Beberapa minit kemudian...
" Kau nak pergi mana Syah? " soal Syakila
" Jumpa Hariz " kata Aisyah
Syakila mengangguk
" Jangan lama sangat. Balik sebelum maghrib. Xavier bagi kerja baru " kata Syakila
" Ye? Kerja apa? " soal Aisyah
" Kerja ni sangat-sangat interesting you know. Nanti kau tahu lah. Dah pergi dating jauh-jauh " kata Syakila
" Otak kau. Dah lah. Gerak dulu " Aisyah pergi dari situ
....
Hariz tersenyum melihat Aisyah yang baru saja keluar dari istana
" Shall we? " Hariz membukakan pintu di sebalik seat pemandu
Aisyah mengangguk lalu masuk ke dalam kereta
Hariz menutup pintu kereta lalu dia pula masuk ke dalam kereta di seat pemandu
Dalam perjalanan...
" Kenapa dengan kau ni? Muka monyok semacam je? Apahal? " soal Hariz
" Tolong aku doh wey " kata Aisyah
" Tolong apa? " Mata Hariz melirik ke arah Aisyah sekejap lalu sambung fokus memandu
" Kau tahu kan aku suka Affan? Aku nak kau tolong aku macam mana nak confess? " soal Aisyah
" Kau nak confess ke? Bila? " soal Hariz
" Sebelum bulan depan " kata Aisyah
" Pahal tergesa-gesa ni? Ada apa-apa ke? " soal Hariz
Aisyah mengeluh
" Eh kau ni. Kerja nak mengeluh je. Cuba lah cerita apa masalahnya " kata Hariz
" Apa-apa pun aku kena confess dalam bukan ni jugak. Ni soal hidup dan mati " kata Aisyah
Hariz ketawa
" Soal hidup dan mati eh? Macam rumit je masalah kau ni " kata Hariz
" Memang pun. Mama ni pun satu. Dah tahu aku suka Affan tapi dia sibuk nak jodohkan aku dengan anak kawan dia tu " kata Aisyah
" Serious lah? " soal Hariz
" Yeee. Sebab tu lah aku nak minta tolong kau. Aku tak tahu macam mana nak confess. Kalau Affan terima aku, senang. Aku bagitahu terus kat mama "
" And then kitaorang kenal hati budi masing-masing. Bercinta. Lepastu kalau dia dah banyak duit, kitaorang terus kahwin. Haihhhh kan best " kata Aisyah
Hariz tersenyum
" Kau nak confess hari ni ke? " soal Hariz
" Ermmm. Tak kot. Besok rasanya. Hari ni aku nak spend time dengan kau and malam nanti aku ada kerja " kata Aisyah
" Ouhhhhhh. So kita nak pergi mana? " soal Hariz
" Mamak lah. Macam biasa " kata Aisyah
" Patut lah kau pakai pakaian macam ni. Nak pergi mamak rupanya " kata Hariz
" Eh hello? Jaga mulut tu eh. Walaupun pakaian aku macam ni tapi tetap slaayyyy💅🏻 you know? " kata Aisyah
Hariz ketawa
" Yelah cik. Untuk pengetahuan cik, kita dah sampai ye " kata Hariz
Aisyah sibuk berborak sampai tidak sedar bahawa mereka sudah sampai ke destinasi
" Good lah driver I ni. Bagus bagus " kata Aisyah lalu keluar dari kereta
Hariz hanya tersengih
Hariz pun keluar dari kereta. Mereka berdua mencari tempat duduk
Setelah jumpa, mereka langsung duduk di meja yang kosong itu
" Mamak! " panggil Aisyah
Seorang mamak datang ke arah mereka
" Mau makan apa? " soalnya
" Nasi goreng mamak dengan teh ais " kata Aisyah
" Maggi goreng mamak dengan teh o ais limau " kata Hariz
Mamak itu mengangguk lalu pergi dari situ
" So story lah " kata Hariz
" Tadi mak aku call aku. Dia cakap dia nak jodohkan aku dengan anak kawan dia. Aku macam kenapa tiba-tiba pulak ni. Sebab ye lah kan. Aku kan dah pernah cerita kat mak aku yang aku suka giler dekat Affan "
" Tapi tiba-tiba mak aku nak jodohkan aku ngan orang lain pulak. Entah-entah aku tak kenal pun orang tu. Tak tahu orang tu baik ke jahat. Takut lah lepas kahwin dia dera aku ke kan "
" Aku tak nak lah lelaki macam tu. Aku nak macam Affan. Walaupun kadang-kadang dia nampak macam kasar, tapi dia baik. Haihhhh. Kenapa tak dia je eh jadi imam aku? "
" Kesimpulannya, takde siapa yang better dari Affan. Dah lah hensem, baik, caring, lawak lah sometime and apa lagi eh. Ha! Dia cool " kata Aisyah
Hariz mengangguk
" So masalahnya sekarang ni. Kau nak confess dekat Affan right? And if dia accept kau, kau akan bagitahu mak kau yang korang bercinta dulu and kenal hati budi masing-masing "
" And bila kau cakap macam tu dekat mak kau, mak kau akan cancelkan perkahwinan kau dengan anak kawan mak kau? " soal Hariz
" Exactly! " kata Aisyah
" Bijak bijak. Tapi if Affan tak suka kau balik? Apa plan kau? Terima je pilihan mak kau or kau akan lari? " soal Hariz
Aisyah terdiam
" Maybe aku akan redo je dengan pilihan mak aku... Maybe " kata Aisyah
" Walaupun kau tak ada perasaan dekat anak kawan mak kau? " soal Hariz
Aisyah terdiam lagi
" Ok aku faham. Tapi aku nak kau ingat, cinta akan datang secara tiba-tiba lepas kahwin. Takkan lah kau nak buat perjanjian dengan lelaki tu kan? "
" Macam dalam drama pulak. Kahwin kontrak. HAHAHAH! Tak logik, tak logik " kata Hariz
" Eh yelah! Pahal aku tak terfikir? " soal Aisyah
" Ha? Apa dia? " soal Hariz
" Aku boleh buat kontrak dengan lelaki tu! Kalau dia tak nak, aku akan paksa plus ugut dia. Aku akan tulis surat kontrak. Kitaorang akan kahwin dalam 1 tahun je "
" And then kitaorang akan cerai! Boleh lah aku pergi dekat Affan " kata Aisyah
" Tapi kalau Affan dah ada calon isteri macam mana? " soal Hariz
" Aku sanggup jadi isteri nombor 2. Apa-apa pun aku tak nak kahwin dengan lelaki pilihan mak aku. What a shame. Fikir ni drama ke? Aku nak kahwin dengan lelaki pilihan aku sendiri " kata Aisyah
" Tapi if kau buat kontrak tu pun lagi drama kan? " perli Hariz
" Whatever " kata Aisyah
Makanan dan minuman pun sampai. Mamak itu langsung pergi
" Aku cuma nak kau ingat. Cinta ni boleh datang bila-bila masa. Kadang-kadang kita tak sangka dan tak rasa pun kita akan jatuh cinta dekat orang tu "
" So if lelaki pilihan mak kau tu sweet and treat kau better than anyone, kau still nak buat kontrak tu lagi ke? Sebab aku rasa, suami isteri akan jatuh cinta tak kira lah betapa benci nya kita dekat suami or isteri kita "
" Kau tak boleh nafikan kenyataan tu. Ramai yang kahwin secara paksa. And last last, jatuh cinta jugak " kata Hariz
Aisyah terdiam
" Aku..tak tahu lah. Tapi aku kesah apa. Aku akan tetap buat kontrak tu " kata Aisyah
Hariz senyum
" Aku support kau " kata Hariz
" Macam ni lah brother. Ingat tau. Sebelum bulan depan. Aku tak nak lambat. Nanti aku menyesal " kata Aisyah
" Ye ye. Aku tahu. Dah makan. Nanti kau ada kerja kan? Kang lambat pulak sampai istana " kata Hariz
Aisyah mengangguk
YOU ARE READING
That Girl
RandomKenapa? Kenapa selalu dirinya? Apa yang sudah terjadi pada dunia? Kenapa begitu kejam? Semakin hari, semakin ramai yang menderita Entah itu takdir atau kerana manusia yang tidak punya hati perut Kenapa manusia saling menyakiti? Apa yang terjadi dah...