EPILOG II

9.5K 759 74
                                    

Pejam celik, setahun berlalu. Pejam celik, lapan tahun berlalu. Pejam celik, sebelah tahun berlalu. Hari-hari yang dia lalui hampir sama sahaja setiap hari. Bahagian paling menyeronokkan, dia menjadi sebahagian insan terpilih untuk melihat anak-anak Zayn membesar. Syukur dia diberikan peluang untuk menjadi ayah kedua buat anak-anak sahabatnya.

Medina sudah berusia 16 tahun. Miasara berusia 15 tahun dan yang bungsu, 11 tahun. Anak-anak Zayn semuanya perempuan. Tak dapat anak lelaki. Nak usaha lagi tapi Aufa dah tutup kilang dan Zayn tak mahu memaksa. Tiga orang pun dah pening kepala. Sekali bertengkar, mahu bergegar satu isi rumah ni.

"Babah!" Medina berlari mendapatkan Akalil. Dia memang begini, pantang nampak Akalil berkeliaran. Mesti dipanggil-panggil dan tak mahu membiarkan Akalil sendirian.

"Mana adik-adik? Papa dengan umi?"

"Diaorang tengah bersiap. Katanya nak jumpa mama kena lawa-lawa. Papa dengan umi pulak, dating. Hari ni kita berempat aje melawat rumah mama dengan Muhammad."

Akalil tersenyum mendengar celoteh anak sulung Zayn dan Aufa. Akalil juga begitu, selepas setahun pemergian Zihni, dia mulai menjaga penampilannya. Kena kelihatan kemas. Walaupun singgah sebentar ke rumah baru Zihni, dia wajib terlihat kacak dan teratur. Barulah Zihni gembira. Meskipun Zihni tiada lagi, dia kena jaga dirinya baik-baik.

"Jom masuk kereta."

Perjalanan ke tanah perkuburan Islam memakan masa dua puluh minit sahaja. Sebaik saja mereka sampai, mereka terus menghampar karpet rotan dan sedekahkan doa Yasin buat Zihni dan Muhammad. Batu nisan dijirus dengan air. Seperti biasa, selepas berdoa, Akalil akan duduk termenung di tepi rumah baru Zihni.

"Asssalamualaikum kesayangan abang..."

"Hari ni genap 19 tahun Zihni tinggalkan abang. Hari ni abang tak datang berseorangan. Abang bawa anak-anak Zayn dengan Aufa sekali. Diorang selalu nak abang bawa diorang jumpa Zihni."

"Medina, anak sulung. Miasara, anak kedua. Mayyah, anak bungsu."

Akalil diam sejenak. Lelaki itu tunduk menekur tanah. 19 tahun dia ulang alik ke rumah baru si isteri, entah kenapa harini dia tewas. Dia janji dia tidak akan menangis lagi tapi kenapa hari ini rindu itu semakin berat.

Terasa belakang badan dan bahunya seakan disentuh seseorang. Akalil menoleh, Miasara menghadiahkan Akalil segaris senyuman. Bahu bapa angkatnya ditepuk berkali-kali.

"Babah selalu kata, kita akan jumpa dengan mama. Kita akan bersatu semula. Dekat syurga nanti." ujar Mayyah.

"Sebab tu babah sibuk kejar akhirat. Dia kata, dia nak dapat keredhaan Allah and inshaallah, babah akan bersatu semula dengan mama." Medina pula bersuara.

"Babah tak kahwin lagi tau mama! 19 tahun babah setia dekat mama seorang aje tau!" Miasara suarakan keterujaannya. Wujud lagi lelaki setia dalam muka bumi ni.

Akalil mengukirkan senyuman. Kesetiaan ini bukanlah suatu kebanggaan. Jikalau mereka tahu kisah sebenar Zihni dan Akalil, mungkin mereka akan membencinya juga. Membencinya kerana ego yang dia junjung. Membencinya atas dosa yang dia lakukan di waktu mudanya.

"Mama yang pertama dan mama juga yang terakhir."

6935 hari tanpa Zihni di sisi.
6935 hari tanpa ditemani isteri.
6935 hari tanpa gelak tawa Zihni.
6935 hari tanpa mendengar suara indah Zihni.
6935 hari tanpa pelukan Zihni.

Walaupun tempoh masa bersama begitu singkat, cinta mereka akan Akalil bawa sampai syurga. Cinta ini tidak akan diganti dengan yang lain, cinta ini hanya milik Zihni selama-lamanya.

Zihni cinta matiku. Bidadari syurgaku. Cinta terakhirku.

Banyak hal yang mahu Akalil ungkapkan tapi tidak bisa diluahkan dengan kata-kata. Cukup saja Akalil bersyukur dipertemukan dengan isteri semulia Zihni. Tanpa Zihni, mungkin dia tidak akan sadar. Mungkin juga dia masih bersenang-senang dengan dunia tanpa memikirkan akhirat.

Zihni, abang jaga solat. Abang dah tak tinggal solat. Abang jaga yang wajib dan juga yang sunat. Abang jaga mata abang, jaga diri abang.

Zihni, nama Zihni takkan terpadam dari doa abang. Selagi hayat dikandung badan, abang akan selalu mendoakan isteri abang.

Moga kelak kita dipertemukan semula. Sumpah, abang terlalu rindu. Sangat-sangat rindu.

Zihni, mungkin di dunia kita tak dapat pengakhiran hidup yang bahagia tapi semoga di syurga nanti, kesedihan kita terbayar. Semoga di sana kita temui bahagia tanpa noktah.

My precious Zihni, tunggu abang datang. Abang cintakan Zihni, selamanya. Selamanya. Selamanya.



Cintakan selalu abadi
Walau takdir tak pasti
Kau selalu di hati, cinta matiku
Seraya aku berdoa merayakan cinta
Kau selalu kujaga
Sumpah mati...



Tamat.

(26 September 2023, 01:17am)

ZIHNI √Where stories live. Discover now