Ding! Dong!
Mayra membuka pintu
" Bah! Ini lah mangsa diprank " usik Mayra
Arash menggeleng
" Haih kau ni. Lain kali bagitahu lah nama. Aku ingat siapa lah tadi " kata Arash
Mayra ketawa
" Eh jap. Kau ni.... Spy aku ke? Tiru warna baju orang pulak " kata Arash
Mayra ternganga
" Lah. Pahal kau pakai baju biru? Sibuk je. Orang dari awal dah plan dah nak pakai baju ni " kata Mayra
" Kawan kau lah yang suruh aku pakai baju biru " kata Arash
" Ouhhh. Sama lah "
Arash mengeluh
" Dah jom "
Mayra mengangguk
" Eh wey... " Panggil Mayra
Arash menoleh
" Kenapa? "
" Aku lupa. Aku nak lawat along. Hmm macam mana ni. Takkan nak suruh kau pergi pulak. Dah lah kau susah-susah datang sini " kata Mayra
Arash senyum kecil
" Buat apa nak suruh aku pergi? Aku boleh je teman kau pergi hospital lawat abang kau. Tapi jangan lama sangat. Kang diorang tunggu kita pulak " kata Arash
Mayra senyum lebar
" Thanks Arash "
" You're welcome "
*******
Wad Amirul
Tok! Tok! Tok!
" Assalamualaikum Along terchentaa!! " Mayra terus meluru masuk ke dalam wad Amirul
Amirul terkejut
" Eh May. Ingatkan tak nak lawat along " kata Amirul
Mayra mencebik
" Orang lawat lah. Cuma lambat je. Ni May lawat kejap je. Nanti nak pergi mall. Ingatkan nak bawak along sekali. Tapi tak tahu lah along boleh pergi ke tak " kata Mayra
Amirul tersenyum
" Oi Rash. Tak payah nak sorok lah. Kau masuk sekarang " kata Amirul
Arash tersentak
" Dah kantoi rupanya " kata Arash lalu masuk ke dalam
" Kalau nak along join sekali, kena tanya doktor dulu " kata Amirul
Mayra mengangguk
" Oke. Mayra pergi tanya " kata Mayra lalu keluar dari wad
Amirul memandang Arash lalu tersengih
" Pahal kau? " soal Arash
" Kan aku dah cakap. Dia maafkan kau punya " kata Amirul
Arash mengeluh
" Tapi betul ke apa yang kau cakap semalam? " soal Arash
" Ha? Aku cakap apa? " soal Amirul
Arash memeluk tubuh
" Yang....d..dia suka aku? "
Amirul ketawa kecil
" Apa yang kelakarnya? " soal Arash
" Tak tak. Aku pelik. Dia tak bagitahu kau ke? " soal Amirul
" Hmmm... Ada tapi aku rasa dia cakap macam tu sebab nak sedapkan hati aku je " kata Arash
YOU ARE READING
That Girl
RandomKenapa? Kenapa selalu dirinya? Apa yang sudah terjadi pada dunia? Kenapa begitu kejam? Semakin hari, semakin ramai yang menderita Entah itu takdir atau kerana manusia yang tidak punya hati perut Kenapa manusia saling menyakiti? Apa yang terjadi dah...