ZIHNI - 49

10.8K 1.1K 113
                                    

Akalil: Assalamualaikum aunty.

Datin Soraya: Waalaikumsalam anak mummy. Ada apa whatsapp mummy ni? Sihat tak? Dah makan?

Akalil: Alhamdulilah, sihat. Maaf sebab mengganggu aunty malam-malam buta ni

Datin Soraya: Mana ada mengganggu. Kebetulan mummy pun tak tidur lagi ni. Ada apa Akalil? You ada masalah ke? Ke daddy buat hal?

Akalil: Tak adalah. Tak ada kena mengena dengan daddy

Datin Soraya: Dah tu?

Akalil: I nak minta tolong sedikit boleh tak?

Semedan telefon bimbit ditutup sejenak. Bibir diketap sambil jari menggaru dahi yang terasa gatal tiba-tiba. Awkward. Ini sangat janggal. Tak pernah-pernah minta tolong pada Datin Soraya dan tiba-tiba dia datang meminta bantuan.

Ting! Satu lagi mesej baru masuk terpapar di skrin iphone nya. Mesej dari Datin Soraya. Tanpa membuang masa, terus saja Akalil tekan nama wanita itu. Bibirnya bergerak-gerak menbaca mesej yang dihantar oleh ibunya.

Datin Soraya: Boleh je. Anything for my son. Nak minta tolong apa Akalil?

Akalil: Kalau I nak minta tolong you masakan untuk I boleh tak?

Datin Soraya is typing...

Datin Soraya: Lah you nak minta mummy masakan you aje ke? Haha mummy ingat apalah tadi. Boleh saja sayang

Datin Soraya: You nak makan apa? Mummy cuba usahakan. Lepas tu you nak bila? Kalau esok, malam ni juga mummy siapkan bahan

Akalil: Tak perlu rushing. Lusa pun boleh

Datin Soraya: Alright. Nak mummy masakan apa tu?

Akalil: Agak banyak. Tak apa ke? Tiba-tiba I terliur nak makan lepas tengok gambar you post kat facebook

Datin Soraya: Eh, you ada add friend mummy ke Akalil?

Dang it! Hilang idea mahu menjawab. Nak cakap macam mana ya?

Akalil: Ada

Facebook pun Akalil tak ada, inikan nak add Datin Soraya dekat aplikasi tersebut. Memang nayalah Akalil kalau Datin Soraya minta username dia. Takkanlah Akalil nak buat akaun Facebook semata-mata nak tutup kenyataan sebenar?

Halah Akalil, tak payah pusingkan kepala cari alasan. Cakap ajelah facebook tu private dan Akalil tak accept friend request. Benda kacang pun nak sulitkan.

Datin Soraya: Apa username Akalil? Mummy nak add

Nah kan, baru aje dia sebut pasal ni!

Akalil: Sorry aunty, I tak accept friend request. Lagi pun account tu memang takde orang tahu. Private

Gasak ajelah, janji ada alasan dan alasan tu logik. Harapnya Datin Soraya tak mendesak dia lah untuk beritahu juga username account yang tak wujud tu.

Datin Soraya: Oh alright then. I faham...

Akalil: okaylah, gtg aunty. Thank you sudi tolong I. Inshaallah lusa I datang ke rumah you. I sediakan bekas untuk you letak lauk tu nanti

Datin Soraya: No need lah dear. Guna bekas mummy je

Akalil: Okay. Goodnight aunty. Take care

Datin Soraya: gn too... mummy sayang Akalil ☺️



"BOSAN..." rengeknya manja. Tepi kepala digesel-geselkan ke hujung bahu si suami.

ZIHNI √Where stories live. Discover now