Daniel melihat Amirul sedang gelisah
" Kau rilek boleh tak Mirul? Asal ni? " soal Daniel
" Takde. Kau tahu kan aku ada beberapa hari je lagi? Tolong jagakan Mayra doh. Ha oh ye. Nanti kau bagi company aku kat adik aku tau kalau dia dah cukup umur anda kalau dia dah ready "
" Ha ada lagi. Harta aku semua bagi dekat dia tau " kata Amirul
Erk
" Wo..woi. Sabar. Jangan takut sangat " kata Daniel
" Mana tak nya. Kau tahu kan aku ni tak boleh tengok May susah. Apa lah nasib dia time aku dah takde. Aku risau lah " kata Amirul
Daniel mengeluh
" Sepatutnya yang patut kau lebih risau adalah perasaan dia doh. Bila kau nak bagitahu dia yang kau ada beberapa hari je lagi? Kau suka lah dia sedih sebab kau rahsiakan benda ni dari dia, sedangkan dia tak pernah sorok apa-apa pun dari kau? " soal Daniel
Amirul menggaru kepala yang tak gatal
" Aku tahu. Tapi aku terpaksa Niel. Dia kan SPM. Aku tak nak dia stress sebab fikirkan pasal penyakit aku ni " kata Amirul
" Aku faham. Tapi better kau bagitahu. Oh kalau kau tak ready nak bagitahu pun kau tulis lah surat sebelum kau pergi. Nanti dia faham. Maybe " kata Daniel
Amirul mengeluh
" Aku harap dia boleh hidup tanpa aku " kata Amirul
" Takde manusia yang sanggup hidup tanpa orang yang dia sayang, Amirul " kata Daniel
" Hmm. Insyaallah dia boleh. Aku tak kesah pun kalau dia lupa aku. Yang penting aku nak tengok dia happy. Kau tolong lah aku jagakan Mayra eh " kata Amirul
Daniel perlahan-lahan mengangguk
" Ye lah. Dah kau. Rehat lah "
Amirul mengangguk
********
Mayra menggigit bibir
" Siot. Aku ingat dia nak pujuk. Rupanya biarkan je " kata Mayra
Takpe lah
Fokus exam May! Kau boleh!
Ariel dari tadi muram
Dia mengeluh
" Macam mana lah situation kau Hel. Tahun ni kita SPM. Tapi aku tak sangka kau ada banyak masalah " kata Ariel
" Aku harap kau selamat lah dekat sana " kata Ariel
Ariel pun bingung dengan perasaannya
Adakah Mayra orang yang disukainya atau Helesya orang yang dicintainya tanpa sedar?
Argh
Perasaan yang menyusahkan
" Ariel. Kau ok? " sapa Mayra
Ariel mengangguk
" Ok "
" Asal? Tadi exam ada yang kau tak boleh jawab ke? " soal Mayra
Ariel mengeluh
" May. Please. Kalau tak suka aku jangan caring doh. Aku makin confuse dengan hati aku lah " kata Ariel
" So kau nak aku jauhkan diri aku dari kau? " soal Mayra
Ariel perlahan-lahan mengangguk walaupun dirinya tak rela
" Better macam tu " kata Ariel
" Kau fikirkan pasal Helesya ke? " soal Mayra
Ariel tersentak
YOU ARE READING
That Girl
RandomKenapa? Kenapa selalu dirinya? Apa yang sudah terjadi pada dunia? Kenapa begitu kejam? Semakin hari, semakin ramai yang menderita Entah itu takdir atau kerana manusia yang tidak punya hati perut Kenapa manusia saling menyakiti? Apa yang terjadi dah...