Mayra tersenyum melihat gambar yang diambil beramai-ramai tadi
" Along. Kalau along ada mesti lagi meriah kan? " kata Mayra
Mayra senyum hambar
" May tahu Along tak nak May sedih. May cuba eh along. May dah terima Arash sebagai calon suami May, atas permintaan along " kata Mayra
Mayra menarik nafas
" Along dah jumpa Qiqi? Mesti along tengah borak dengan dia. Semoga tenang dekat sana eh along? Along jangan risau May dekat sini "
" Arash boleh jaga May. Kawan-kawan May pun boleh jaga May. May minta maaf ya along sebab takde dengan along time along hembuskan nafas terakhir "
" Tapi salah along jugak sebab rahsiakan dari Mayra. Jangan ingat May tak marah dekat along tau! May marah ni. Hehe. Takpe lah "
" Benda dah jadi. Along berbahagia dekat sana ya? Mayra sentiasa doakan along. Mayra sayang along. Sampai bila-bila. Along lah abang terbaik didunia "
" Terima kasih along sebab selalu ada untuk May. May appreciate sangat-sangat. Sorry kalau May ada marah Along, kasar dengan Along, kurang ajar apa semua tu "
" Doakan Mayra dekat sini ya Along? Semoga masa hari wedding May dengan Arash berjalan lancar. I love you, along "
Mayra memeluk bingkai gambar dia dengan Amirul
Tanpa sedar air matanya mengalir
Encik Omar yang tidak sengaja mendengar luahan anaknya turut mengalirkan air mata
" May " panggil Encik Omar
Mayra menoleh
" Ya daddy? " soal Mayra
" Along dah takde ke? " soal Encik Omar
Mayra perlahan-lahan senyum
" Ya daddy. Along dah takde. Dia kanser hati stage 4. Dah takde harapan " kata Mayra
Encik Omar memeluk tubuh Mayra
" Daddy minta maaf sangat-sangat dekat May. Disebabkan tindakan bodoh mummy dengan daddy, Mayra terpaksa hadap semua ni " kata Encik Omar
Mayra menangis di pelukan ayahnya
Air mata sudah tidak dapat bertahan
" Mayra rindu along, daddy. Mayra rindu " kata Mayra
Encik Omar mengusap kepala Mayra
" Sabar ya May. Kita doakan along sama-sama. Insyaallah. Dia gembira dekat sana. Dia dah tak perlu risau pasal May lagi "
" Sebab Arash boleh jaga Mayra. Kawan-kawan Mayra pun boleh jaga Mayra. Lagipun Mayra dah besar kan? " soal Encik Omar
Mayra mengangguk
*********
" May " panggil Arash
" Kenapa? "
" Asal mata kau sembab tu? Kau menangis ke? " soal Arash
Mayra menggeleng
" Takde lah. Mana ada. Mata aku sakit lah " kata Mayra
Arash mengeluh
" Jangan tipu aku, May. Aku kenal kau. Kau nangis sebab apa ni? Sebab Amirul ke? " soal Arash
Mayra terdiam
" May, jangan risau. Allah jaga dia dekat sana. Dia pun mesti dah jumpa arwah adik aku " kata Arash
Mayra mengangguk
" Aku cuma sedih. Aku nak along ada time hari nikah aku nanti. Tapi Allah lagi sayang dia " kata Mayra
YOU ARE READING
That Girl
RandomKenapa? Kenapa selalu dirinya? Apa yang sudah terjadi pada dunia? Kenapa begitu kejam? Semakin hari, semakin ramai yang menderita Entah itu takdir atau kerana manusia yang tidak punya hati perut Kenapa manusia saling menyakiti? Apa yang terjadi dah...