ZIHNI - 28

10.8K 1.2K 104
                                    

"DAH tak ada barang yang tertinggal?" Zihni yang bersandar di pintu sambil memerhatikan tingkah si suami dipandang sekilas.

"Tak ada rasanya." Akalil menjawab. Matanya merenung barang-barang yang sudah disusun kemas di dalam bonet kereta.

"Betul?" Zihni pula risau. Takut ada barang Akalil yang tertinggal. Buat penat aje ulang alik dari U ke rumah.

Yela, orang tu akan tinggalkan rumah dan Zihni selama 5 hari 4 malam. Seperti yang pernah Akalil maklumkan kepadanya sebelum hubungan mereka dilanda badai, Akalil terlibat dengan program perkhemahan di perak.

"Ya." jawabnya pendek. Penutup bonet ditutup semula dan lelaki itu berjalan masuk ke dalam melintasi Zihni.

4 malam tanpa Akalil? Entahlah! Hati ni terasa berat nak berjauhan meskipun dia dah jarang bercakap dengan suaminya. Mereka bercakap bila perlu saja. Selebihnya, masing-masing fokus pada kehidupan sendiri.

Zihni rindu dengan kemesraan yang pernah dia rasakan sebelum ini. Dia juga rindu dengan kehidupan bersama Akalil, kehidupan yang bahagia dan tak pernah bertingkah sesama sendiri. Zihni rindukan Akalil juga. Penat menangis malam-malam mengenangkan masalah mereka.

Sampai bila hubungan mereka dibiar dingin? Sampai bila tidurnya dibiarkan tak berteman? Setiap malam dia hanya mampu membayangkan Akalil ada di sebelahnya. Mengusap kepalanya, mencium dahinya, memeluk tubuhnya...

"Nanti abang masukkan duit. Minyak-" Belum habis cakap, Zihni sudah mencantas.

"Tak apa. Duit Zihni ada lagi. Duit abang bagi minggu lepas pun masih ada." ujar Zihni seraya berjalan menghampiri Akalil.

Untung dapat suami pemurah macam Akalil ni. Duit gaji setiap bulan tak banyak yang bergerak. Bukan dia tak nak guna tapi encik suami selalu sangat masukkan duit ke dalam akaun banknya. Tak bank in, mesti cash. Setiap minggu begitu. Dah macam abah-abah bagi duit belanja anak ke sekolah pula.

"Pakai aje. Tak cukup nanti, bagitahu. Abang bagi." Cawan berisi air sejuk di atas meja dicapai lalu disua ke bibir. Sesekali Akalil mengerling ke arah Zihni melalui ekor mata.

"Bas bertolak pukul?" Zihni menyoal lagi. Memecahkan suasana janggal antara mereka berdua. Kalau boleh sebelum Akalil bertolak, Zihni nak dengar suara Akalil buat dia jadikan bekal selama 4 hari.

Boleh saja dia mengubungi Akalil namun, apabila mengenangkan keadaan mereka sekarang ini, lalu Zihni lupakan saja niatnya. Tak apalah, gambar dan video suaminya banyak di dalam telefon dan komputer ribanya. Kalau rindu, tengok saja. Dengar sampai naik jemu.

"10 pagi."

"Oh... hati-hati..." Sebetulnya Zihni agak risau dengan keselamatan suaminya. Zihni perasan, sejak akhir-akhir ini cuaca agak tidak menentu. Sekejap panas dan sekejap hujan. Bila dah hujan, bukan main deras langit tu menangis. Lebat!

"You too. Kalau takut tinggal seorang, boleh tinggal dengan tok ayah. Daddy ada dekat rumah. Boleh temankan Zihni." kata Akalil. Dia sempat berpesan kepada pengawal rumah, tolong jagakan rumah dan tengok-tengokkan Zihni sepanjang ketiadaannya di sini.

"Kalau Zihni ajak Aufa tinggal sini teman Zihni boleh?" Zihni pandang suaminya. Dalam hati dia memuji side profile Akalil yang tak pernah gagal membuatkan Zihni jatuh cinta. Lelaki itu memang sentiasa kelihatan sempurna dari sudut manapun.

Harapnya tak adalah pensyarah wanita dan pelajar perempuan yang sibuk menggatal dengan suaminya. Selepas Akalil bertolak karang, dia kena cepat-cepat mesej Zayn. Dia akan suruh abangnya memantau pergerakan Akalil di tempat perkhemahan nanti. Jadi CCTV tak berbayar katakan.

Dilarang mengorat suami orang! Kenapa kena caras suami orang kalau masih berlambak lelaki bujang di atas muka bumi ini? Jadi perempuan tu jangan gatal sangat. Jangan juga cari perampas. Tak baik merebut hak orang.

"Sure." Gelas yang sudah kosong dibawa ke sinki untuk dibasuh. Dan Zihni turut membuntuti langkah si suami. Menjadi ekor Akalil. Sekali lagi Akalil mengerling ke arah isterinya. Tanpa dia sedari, ada senyuman kecil tersungging di bibirnya.

"Abang dah nak pergi kan?" Bagai lupa akan rajuknya, Zihni melangkah lebih rapat dengan Akalil. Lengan bertemu lengan.

"Ya..."

"Na-nak salam." Teragak-agak Zihni nak hulurkan tangan. Takut salamnya tidak disambut oleh lelaki itu. Bayangkan kalau salamnya sekarang ini pun tidak sudi disambut, mungkin sebaik saja Akalil bertolak, rumah agam ini dek air mata.

Huluran disambut. Tangan Zihni digenggam. Zihni terus pandang wajah Akalil. Pandangan mata mereka bersabung seketika. Saat Akalil berdehem, Zihni terus kalut. Tangan Akalil dicium lama sebelum mengucup kedua belah rahang si suami.

"Take care ya." Dan Zihni menarik semula tangannya.

"Mmmm..." Akalil menggumam perlahan sambil menatap seraut wajah lembut milik isterinya. Tatkala Zihni berkira-kira mahu pergi dari dapur, jari-jemari Akalil meraih tangannya. Semedan Zihni menoleh.

Renungan mata mereka beradu.

Rindu...

Lantas Zihni palingkan sedikit wajahnya dari memandang Akalil. Tiba-tiba saja dadanya dipagut rasa sebak. Kolam matanya terasa panas menahan rasa yang menggebu-gebu dalam diri. Sungguh dia terasa mahu menangis saja sekarang ini.

"Hey, are you okay?" Perlahan saja nada suara Akalil bertanya. Bahu Zihni ditarik dan Akalil cuba mengalihkan tubuh isterinya supaya menghadap ke arahnya.

Wajah Zihni merah seperti sedang menahan tangis. Matanya mulai berkaca. Tak usah dia tanyakan kenapa, Akalil sudah tahu. Mesti Zihni menangis disebabkan dia, kan. Siapa lagi kalau bukan dia?

"Abang pergilah. Nanti lewat. After abang dah gerak, baru Zihni kunci pintu." Tak mahu menangis di hadapan Akalil, Zihni segera menapak pergi dari ruang dapur menuju ke bilik. Melihat kepergian suaminya dari atas pun sudah cukup baginya. 
     

    
      
      
    
TBC

Update: 04032022.

Hai! Saya update yang ni dulu ya. Goodluck kepada adik-adik SPM kita! Take care semua.

BTW, kita dah semakin dekat dengan ko... takpelah. Korang sambung sendiri. Muah!

Kalau saya ada idea and rajin sikit, saya update lagi.

ZIHNI √Where stories live. Discover now