ZIHNI - 48

11.5K 1.2K 105
                                    

"ABANG," Serunya perlahan seraya melentokkan kepalanya ke dada bidang si suami. Tangannya turut naik menyentuh perut Akalil yang berlapik kemeja putihnya. Diusap-usap perut Akalil perlahan.

"Hari ni sayang abang ni mengidam nak makan abang pulak ke?" soal Akalil dalam nada mengusik. Tangan Zihni yang tak reti duduk diam di atas perutnya segera digenggam erat.

"Eh mana ada!"

"Dah tu tangan tu duk raba-raba orang kenapa?" Menguji iman betullah orang cantik dekat sebelah ni. Kalau tak mengenangkan mereka yang baru saja sampai rumah setelah hampir seharian bekerja, memang kena ngap lah. Eh!

"Pantang orang sentuh sikit, mulalah ulat bulu naik daun."

"Gatal dengan Zihni seorang aje." bisik Akalil perlahan sambil tangan kanannya diletakkan di atas bahu Zihni.

"Dengan orang lain jangan." Siaplah kalau Akalil buat hal, memang Zihni akan kerat-kerat badan Akalil menjadi 10 bahagian dan terus buang ke sungai. Jadi lauk ikan!

"Hati abang ada nama Zihni seorang aje. Jadi mata abang pun cuma pandang Zihni seorang sahaja." Wah wah wah! Dah pandai karang ayat berbunga.

Zihni senyum. Paha Akalil ditepuk lembut.

"Abang, abang..." Paha Akalil digugah-gugah.

"Hurmmm..."

"Abang dah contact mummy ke?" Lantas Zihni tolehkan wajahnya memandang si suami. Zihni merenung Akalil dengan penuh pengharapan. Zihni berharap sangat kali ini Akalil dapat memenuhi kemahuannya yang satu itu.

Kaki ayam masak kicap, daging kunyit, telur padi dan umai udang buatan Datin Soraya. Ohhh kecur air liur Zihni pabila teringatkan foto yang dimuat naik oleh ibu mertuanya itu di facebook.

"Belum." jawab Akalil pendek. Serba salah.

Semedan riak wajah Zihni berubah sedih.  Ada rasa kecewa mencubit hati kecilnya. Tanpa berkata apa-apa, Zihni terus bangun dari duduknya dan pergi dari situ meninggalkan Akalil terpingga-pingga sendirian.

"Sayang..." Mengerti dengan bahasa tubuh si isteri, cepat-cepat Akalil bangkit dan mengejar langkah Zihni yang agak deras. Akalil lantas memaut pergelangan tangan Zihni sebelum memusingkan tubuh Zihni supaya menghadapnya.

Melihat ada air mata yang bertakung di birai mata isterinya, hati Akalil dihunjam rasa bersalah. Silapnya kerana telah membuat Zihni sedih. Salahnya kerana melengah-lengahkan permintaan kecil Zihni. Apalah sangat permintaan isterinya itu jika dibandingkan dengan permintaan pelik isteri-isteri mengandung di luar sana.

Akalil dah kira bersyukur tau sebab Zihni tak mengidam nak makan sabun, kunyah tayar dan sebagainya. Zihni mengidam nak rasa air tangan Datin Soraya saja. Takkan permintaan seperti ini pun sulit untuk Akalil penuhi?

"Zihni janganlah merajuk. Malam ni abang contact aunty ya? Abang suruh dia masakkan untuk Zihni." pujuk Akalil lembut. Jari Akalil pantas menyeka air mata isterinya yang berjejeh keluar membasahi pipi.

"Abang jangan mention nama Zihni. Nanti mummy tak nak masakan!" ujarnya bersama tangisan berselang isak. Penat ya jadi ibu mengandung ni? Hati jadi sangat sensitif. Benda remeh macam ni pun boleh jadi isu besar bagi Zihni.

"Ya-ya... Nanti abang cakap dengan aunty yang abang terliur nak makan. Bukan Zihni. Dah, janganlah nangis lagi. Nanti kalau abang menangis sekali siapa nak diamkan?" Huh, tak membantu langsung!

"Abang kan dah tua. Abang pujuklah diri sendiri!" Dan dia menangis lagi. Salah Akalil sebab lambat sangat buat kerja. Zihni expect Akalil dah bagitahu dekat ibu mertuanya itu pasal keinginan Zihni, namun ternyata, Akalil belum berpesan apa-apa lagi pada wanita itu!

Geramnya! Zihni rasa nak marah tapi dalam masa yang sama sedih! Rasa nak menangis lagi tapi kasihan dekat Akalil.

Alahai anak, banyak-banyak masakan dalam bumi Malaysia ni, kenapa masakan nenek awak jugak yang awak nak?

"Tahun ni abang dah akan masuk 34 tahun. Tua sangat ke?" Automatik tangan sentuh wajah sendiri. Cubit kulit wajah yang masih tegang.

"Zihni rasa abang dah tak handsome ke?" soal Akalil lagi. Risau kalau-kalau dia tak terlihat tampan di mata Zihni lagi. Maklumlah, dalam beberapa tahun lagi umur dah masuk series 4.

"Ada ke Zihni kata abang tak handsome?"

"Takde... tapi Zihni kata abang tua."

"Sebab dah nak masuk 34 tahunlah kena pujuk diri sendiri, abang... Tu maksud Zihni." Alahai suami, boleh pula tersalah tafsir ayat Zihni.

"Tapi orang tua macam abang ni perlu ada yang pujuk bila sedih. Lagi-lagi bila abang masih ada isteri di sisi, pelukan dia, suara dia... adalah ubat yang paling mujarab." Dulu, sebelum ada Zihni, berpura-pura kuat itu perkara biasa. Dan bila dia dah ada Zihni, kalau boleh dia nak berkongsi satu rasa dengan Zihni.

Kalau boleh, dia tak mahu berahsia dengan Zihni... Dia tak mahu simpan apa-apa rahsia di belakang Zihni.

"Elelele... siapa ajar abang guna ayat berbunga-bunga ni? Cek google ke?" Tak jadi nak sedih. Air mata pun dah lama kering. Ingat nak buat drama lebih sikit tapi apakah daya, cepat sangat hatinya terpujuk.

"Tak boleh ke buat guna ayat berbunga-bunga macam tu dekat isteri sendiri?"

"Ada Zihni kata tak boleh?"

Akalil senyum lagi sambil menggelengkan kepalanya. Memang Zihni tak melarang tapi kalau Zihni dah mula mempertikaikan, Akalil menyangka Zihni tak suka. Hairan barangkali. Akalil jarang sekali gunakan ayat-ayat nak beli jiwa. Sejak dua menjak ni, makin sakan pula Akalil mengusik cik jantung di dalam sana. Tak tenang Zihni dibuatnya!

Asyik jatuh cinta aje... jatuh cinta pada Akalil. Setiap saat, setiap jam dan setiap hari. Tanpa kenal erti bosan. Tanpa kenal erti sudah.

"Zihni, abang nak solat Asar... Zihni..."

Akalil pandang wajah lembut milik Zihni. Teragak-agak nak habiskan ayat. Tapi sampai bila dia harus mengelak? Satu tahun itu bukan satu tempoh yang pendek. Zihni dah beri dia masa untuk menyiapkan diri dan mungkin sekarang adalah masa yang sesuai. Masa yang tepat untuk dia mengimamkan solat.

"... Zi-zihni nak jemaah sekali tak?"

Zihni terkedu sejenak. Ajakan Akalil buatkan Zihni hilang diksi. Tak terkata. Tak tercakap. Terkejut tapi terharu. Sudah sekian lama dia menanti ayat ajakan seperti itu terpacul keluar dari bibir suaminya. Satu tahun lebih dia beri Akalil masa untuk bersedia dan dengan izin Allah, harinya sudah tiba.

"Abang nak Zihni jadi makmum abang?"

"Ye, abang nak. Mulai hari ni, kita solat berjemaah ya." tuturnya bersama segaris senyuman manis di bibir.

Akalil sebagai imam dan Zihni sebagai makmum. 
  
  
  
   
   
  
TBC

Update: 06082022.

Rindunya😭 Maaf dah lama tak update, sekarang ni saya dah fasa 'struggle' nak mengarang. Bila skill dah lama tak diasah, makin tumpullah dia. Banyak words yang saya lupa😌 Mungkin lepas ni saya akan lambat update, saya agak busy dan struggle untuk menulis macam dulu...
  
Tolong ingatkan saya untuk update tau. Risau saya berehat terlalu lama and end up bersara dari dunia penulisan😭  Happy reading and thank you kepada yang masih setia menunggu update dari Bellofa❤

ZIHNI √Where stories live. Discover now