54

17 3 0
                                    

" apa maksud kau? " soal Arash

Mayra menggigit bibir

" Mana mak ayah aku Rash? Kenapa diorang tak datang? Aku dah bagitahu dekat diorang dah along dah meninggal. Tapi diorang? Apa sebenarnya yang diorang fikirkan? "

" Diorang tak datang masa pengebumian anak diorang. Kenapa? Apa salah Along? Kenapa diorang abaikan kitaorang? Apa salah kitaorang dekat diorang? "

" Kitaorang buat apa yang diorang suruh. Kitaorang cuba jadi orang yang diorang nak. Tapi mana diorang Rash? Mana diorang? Kenapa time macam ni diorang takde? "

" Sebenarnya apa maksud keluarga? Kenapa keluarga aku berpecah belah? Apa dosa aku? Apa yang aku buat? "

" Aku tak pernah sedikit pun layan diorang macam sampah. Aku selalu jadi pelajar cemerlang macam yang diorang nak "

" Sama macam along aku. Dia selalu ikut semua benda yang diorang nak. Dia selalu belikan apa saja yang mak ayah aku nak "

" Kenapa diorang tak boleh datang masa hari pengebumian along? Mana diorang? Mana tanggungjawab diorang sebagai mak ayah? "

" Kenapa diorang bercerai? Kenapa diorang senang sangat lepaskan tanggungjawab? Kenapa? Kenapa? "

Pipi Mayra mula basah kerana air mata

" Apa yang diorang buat? Mana janji diorang yang kononnya nak jadi happy family? Semua hilang lah Rash. Tinggal aku sorang. Kalau kawan-kawan aku termasuk kau semua pergi. Serious. Better aku mati "

" Ada mak ayah tapi macam takde mak ayah. Aku dengan along anak angkat diorang ke? " soal Mayra

Arash menggigit bibir

Tak sangka ini yang dialami oleh Mayra, orang yang dia sayang

" May. Kalau aku boleh peluk kau untuk kurangkan sedih kau, dah lama aku peluk. Tunggu masanya May. Aku jaga kau betul-betul " kata Arash

" Takpe lah Rash. Kalau kau tak mampu takpe. Aku dah biasa duduk sorang-sorang. Aku terpaksa pecat bibik sebab tak nak libatkan dia dalam masalah keluarga aku " kata Mayra

" Aku mampu May. Inshallah. Kalau kau nak kita tunang dulu pun takpe " kata Arash

Mayra memejamkan matanya

" Nanti kita bincang. Aku... Aku tak nak fikir apa-apa sekarang ni. Boleh? " soal Mayra

Arash mengangguk

" Takpe aku faham. Rehat tau. Sebelum makan ubat makan dulu apa-apa " kata Arash

Mayra mengangguk

Arash pergi dari situ

Tanpa mereka sedar

Yang lain mendengar perbualan mereka dari awal hingga akhir

Semua terkejut mendengar Arash mahu bertunang dengan Mayra

Dan Mayra pun seakan setuju cuma tidak bersedia

" Oi. Hantar lah bubur tu cepat. Nanti sejuk pulak " kata Daniel dengan nada berbisik

" Aduh lupa. Jom Syah, Amani " kata Syakila

Mereka berdua mengangguk

Tok! Tok! Tok!

" May. Makanan dah sampai " kata Amani

Mayra menoleh

Aisyah memberikan mangkuk bubur kepada Mayra

Mayra melihat bubur itu

Tiba-tiba dia teringat

" Oh yaaa! May nak pergi rumah, nak ambik baju-baju along. Lepastu May nak buat bubur untuk along " kata Mayra

That GirlWhere stories live. Discover now