From: withzihni@gmail.com ( August 5 )
To: me:
Abang. Abang tak rindu Zihni ya? Dah satu minggu abang tak balik. Zihni dah cuba contact abang tapi whatsapp abang satu tick. Zihni hantar banyak mesej tau. Zihni harap abang tak rasa menyampah dengan Zihni sebab spam banyak sangat chat. Zihni rindukan suami Zihni. Zihni nak mengadu tapi abang tak ada dengan Zihni...
Abang nak tahu tak, hari-hari Zihni kena marah oleh bos baru Zihni. Memang salah Zihni pun sebenarnya. Zihni terbabas tidur. Zihni rasa tak sedap badan. Lepas tu Zihni muntah-muntah. Anak abang ni kuat menyakat ya hahahah. Suka kenakan ibu dia😭 Tapi kalau babah dia ada mesti ibu dia tak lembik macam sekarang ni.
Abang balik ya?
"Sanggup cari rumah sewa lain sebab takut bersemuka dengan isteri... sampai bila nak jadi pengecut?" Satu suara menegurnya dari arah belakang.Tersentak. Semedan kepala ditolehkan ke belakang dan ternyata pemilik suara tersebut adalah Zayn sendiri. Tanpa sebarang balasan, Akalil palingkan wajah. Macbook di hadapannya segera ditutup. Payah kalau ada penyibuk yang suka masuk campur dengan urusan rumahtangganya.
"Dengan lari dari Zihni macam kau buat sekarang ni takkan selesaikan masalah kau, Akalil. Kau tak kesian dengan Zihni? Kau kata kau sayang dia kan. Kalau sayang, kenapa kau buat adik aku macam ni?" soal Zayn seraya menarik kerusi beroda empat itu mendekatinya. Punggung dilabuhkan di atas kerusi itu sambil menyilang kaki.
"Kita dekat tempat kerja. Kalau boleh aku tak nak kita bincang hal peribadi dekat sini." Alasan!
Zayn tersenyum kelat, kepala digeleng-gelengkan. Aduhai Akalil... Akalil...
"Kau tahu tak, dah banyak hari Zihni datang ke kampus?" Zayn bertanya. Manalah tahu Akalil sudah maklum tapi sengaja buat-buat tak tahu.
Diam. Membisu lagi. Akalil tak bersuara. Lelaki itu tidak juga mengangguk atau menggeleng. Dia hanya duduk membatu di kerusinya.
"Dia kata dah satu minggu kau tak balik. Dia rindukan suami dia."
Segugus keluhan terhela ketika Akalil masih membisu seperti tadi.
"Dah-dah lah tu berperang dengan diri sendiri. Benda boleh settle elok-elok, kau lari. Akalil, kau kena beringat jugak. Zihni tengah pregnant sekarang. Tolong jangan buat dia tertekan. Please lah..." Pening kepala memikirkan Zihni, pening juga kepala memikirkan tentang Akalil. Entah bagaimana dia mahu memujuk Akalil agar lelaki itu mahu pulang ke rumah dan berdepan dengan Zihni.
Perlukah Zayn heret saja lelaki itu?
"Zayn,"
"Apa?"
"Kenapa kau tak bagitahu aku pasal benda ni dulu? Kenapa kau kena rahsiakan semua ni dari aku?"
"Untuk kebaikan rumahtangga kau juga Akalil." Jawabnya ringkas.
"Macam mana Zihni boleh tahu?"
"Kau baliklah, tanya dekat dia sendiri." Bahu Akalil ditepuk beberapa kali sebelum lelaki itu kembali bangkit berdiri.
Zayn tak boleh berlama-lamaan di sini kerana sebentar lagi dia perlu masuk mengajar. Membuatkan para pelajar tertunggu-tunggu itu bukanlah sesuatu yang dia suka walaupun pelajar memang sentiasa berharap pensyarah langsung tak masuk kelas. Hahahahah! Jangan harap Zayn nak batalkan kelas!
"Zihni marah tak?" Akalil tak dapat bayangkan macam mana penerimaan Zihni waktu itu. Entah dari mana wanita itu dapat kekuatan untuk berhadapan dengan suami pengkhianat sepertinya?
"Dia kecewa... sangat-sangat kecewa tapi sayang punya pasal, dia masih nak stay. Kalau kau nekad nak lepaskan dia jugak, aku tak tahulah apa nak cakap Akalil." Akalil dah kira beruntung kerana mempunyai isteri seperti Zihni. Jarang seorang wanita mahu memilih untuk setia setelah mengetahui sisi gelap insan bergelar suami.
Kalau ada pun, wanita seperti mereka amatlah limited. Sesiapa yang memiliki mereka, haruslah tahu bagaimana caranya untuk menghargai. Kan?

YOU ARE READING
ZIHNI √
RomanceCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...