"ADA calon ke?" Khairan Akalil menyoal.
"Adik aku." Dan-dan bibir lelaki itu menarik sebuah senyuman. Senyuman penuh makna.
"Zihni?"
Zayn mengangguk mengiyakan. Siapa lagi adik perempuannya kalau bukan Zihni. Gadis berusia 25 tahun itu sahaja satu-satu adik perempuannya. Dan gadis itu saja harapan mereka.
"Kau tak rasa bersalah ke?" soal Akalil. Rasa tak kena jiwa Akalil apabila Zayn menyebut 'adik'. Bukan apa, kenapa Zayn perlu kaitkan Zihni dalam urusan mereka? Kenapa tidak perempuan lain.
"Tak juga. Zihni pun tengah cari calon sekarang. So, why not?" kata Zayn.
Jika Zayn sudah kata begitu, Akalil mahu cakap apa lagi, kan? Mereka kesuntukkan masa. Sebelum khabar tersebar dan menjatuhkan nama baik masing-masing, ada baik mereka cepat bertindak.
Jika tadi Akalil berasa bersalah dek mempergunakan Zihni, sekarang tidak lagi. Seperti yang dikatakan oleh abang gadis itu, Zihni sedang mencari calon dan Akalil memerlukan seseorang yang boleh menutup mulut orang.
"What if one day adik kau tahu?"
Zayn tersenyum senget. "Kalau kita pandai jaga. Dia takkan tahu punyalah."
"Kalau rahsia tu pecah?" soal Akalil lagi. Rahsia belum terbongkar lagi tapi Akalil dah rasa resah memikirkan segala kemungkinan yang bakal terjadi nanti.
"Pandai-pandailah kita suruh dia tutup mulut. Buat masa sekarang, kau tak payahlah fikir pasal hal ni. Yang kau patut fikir, macam mana nak buat dia jatuh cinta dekat kau. Tu lebih penting." ujar Zayn. Seteguk kopi disisip dari cangkir.
"Bukan adik kau ni mudah jatuh cinta ke?" Di hujung ayat Akalil ketawa kecil. Cerita Zayn setahun yang lalu seolah masih segar diingatan lelaki itu. Zayn berkata, Zihni ni orangnya cepat jatuh suka.
Dibelai dengan kata-kata manis, Zihni sudah ketar lutut. Jatuh hati dan langsung jatuh cinta. Oh, senangnya nak tundukkan perempuan itu.
"Dia suka lelaki kacak." Dan Akalil bukan calang-calang orangnya. Khairan Akalil Dato Khaliq tu bukan saja bekerjaya hebat, berharta, malah lelaki itu juga seorang yang maha rupawan.
Akalil balas tatapan mata Zayn.
"Adik dan abang sama saja."
TBC
Update: 05012022.
YOU ARE READING
ZIHNI √
RomanceCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...