ZIHNI - 54

12.4K 1K 142
                                    

OST: Cobalah Mengerti by Mirriam Eka

     
    
   
    
  

TAK terasa hari berlalu dengan pantas. Pejam celik, kandungan Zihni sudah masuk ke usia 8 bulan. Bentuk perutnya sudah mulai berubah. Bayi di dalam perut disahkan seorang sahaja tapi entah kenapa bentuknya seakan mengandung dua bayi kembar. Risau tengok badan sendiri...

"Tengah buat apa tu?" Bahu Zihni dipegang. Semedan tubuh si isteri tersentak dek terkejut dengan sapaan mengejut dari Akalil.

"Uih terkejut. Sorry, sayang hahahah..." Perasan wajah si isteri naik pucat, terus saja Akalil labuhkan sebuah kucupan di atas kepala Zihni.

"Bukannya abang tengah tidur tadi?" Zihni menyoal. Wajah didongak memandang Akalil yang masih setia berdiri di sebelahnya.

"Haah. Tidur-tidur ayam je tu. Tak dapat lena sebab tak ada isteri abang dekat sebelah. Bangun-bangun aje, abang tak nampak Zihni. Zihni buat apa dekat bilik tamu ni?" Lantas mata Akalil melirik ke arah smart TV yang berukuran 49 inci itu. Renungan si isteri tertunak kosong ke skrin TV yang langsung tak terpasang.

"Tak buat apa-apa pun. Duduk-duduk... Zihni tak dapat tidur. Anak abang ni asyik bergerak aje. Tendang-tendang. Sakit." Aktif sungguh! Tak bagi ibu dia nak berehat sekejap. Tendang sekali dua, tak apa. Ini tak, Zihni tak mampu nak kira berapa banyak tendangan dia kena malam ini.

Malam-malam main bola dalam perut.

"Lah yeke? Sekarang dia tengah tendang lagi tak?" Akalil labuhkan punggung di atas lengan sofa. Tubuh dicondongkan kemudian dia menempelkan tangan ke perut Zihni yang memboyot.

"Tak. Maybe sekarang ni dia tengah tidur. Penat tendang-tendang mak dia."

"Macam tahu-tahu je ibu nak mengadu dengan babah. Terus duduk diam. Hey, duduk diam-diam dalam tu. Bulan depan awak dah nak keluar. Awak keluar je nanti, babah ajak pergi padang." Akalil bercakap dengan anaknya yang masih di dalam perut Zihni. Tangannya turut bergerak-gerak mengusap lembut perut isterinya.

"Buat apa pergi padang? Bukan dia boleh main bola pun."

"Saja je. Nak perkenalkan dia dengan padang, dengan bola. Kot-kot bila dia besar nanti, dia nak jadi pemain boleh sepak. Ada juga geng abang nak tengok bola subuh-subuh." Memikirkan tentang perkara tersebut, hati jadi tidak sabar menunggu kehadiran anak mereka.

Akalil sudah bersedia menjadi seorang ayah. Dia sudah siap untuk menggalas tanggungjawab seorang bapa. Dia tak sabar mahu membesarkan dan menjaga anak-anaknya bersama Zihni.

"Tak mahulah. Zihni nak anak kita jadi pensyarah jugak macam abang."

"Hmmm... pensyarah ya? Why not cita-cita yang tu untuk anak kedua? Anak ketiga pulak, jadi doktor. Anak keempat, cikgu. Amacam?" Akalil siap angkat kedua-dua belah kening lagi. Rasa berpuas hati dengan cadangannya. Walhal dia tahu Zihni takkan setuju. Ahaks!

Pap! Tak pasal-pasal paha Akalil kena tepuk oleh si isteri. "Yang satu ni pun tak keluar lagi. Abang dah rancang nak buat anak lain. Sabar sikit ye. Jangan gelojoh. Ingat senang ke beranak." Mengandung 9 bulan ni pun dah banyak ujiannya, inikan nak beranak ramai dalam masa terdekat. Zihni kena fikir dua tiga kali. Lepas anak pertama lahir, Zihni wajib ajak Akalil buat mesyuarat tingkap tentang family planning.

"Request beranak dari hidung. Anak ketiga, request beranak dari telinga. Hahahah!" Tawanya meletus. Terbahak-bahak Akalil ketawa dengan suara garaunya.

"Tak lawak." Zihni menjeling. Menyampah!

"Abang gurau je. Janganlah serius sangat. Orang cantik mana boleh serius-serius. Nanti jadi kurang cantik."

ZIHNI √Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang