APA yang Akalil kena lakukan untuk hilangkan tabiat buruknya sedangkan dia ada Zihni untuk memuaskan kehendaknya? Bagaimana caranya untuk dia hentikan ketagihan yang satu itu? Skrin telefon bimbit di atas meja dipandang lama. Tika ini Akalil rasa hampa dan kecewa pada diri sendiri...
Hampir sebulan Akalil menahan diri dari menonton video kotor itu namun hari ini dia tewas. Keinginan itu semakin membuak-buak dan tidak bisa ditahan lagi. Sekuat mana dia cuba melawan dan mengawal, pada akhirnya nafsu yang menang.
Apabila iman senipis kulit bawang, mudah sekali diri ini terperangkap dengan godaan-godaan iblis dan syaitan yang menyesatkan.
Lelaki itu segera bangun dari tilam. Tuala di atas penyidai dicapai lalu langkah diatur menuju ke bilik air. Manakala Zihni yang baru saja sampai di rumah terus melangkah ke katil peraduan mereka kemudian tubuh direbahkan. Mata dipejam seketika. Kurang dari satu minit, perlahan-lahan mata dibuka kembali.
Zihni melempar pandangan pada tempat tidur Akalil dan anak matanya tertunak pada telefon bimbit suaminya. Tanpa teragak-agak telefon bimbit lelaki itu diambil. Sebaik saja jari mengetik skrin telefon Akalil, tak semena-mena bibirnya mengoyakkan senyuman kecil ketika melihat gambar wallpaper lock screen Akalil. Sejak bila pula Akalil letak gambar Zihni?
"Tak boleh letak gambar elok sikit ke?" Ini tak, boleh pula Akalil pilih gambar paling hodoh Zihni. Muncung sedepa dan mata putih. Aish!
1234. Kata kunci dimasukkan dan sebaik saja skrin bertukar latar warna, senyuman yang terhias di bibir Zihni perlahan-lahan memudar. Semedan telefon pintar Akalil ditutup dan diletakkan semula ke tilam. Segugus keluhan berat terhela perlahan.
Zihni menyoal diri sendiri. Apakah Akalil kurang puas dengan layanan Zihni sehinggakan lelaki itu masih menonton video kotor?
Sudah satu bulan berlalu sejak peristiwa rahsia abang dan suaminya terbongkar dan ini bermakna sudah satu bulan Zihni berpura-pura berlakon tidak tahu apa-apa perihal sebenar. Terkadang dia tertanya-tanya bagaimanakah respon Akalil jika lelaki itu tahu Zihni sudah tahu semuanya?
Akankah lelaki itu masih nekad untuk melepaskannya seperti yang diberitahu oleh Zayn sebulan yang lalu? Ataupun Zihni kena guna taktik lain untuk mengubah pendirian Akalil? Untuk apa mereka berpisah sedangkan Zihni tidak membenci? Untuk apa lelaki itu menghancurkan masjid mereka sedangkan masjid mereka masih utuh berdiri?
Tidakkah lelaki itu nampak bahawa Zihni masih di sisi Akalil sementelah Zihni tahu sisi gelap lelaki itu? Tidakkah lelaki itu mahu menghargainya? Kerana tak semua pasangan boleh terima 'buruk' pasangan mereka. Bilamana ada yang masih mahu setia, bukankah mereka layak menerima sebuah penghargaan?
"NAK oder lagi?""Boleh ke?"
"Mestilah boleh, tadi Zihni kata teringin sangat nak makan kan? Dah duduk sini, pesanlah banyak-banyak." ujar Akalil sambil membetulkan tudung Zihni yang senget ditiup angin.
Senyuman si isteri melebar. Hatinya berbunga gembira. Rasa seronok kerana kemahuannya dipenuhi oleh encik suami. Petang tadi tiba-tiba teringin nak makan satay kambing dan malam ni dah dapat. Alhamdulilah dapat suami pemurah ni. Sekali oder dah cecah 20 cucuk satay dia pesan. Oder kali kedua ni mungkin 30 cucuk...
Mak aih, rakus. Zihni ni takut juga berat badan naik tapi kalau dah terliur tahap terbawa-bawa masuk ke dalam mimpi ni susah jugak. Nak tak nak, sumbat ajelah. 20 cucuk satay kambing dia balun sendiri. Bukannya Zihni kedekut tak mahu berkongsi tapi Akalil yang menolak. Akalil tak suka kambing. Okey, well noted!
"Nak berapa cucuk?"
"Malulah nak cakap." Di hujung ayat Zihni tergelak.
"Tak nak malu-malu ni. Cakap cepat. Nak oder berapa cucuk?" Seratus cucuk satay kambing pun tak apa. Janji hati dan perut isteri gembira.
YOU ARE READING
ZIHNI √
RomanceCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...