Ring! Ring! Ring
Mayra menjawab call
" Assalamualaikum abang "
" Waalaikumussalam ha Mayra. Mayra dah check email tak? "
" Email? Tak check hari ni. Kenapa bang? " soal Mayra
" Tu. C.O Holdings ada hantar e-mail. Katanya dia dengan company kita akan berkerjasama untuk business besar "
" Ye ke? Alhamdulillah. Macam mana bang? Nak Mayra tolong ke? " soal Mayra
" Alah tak payah lah. Mayra tu pergi lah honeymoon sebulan. Company ni biar abang take over "
" Alah bang. Nanti nampak sangat kalau adik ni selalu curi tulang. Orang lain bersusah payah nak memajukan nama company kita, tapi Mayra duduk goyang kaki macam tu je " kata Mayra
" Alah jangan risau lah. Pandai-pandai lah abang nak handle. Dah dah. Abang call ni sebab nak bagitahu je. Tak suruh Mayra tolong pun "
" Ye lah bang. Take care sana. Kirim salam dekat kerusi Mayra "
" Amboi. Kerusi dia je yang dia rindu? Abang tak rindu lah ni? "
" Buat apa nak rindu abang? Baik Mayra rindu bau kerusi Mayra tu. Bau abang pun entah-entah lalat pun boleh pengsan tak sempat nak tulis surat wasiat untuk anak bini dia " usik Mayra
" Eh Mayra lebih-lebih pulak. Ni Xavier tengah buat apa? "
" Oh dia. Dia tengah ada latihan pedang. Nanti dia balik lah tu. Abang nak cakap dengan dia ke? " soal Mayra
" Eh takde lah. Saja tanya. Ok lah. Abang ada banyak kerja ni. Abang end dulu. Mayra jaga diri lah kat sana. Assalamualaikum "
" Ye bang. Abang pun jaga diri. Waalaikumussalam "
Call ditamatkan
***********
" Kau dari mana ni? " soal Ash
" Oh takde. Tadi aku jumpa kawan jap. Mana yang lain? " soal Ariel
" Dalam bilik. Maklumlah dah ada awek " kata Ash
" Siapa? Zariel tu? Alah dia tu. Macam lah Affan bagi budak tu call adik dia " kata Ariel
" Bukan dia lah. Tu si Affan. Yang si Aryan pulak macam tengah jatuh cinta je " kata Ash
Ariel mengangguk
" Apa lah. Kata setia. Tapi suka jugak orang lain " kata Ariel
" Heishh kau ni. Tak payah lah ungkit pasal hal tu. Orang dah takde. Takkan nak suka lagi? " kata Ash
" Ye aku tahu. Ni si Kay. Takde awek ke budak tu? Aku tengok setiap hari perempuan yang satu tempat kerja dengan dia tu asyik bagi coklat je " kata Ariel
" Dia tu? Emph. Memang tak lah. Dia tu tak accept perempuan lain dah selain Syakila " kata Ash
" Dah agak dah " kata Ariel
Ash sambung menonton cerita
" Ni kau ni. Kalau takde awek takkan lah takde crush? " soal Ariel
" Eleh. Aku? Takde siapa lah nak aku. Aku bukan kaya pun. Perempuan nak lelaki yang boleh tanggung dia. Kalau pasal crush... Takde kot " kata Ash
" Apa lah kau cakap ni. Memang lah kau tak kaya. Mana tahu umur kau 20 lebih dah kaya? Haaaaa... Beratur perempuan nak dekat kau " kata Ariel
" Kalau beratur pun kau fikir aku nak accept? Entah-entah suka aku sebab duit je " kata Ash
YOU ARE READING
That Girl
RandomKenapa? Kenapa selalu dirinya? Apa yang sudah terjadi pada dunia? Kenapa begitu kejam? Semakin hari, semakin ramai yang menderita Entah itu takdir atau kerana manusia yang tidak punya hati perut Kenapa manusia saling menyakiti? Apa yang terjadi dah...