Mayra merenung gambar perkahwinan nya dengan Xavier di dalam phone
" Kalau lah aku tak pernah hadir dalam hidup diorang, mesti takkan jadi macam ni " kata Mayra
Dia diam seketika
" Apa kata aku cari kerja sementara masih larat. Kerja kat cafe je lah. Senang sikit. Sijil aku bawak.... Eh tapi kalau diorang kenal aku macam mana? " soal Mayra
..
" Aku kena menyamar ke? Hmm... Tak payah kot " kata Mayra lalu mengambil baju dan terus masuk ke dalam bilik air
[ ...... ]
Di istana
" Tuan puteri! " panggil Olivia
" Ya? Kenapa Olivia. Kenapa cemas macam tu? " soal Elysa
" Tuan puteri Mayra hilang! " kata Olivia
" Apa???!? "
" Arahkan semua pengawal periksa semua tempat yang ada dalam istana ni " kata Elysa
Olivia mengangguk
" Baik tuan puteri " kata Olivia lalu pergi
Elysa menuju ke bilik Xavier
Pintu di buka dengan kasar
" Tengku Xavier Irfan! " panggil Elysa
" Kau dah kenapa kak? Terjerit jerit " kata Xavier yang hanya berseluar
Xavier mengambil baju lalu menyarungkannya
" Mana Mayra? " soal Elysa
" Mayra? Mana lah orang tahu. Takkan lah takde dekat dalam istana? " soal Xavier
" Olivia kata Mayra hilang. Kau ni duduk satu bilik dengan dia pun tak tahu ke? Kau kan suami dia! " kata Elysa
Elysa terpandang sehelai kertas di atas meja
Elysa mengambil kertas itu lalu membacanya
Elysa menggenggam penumbuk
" Kau baca benda ni sekarang!! " marah Elysa
Xavier mengambil kertas itu lalu membacanya
Untuk suami yang tercinta,
Sebelum tu Mayra minta maaf sangat-sangat hilang secara tiba-tiba. Mayra buat semua benda untuk anak Mayra jugak. Mayra tahu abang masih marahkan Mayra
Tapi percaya lah abang. Mayra takkan pernah buat benda syirik tu. Saka tu sebenarnya dari mak Mayra. Abang mesti pelik kan? Sebab abang ingat mak Mayra dah mati?
Ya. Dia dah mati. Tapi saka tu masih ada dengan Mayra. Abang... Janji dengan Mayra tolong hidup bahagia. Mayra dengar perbualan abang dengan permaisuri hari tu
Permaisuri nak abang kahwin dengan Hanim kan? Takpe bang. Abang kahwin je. Mayra dekat sini akan jaga anak dalam kandungan Mayra. Mayra akan pastikan anak Mayra jadi orang yang berjaya
Walaupun Mayra sorang yang jaga dia. Jangan tanya Aisyah dengan Syakila yang Mayra dekat mana. Diorang pun tak tahu yang Mayra dah pergi dari situ.
Abang, abang kahwin lah dengan Hanim and lupakan apa yang pernah jadi antara kita. Lupakan Mayra. Kalau boleh lepas Mayra bersalin, Mayra nak abang ceraikan Mayra
Mayra tahu Hanim tak rela berkongsi kasih dengan Mayra. Mayra harap abang pertimbangkan perkara ni ya. Kalau abang terjumpa Mayra dekat mana-mana, anggap je tu bukan Mayra
YOU ARE READING
That Girl
RandomKenapa? Kenapa selalu dirinya? Apa yang sudah terjadi pada dunia? Kenapa begitu kejam? Semakin hari, semakin ramai yang menderita Entah itu takdir atau kerana manusia yang tidak punya hati perut Kenapa manusia saling menyakiti? Apa yang terjadi dah...