"IBU! Ya Allah rindunya!" Pipi Puan Elma dikucup bertalu untuk melepaskan rasa rindu yang sudah lama tertahan.
Puan Elma turut melakukan perkara yang sama. Tubuh Zihni dipeluk erat dan pipi anaknya dikucup sayang. Terasa mahu menangis saat Zihni berlari ke arahnya dan mendakap tubuhnya. Kali terakhir dia bertemu empat mata dengan Zihni, 4 tahun yang lalu. Sudah lama. Berhutang dengan rindu begitu menyakitkan.
Akalil di belakang Zihni tersenyum saat Puan Elma memandang ke arahnya. Akalil maju dan menghulur tangan untuk bersalaman dengan wanita itu, merangkap ibu mertuanya. Baiklah, lepas salam, Akalil nak buat apa pula? Macam mana nak mulakan perbualan dengan insan bergelar ibu?
Akalil mengerling ke arah isterinya. Mata dikerdipkan beberapa kali. Isyarat nak minta pertolongan dari cik isteri.
"Nama menantu ibu ni Akalil kan?"
"Haah. Betul tu... ibu..."
Ibu, ibu... Wah, rasanya seperti baru dan ini kali yang pertama Akalil memanggil panggilan itu khas buat insan bergelar ibu. Walhal Akalil sendiri mempunyai seorang ibu cuma lelaki itu tidak pernah memanggil wanita itu dengan panggilan sepatutnya.
Datin Soraya, dek kerana wanita itu membuangnya suatu ketika dahulu, Akalil terasa seolah tidak layak menyeru Datin Soraya dengan panggilan mama. Dibesarkan oleh dua orang lelaki yang hebat. Dari dulu bibir dilatih menyebut daddy dan tok ayah sahaja. Cuma dua nama panggilan itu saja yang meniti di bibir sehinggalah Datin Soraya muncul kembali.
"Handsome orangnya. Kawan Zayn kan?"
"Haah ibu. Zayn ada cerita ke?"
Puan Elma menggelengkan kepalanya. "Bukan. Zihni yang bercerita."
"Oh..." Dan-dan mata Akalil mengerling ke arah isterinya. Entah kenapa kebisuan Zihni hari ini membuatkan Akalil rasa kurang seronok. Di dalam pesawat juga Zihni lebih banyak menyepi dan termenung. Entah apa yang mengganggu fikiran isterinya.
"Daripada kita buang masa termenung dekat airport ni, better kita gerak teruslah. Ngangah (Mak ngah) dah uruskan penginapan korang dekat Empire Hotel. 3 hari 2 malam. Hari keempat, ibu nak ajak korang bermalam dekat rumah ibu sebelum balik." jelas ibu. Bagasi sederhana kecil milik Zihni ditarik.
"Uish, ngangah sponsor ke?" Hotel yang dipilih ibu saudaranya itu bukan hotel biasa-biasa. Boleh tahan mahal tau. Kalau menginap untuk satu malam saja sudah mencecah satu ratus atau dua ratus lebih Brunei dollar mengikut jenis bilik yang ditempah.
"Haah. Engineer kan." Puan Elma tertawa.
"Ngangah ada sekali tak? Nak cakap terima kasih. Segannya..."
"Ada. Sepupu Zihni pun ada sekali. Diorang dah tak sabar nak jumpa Zihni dengan Akalil." beritahu Puan Elma.
"Kak Nadia dah ada berapa orang anak? Kak Ainul dah kahwin baru tak? Anak kak Syidah dah lepas 7 tak?" soal Zihni dengan nada teruja. Akalil di sebelahnya dah terbeliak biji mata. Langsung saja kepala ditolehkan memandang Zihni.
Boleh tahan subur sepupu-sepapat Zihni ni. Productive. Terkejut boboi...
"Tengok ajelah bila dah sampai nanti."
Zihni mencebik. Kedekut maklumatlah ibu ni hmpph!
"PENAT!" Sebaik kaki melangkah masuk ke dalan bilik hotel mewah itu, tempat pertama tubuhnya mendarat adalah katil bersaiz king itu. Mata dipejam erat."Tak nak mandi dulu?" Akalil bertanya. Bagasi miliknya dan Zihni diletakkan di dalam almari. Kot berwarna hitam dilepaskan dari tubuhnya dan disangkutkan ke penyangkut baju. Lalu, Akalil gantung di dalam almari.

ANDA SEDANG MEMBACA
ZIHNI √
RomantikaCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...