Dah lama tak menulis, skill kelaut. Maaf ya. Happy reading🥺
OST: Love In The Dark by Adele
TERJAGA jam 2 pagi, telefon bimbit dicapai. Beberapa pesanan Whatsapp yang belum sempat dibalas malam tadi dibaca dan dibalas.
Malam tadi Akalil masuk tidur awal. Kepalanya pun pening. Nak kata demam, badannya tak panas pun. Penat barangkali.
Tubuh dipusing mengiring menghadap Zihni yang masih lena di sebelahnya. Hujung hidung mancung Zihni dia cium sebelum bibirnya mendarat di pipi gebu si isteri.
Usai menyalurkan rasa kasih dan sayang melalui ciuman yang bertalu-talu di wajah cantik Zihni, Akalil pun turun dari katil mereka.
Dek tidak mahu membuatkan Zihni terjaga, Akalil dengan perlahan-lahan keluar dari bilik itu. Langkah diatur turun ke bawah menuju ke dapur.
Entah kenapa tiba-tiba saja Akalil terasa hendak makan maggi kari. Lapar maggi. Tapi kalau Zihni yang masakkan mungkin rasanya lebih sedap. Dimasak dengan cinta. Ah, Akalil sudah terliur membayangkan air tangan Zihni.
"Kau jangan nak mengada. Bini kau tengah tidur tu." Monolognya sendirian. Risau pula dengan diri sendiri. Ish ish ish...
PAGI yang berbeza buat Akalil. Berkerut seribu dahi melihat perubahan mood Zihni. Manakan tidak berkerut kalau dari subuh tadi Zihni tidak mahu bercakap dengannya. Akalil cuit paha Zihni namun Zihni tak beri sebarang respon. Aduh, jarang-jarang Zihni nak bersikap dingin dengannya seperti tika ini."Zihni sayang, kita jadi kan keluar petang karang. Nak sambut birthday Zayn sama-sama?" soal Akalil lembut seraya membuntuti langkah cik isteri.
"Abang pergi seorang ajelah. Zihni tak ikut."
"Alaaa kenapa? Tak bestlah kalau Zihni tak ada sekali. Lagipun Zayn tu kan abang Zihni. Zihni pun dah lama tak jumpa Zayn kan. Tak rindu ke?" Akalil cuba memancing Zihni supaya Zihni mahu ikut bersamanya petang nanti.
Minggu lepas mereka sudah berbincang tentang perkara ini dan Zihni bersetuju untuk turut serta namun rancangan sambutan hari lahir Zayn terpaksa dibatalkan apabila Zayn memberitahu bahawa dia tidak dapat datang. Dia minta tangguh ke minggu hadapannya pula.
"Abang pergi ajelah. Tak payah bawa Zihni. Tak faham ke?" Tajam anak mata Zihni memanah anak mata Akalil.
Gulp. Melalui renungan dan intonasi suara Zihni, Akalil seakan-akan mengerti sesuatu. Zihni sedang marah. Marah dengannya. Serentak itu Akalil mencunci mulut sambil merenung wajah cantik itu dalam-dalam. Lama Akalil membisu, lelaki itu cuba mencari di mana salah dan silapnya.
"Abang dah habis cakap kan? Kalau dah, Zihni nak naik atas." Tak betah berhadapan dengan situasi tegang begitu, Zihni mahu cepat-cepat beredar.
Dengan jiwa yang kacau, emosi yang bergejolak di dalam diri dan hati yang masih diulit rajuk semalam, Zihni takut Zihni akan terlanjur berkasar dengan suaminya. Zihni tak mahu berkurang ajar dan tak mahu menyakitkan hati Akalil. Zihni cuma perlukan masa dan ruang untuk memujuk diri.
"Zihni marah abang sebab hal malam tadi ye?" tebak Akalil. Nada suaranya masih tenang.
Pandai Akalil menebak. Mungkin juga lelaki itu mulai sedar akan bicaranya yang agak keterlaluan dan telah menyinggungkan perasaan sang isteri.
"Kalau betul, abang minta maaf. Okey?"
Semedan Zihni tolehkan wajah pada Akalil. Saat lelaki itu menapak beberapa langkah mendekatinya, Zihni segera melangkah pergi mendaki anak tangga. Zihni ingatkan Akalil tidak akan mengikutinya lagi namun ternyata Zihni silap.
"Kalau Zihni lari, masalah takkan selesai." Dan-dan tangan isterinya dilelar. Buat beberapa saat seketika pandangan mereka bersabung.
"Abang minta maaf, Zihni. Abang sedar yang abang tak sepatutnya cakap macam tu dengan Zihni tapi abang kena cakap jugak. Bukan abang tak nak anak dengan Zihni cuma bukan sekarang. Bukan untuk masa terdekat ni, sayang..."
"Kenapa? Kenapa bukan masa terdekat ni? Dah setahun lebih kita kahwin. Takkanlah abang tak sedia lagi? Abang masih tak puas hidup berdua ke? Ke abang ada alasan lain? Kalau ada alasan lain, boleh jelaskan tak? Explain dekat Zihni kenapa dan mungkin lepas dengar penjelasan abang, sedikit sebanyak hati Zihni terpujuk." panjang balasan Zihni.
Tak bolehkah lelaki ini jujur saja dengannya? Sampai bila harus berpura-pura? Sampai bila dirinya harus terlihat bodoh sedangkan dia sudah tahu hampir kesemuanya.
Zihni penat. Zihni semakin lelah. Dan ditambah pula perihal anak dibahas, Zihni takut Zihni tak mampu menahan diri dari mengatakan perihal sebenar kepada Akalil.
Dan jika ianya semudah itu... sudah lama dia beritahu. Tak usahlah dia berpura-pura bodoh dan tak usahlah Akalil takut-takut lagi.
Akalil tak perlu takut sebab dia takkan kehilangan Zihni meskipun sisi gelap Akalil sudah Zihni ketahui. Tapi, Zihni yang perlu takut andai kata Akalil tetap nekad untuk meninggalkannya kelak.
Jika Akalil tega meninggalkan Zihni, bagaimana dengan nasib anak yang Zihni kandung? Dan bagaimana pula dengan Zihni nanti?
"Abang selalu macam ni. Bila Zihni minta abang jelaskan, abang terus diam. Abang terus jadi bisu. Sampai bila abang nak buat Zihni tertanya-tanya? Abang?" Sebak mula meresap ke dalam hati.
"Zihni takkan faham..." Alasan yang sama. Akalil yang tadi mahu memujuk tiba-tiba mengecut. Jadi pengecut. Wajah dipalingkan dari memandang Zihni.
"Abang buat Zihni faham. Boleh?"
Akalil pejamkan mata beberapa saat. Dia mengepal tangan sendiri dengan erat. Dadanya berombak kencang. Dia jadi gelisah dan resah. Akalil tak suka perasaan ini. Akalil tak suka diasak dengan pertanyaan seperti ini. Bagaimana dia mahu membuatkan Zihni faham sedangkan Akalil belum ada kekuatan untuk berterus terang.
Zihni gigit sedikit bibir bawahnya. Payah ni...
"Abang,"
Perlahan-lahan pandangan dihalakan semula ke arah Zihni. Dan sekali lagi pandangan mata mereka bertembung. Bibir Zihni bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu. Wanita itu nampak takut-takut.
"Zihni mengandung. Zihni minta maaf..." dan kali ini tangisannya sudah tidak mampu dikawal lagi. Air matanya tumpah bak empangan pecah.
Manakala Akalil masih berdiri kaku di hadapannya. Matanya tidak berkelip. Mulut Akalil tidak mampu bersuara. Pengakuan Zihni sebentar tadi tak semena-mena membuatkan nafas Akalil bagai terhenti.
"Zihni minta maaf..."
TBCUpdate: 29052022.
Hai! Rindunya😭 Btw 16 hari bulan saya lost contact ya. Kalau ada yg simpan nombor personal saya, boleh pm saya balik kalau sudi. Tak pun, delete aje nom tu ya🥺
Satu chapter yang pendek untuk anda. Short dialog for next chapter: Chapter 41 (Inshaaallah)
"Zihni dah tahu Akalil." - ZAYN
"T-tahu apa? Apa maksud kau?" - AKALIL
"Dia dah tahu semuanya. Rahsia kita. Rahsia kau." - ZAYN

ANDA SEDANG MEMBACA
ZIHNI √
RomanceCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...