ZIHNI - 3

12.6K 1.1K 106
                                    

Abang Akalil:  Good morning, Zihni!

Apabila telinga menangkap bunyi dentingan yang dikhaskan buat Akalil, cepat-cepat Zihni membuka nama lelaki itu. Dua hari yang lepas, Akalil dulu yang menghubunginya melalui aplikasi Whatsapp. Boleh tahan lama mereka berbual. Sakan!

Zihni: Morning abang! Otw pergi kerja ke?

Ting! Tidak sampai satu minit, telefon pintarnya berdering lagi. Zihni yang sedang bersiap-siap hendak pergi kerja itu segera berlari mendapatkan telefonnya. Bibir menguntum segaris senyuman.

Abang Akalil: Ye, tengah breakfast. Zihni dah breakfast?

Zihni: Belum. Sekejap lagi kot

Abang Akalil: Good then. Don't miss your breakfast Zihni ^

Zihni: Iya. Elok-elok pergi kerja tau. Jaga diri

Abang Zihni: You too, dear

   
     
    
   
"CICER, hari ni kita main puzzle lagi kan?" Budak perempuan bernama Balqis, berusia 5 tahun itu bertanya kepada Zihni.

"Haah. Kita main puzzle yang lain pulak. Teacher ada beli puzzle baru tau semalam." balas Zihni seraya mengelap lelehan hingus di hidung muridnya itu dengan tisu.

"Wah, puzzle cartoon apa cicer? Doraemon ke?" soal Balqis. Berbinar-binar bola mata Balqis tatkala mendengar kata-kata Zihni tadi. Keseronokkan mula menapak di hati budak kecil itu.

"Nope."

"Dah tu?"

"Adeler. Later teacher tunjukkan heheheh." Barulah ianya dinamakan kejutan. Yang pasti, budak-budak tu akan suka!

"Alaaaa cicer..." Bibir dicebik. Balqis dah teruja dah tadi.

"Alolo, karang ya. Karang teacher tunjukkan. Sekarang pergi main dengan kawan. Break time dah nak habis ni. Buaian tu pun kosong." Zihni tunding jari ke arah sebuah buaian kosong. Hari ni tak ada pula yang berebut naik buaian.

Tanpa sebarang bantahan, Balqis menurut kata. Budak perempuan itu berlari anak ke arah buaian yang dimaksudkan Zihni. Mata melingas memerhatikan suasana di taman permainan. Memerhatikan murid-murid yang sedang menikmati waktu rehat mereka.

"Zihni, ada orang nak jumpa kau." ujar salah seorang rakan sekerja Zihni. Fatihah. Lengan Zihni dicuit untuk menarik perhatian Zihni.

"Siapa?"

"Tak tahu. Lelaki. Boyfriend kau ke?"

Lantas Zihni menggeleng menidakkan andaian Fatihah. Zihni mana ada boyfriend. Dengan Akalil pun belum official lagi. Mereka masih dalam fasa mengenal hati budi masing-masing. Dan masih dalam proses membiasakan diri dengan hubungan yang baru ini.

"Kalau macam tu, pergilah tengok. Aku jagakan budak-budak ni dulu."

Tanpa berlengah lagi, Zihni segera bangun dan meninggalkan taman permainan tersebut. Langkah diatur masuk ke dalam bangunan Tadika Mesra dan berjalan terus ke pintu hadapan. Usai daun pintu ditarik dari dalam, kelibat seorang lelaki bertubuh tinggi lampai menjamah mata Zihni.

Selama beberapa saat, pandangan mata mereka bersabung. Melihat senyuman yang terconget di bibir merah Akalil, automatik tubuh Zihni menghangat. Saat bibir mahu menyapa lelaki itu, entah kenapa lidah terasa kelu untuk berbicara.

"Hai, Zihni." Akalil membuka bicara. Menoktahkan kecanggungan antara mereka berdua.

"Hai, abang..."

"Sorry menganggu-" Belum sempat Akalil menyusun bicara, Zihni sudah mencantas laju.

"Tak apa! Tak menganggu pun. Abang tak whatsapp Zihni pun abang nak datang." ujar Zihni tersenyum kekok. Gadis itu cuba meneutralkan suasana. Dengan debaran yang kian menghambat dada, Zihni rasa segan mahu membalas renungan Akalil. Sesekali mata mengerling ke arah lain .

"Haah, abang sengaja tak bagitahu Zihni. Abang datang ni nak bagi Zihni something." ujar lelaki itu. Beg kertas berisi chicken Teriyaki friend rice dan udang goreng tempura diserahkan kepada Zihni. Terkebil-kebil Zihni pandang beg kertas itu.

"Ambillah. Abang belikan untuk Zihni." ujar Akalil.

"Abang dah makan?"

"Dah, abang makan dengan Zayn tadi." jawab Akalil. Sewaktu mereka makan di restoran sushi tadi, Zayn sempat berpesan. Zihni suka makan udang goreng tempura. Jadi disebabkan itulah Akalil bungkuskan sekali untuk Zihni.

"Susah-susah je." Zihni pula rasa serba salah. Beg kertas tadi disambut dan dijinjit kemas.

"Tak susah pun. Kebetulan abang datang nak tengok Zihni juga." Dan segaris senyuman terukir di bibir lelaki itu.

Zihni tergelak kecil. Aduhai, jantung buat hal. Zihni, sila bertenang!

"Sekarang dah tengok, kan?"

"Dah. Tapi tak puas."

Dang it! Zihni buat-buat tenang. Kawal perasaan yang semakin menggila entah kenapa. Kembanglah tu pabila Akalil cakap seperti itu. Renungan dan senyuman Akalil membuatkan hatinya berbunga-bunga. Allahu, kurang dari seminggu berkenalan dengan Akalil, lelaki itu sudah mampu membuatkan dia resah gelisah seperti ini.

Beginilah sifat seorang Zihni. Cepat cair dengan kata-kata manis insan bergelar lelaki. Dek jiwanya terlalu dahagakan cinta, mendambakan perhatian dan kasih seseorang, semudah itu dan secepat itu Zihni tewas dengan pesona seorang Khairan Akalil.

Kemanisan yang diulit dengan sebuah penipuan.

   
    
    
  
TBC

Update: 10012022.

Hai, saya dah upload short intro untuk cerita ni dekat Youtube channel saya.

Channel: Bell Hannan. Like, comment and subscribe!

 Like, comment and subscribe!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ZIHNI √Where stories live. Discover now