
" Macam best walaupun benda ni selalu ada dekat drama. Aku on " kata Aisyah
" Aku pun " kata Syakila
" Amani? " soal Arash
Amani tersentak
" Y..ye. aku on " kata Amani
Arash menarik tudung Amani, hampir terbuka tudungnya
" Kau dengar eh. Kalau kau khianat kitaorang and kau bagitahu plan ni dekat siapa-siapa. Kau! Aku bunuh " kata Arash
Amani perlahan-lahan mengangguk
Arash pergi dari situ
" Ikut je lah Arash tu, Amani. Tak payah nak jadi pembelot " kata Aisyah
" Entah. Kalau kau khianat kitaorang, kau dengan May takde beza " kata Syakila
Mereka berdua pergi dari situ
Amani menahan tangisannya
Dia tak sanggup buat kawan baik dia macam tu
Apa patut dia buat?
Teruskan plan ni atau khianat diorang?
Amani mula buntu
" Aku nak kita semua yang dulu. Bukan sekarang. Kenapa keadaan suka mengubah seseorang? " gumam Amani
YOU ARE READING
That Girl
RandomKenapa? Kenapa selalu dirinya? Apa yang sudah terjadi pada dunia? Kenapa begitu kejam? Semakin hari, semakin ramai yang menderita Entah itu takdir atau kerana manusia yang tidak punya hati perut Kenapa manusia saling menyakiti? Apa yang terjadi dah...