Mayra cuba mengawal rasa marah
Dia dapat merasakan aura yang tidak baik
" Aku baru pindah " kata Mayra
" Eh aku rasa ni lah perempuan yang mak kau cerita tu " kata kawannya
" Maybe. Kau dari bandar kan? " soal nya
Mayra mengangguk
Dia dan kawannya tersengih
" Mesti kau pandai layan lelaki kan? Tolong layan aku. Aku bosan ni " kata kawannya
Mayra berundur sedikit
" T..tak.. aku tak pandai layan le..lelaki " kata Mayra
" Tipu lah tak pandai. Mesti banyak lelaki kat sana yang dah rasa badan kau ni kan? Maklumlah. Perempuan bandar " katanya
Mayra menghela nafas
" Ok aku layan. Dengan syarat. Bak sini dulu tangan korang " kata Mayra
Mereka berdua tersengih lalu memberikan tangan mereka
Mayra tersengih
Bodoh
Mayra memulas tangan mereka berdua
" ARGHHHH!!! "
" Lari. Atau nak aku patahkan? " soal Mayra
Mereka berdua lari dari situ
" Tch. Menyusahkan "
Di rumah
" Nak masak apa eh malam ni? " soal Mayra
Tok! Tok! Tok!
" Siapa pulak lahai "
Tok! Tok! Tok!
Mayra pergi membuka pintu
" Ye "
Pang!
Kepala Mayra tertoleh ke tepi
" Woi perempuan murah! Asal kau pulas tangan anak aku hah?! " soal seorang makcik
" Kau ni jangan nak berlagak bagus lah! Kau tu orang baru! Dasar pelacur! " marah makcik Senah
" Huh? Anak makcik yang biadab. Diorang suruh saya layan diorang. Memang patut pun kena " kata Mayra
" Eh! Diorang takkan cakap macam tu kalau kau tak goda diorang! Apa yang kau tak puas hati sekarang ni?! " soal makcik Senah
" Makcik pun apa yang tak puas hati dengan saya? Petang-petang datang rumah saya tak bagi salam lepastu terus tampar saya? " soal Mayra
" Biadap eh kau perempuan?! Mana mak kau?! Biar aku cakap sikit yang anak dia ni biadap! " kata makcik
Mayra membuat muka
" Ok. Kita bincang kat luar. Makcik boleh report dekat Tok Mi. Saya tak kesah " kata Mayra
Makcik Senah cuba mengawal marahnya
Mayra menutup lampu dan kipas lalu menutup dan mengunci pintu
" Jom "
" Aku akan pastikan kau kena halau dari kampung ni! " kata makcik itu
" Ok "
**********
" Tok~~~~. Kenapa saya pulak kena kemas dewan ni? " soal Ash
" Sebab kau buat ayam aku terlepas. Padan muka " kata Tok Mi
Ash mencebik
" Apa kaitan ayam dengan dewan? " soal Ash
" Memang lah takde kaitan. Kau nak aku suruh kau masukkan balik ayam-ayam tu? Memang sampai ke besok lah tak settle " kata Tok Mi
YOU ARE READING
That Girl
RandomKenapa? Kenapa selalu dirinya? Apa yang sudah terjadi pada dunia? Kenapa begitu kejam? Semakin hari, semakin ramai yang menderita Entah itu takdir atau kerana manusia yang tidak punya hati perut Kenapa manusia saling menyakiti? Apa yang terjadi dah...