ZIHNI - 16

9.4K 1K 184
                                    

MEMANG tak terasa betapa pantasnya waktu berlalu. Sedar tak sedar, perkahwinan antara Zihni dan Akalil sudah mencecah usia 5 bulan. Setakat ini hubungan mereka baik-baik saja. Akalil melayaninya dengan baik. Sempurna.

Cuma ada beberapa perkara yang membuatkan Zihni menyimpan rasa curiga terhadap suaminya. Bukan sekali, bukan dua kali tapi sudah berkali-kali sejak mereka pulang dari sesi berbulan madu, Akalil selalu menghilang. Setiap kali dia terjaga dari lenanya pada jam 2 atau 3 pagi, pasti Akalil tidak ada di sebelahnya.

Tidak kira di rumahnya atau di rumah suaminya. Waktu-waktu sebegitu, Akalil tidak ada bersamanya. Pelik...

Kalaupun Zihni sanggup berjaga malam menunggu Akalil kembali ke bilik, pukul 4.50 pagi atau selewat-lewatnya jam 5 pagi pasti kelibat Akalil sudah terpacak di muka pintu. Suaminya ke mana sebenarnya? Kenapa pagi-pagi buta tubuh suaminya tidak ada di sisinya?

"Abang dah masukkan duit dalam account Zihni." beritahu Akalil yang baru saja sampai di rumah. Hari ini Akalil balik agak lewat, kira-kira jarum pendek menyentuh angka 7. Sepatutnya Akalil pulang jam 5.30 petang tadi.

Tanpa banyak soal, Zihni mengatur langkah mendekati suaminya. Punggung dilabuhkan di atas sofa bersebelahan dengan Akalil. Wajah tampan Akalil dipandang lama. Jelas kelihatan raut wajahnya tampak penat.

"Abang dari mana?" Zihni bertanya perlahan sambil melonggarkan tali leher Akalil.

"Dari rumah daddy. Tok ayah ada dekat situ. Itu yang singgah sana lepas kerja. Zihni tunggu abang ke?" Akalil menyoal seraya menyandarkan tubuhnya di sofa. Hari ini sangat melelahkan.

Zihni mengangguk.

"Oh, tok ayah sihat?"

"Tak sihat sangat." Tok ayah tu nak berdiri sendiri pun tak boleh sekarang. Kakinya sudah tidak kuat menopang berat badan. Tok ayah tidaklah berisi, kurus saja. Mungkin disebabkan usianya yang tua membuatkan dia tiada daya untuk bangun, berjalan seperti dulu.

"Kalau Zihni melawat tok ayah esok, boleh?"

"Boleh. Pergilah, cuma abang tak dapat join tau. Abang ada hal dengan Zayn esok lepas kerja. Malam karang abang isi minyak kereta Zihni." kata Akalil. Selepas waktu kerja, dia dengan Zayn akan menghadiri majlis pertunangan rakan lama mereka.

"Eh tak apalah abang. Minyak kereta ada lagi." Akalil ni pun rajin isi minyak keretanya. Sejak-sejak berkahwin dengan Akalil, tak pernah lagi dia keluarkan duitnya beli minyak kereta. Dah lama dia tak singgah ke stesen minyak. Bukannya dia malas tapi Akalil dah tolong isikan.

"Betul ni?"

"Betul. Ni abang nak makan tak? Kalau abang lapar, Zihni nak panaskan lauk. Zihni dah siap masak tadi. Cuma lauk dah sejuk." Zihni ingatkan Akalil terus pulang ke rumah setelah tamat waktu bekerja, ternyata tidak.

"Hari ni Zihni masak lauk apa?"

"Fish fillet, telur masak merah dengan sayur kacang panjang je abang."

Senyuman suaminya melebar. Wajahnya bertukar ceria. Kemudian Akalil letakkan kepalanya di atas riba cik puan isteri yang gebu. Mana tidaknya, 5 bulan mendirikan rumah tangga dengan seorang suami yang terlalu memanjakan isterinya, menuruti kemahuan isterinya dan tak pernah kurang dalam menyediakan kelengkapan isterinya, wajarlah berat badannya naik mendadak.

"Sorry susahkan Zihni." kata Akalil serba salah. Dah lah dia balik lewat hari ni, tak sempat nak tolong Zihni memasak di dapur.

Akalil memang ringan tulang membantu Zihni di dapur. Kalau Zihni memasak, Akalil tolong basuh mangkuk, sudu dan peralatan memasak yang telah digunakan Zihni. Akalil tak banyak songeh. Bila Zihni dah siap masak, Akalil tolong sediakan air untuk mereka.

ZIHNI √Where stories live. Discover now