ZIHNI - 6

10K 1K 188
                                    

"PEREMPUAN macam tu you pilih buat isteri? Berlemak? Macam lembu? You nak kahwin dengan lembu ke?" Datin Soraya campak telefon ke katil peraduan lelaki itu.

"You jangan biadap sangat boleh tak? Dah tu pilihan Akalil, you tak payah masuk campur!" bidas Dato Khaliq. Panas hatinya pabila si bekas isteri dengan sedap mulut saja mengata fizikal bakal menantunya.

"I'm his mom! Kalau Akalil kahwin dengan perempuan tu, kawan-kawan I akan mengata I. Hello, I ni Datin Soraya. You pula Dato Khaliq. Kita ni bukan orang-orang biasa. Kita ni orang kenamaan. And you pun tengoklah keadaan kita. Sempurna.  I cantik, anak I handsome. Takkan menantu I buruk macam Zihni?" Lancang mulut wanita itu berkata-kata. Dari siang tadi lagi dia tak puas hati dengan pilihan Akalil.

"Buruk celah mana? Di mata I, Akalil, kami rasa Zihni tu okey aje. Tak ada masalah pun. Tak gemuk sangat pun. Orangnya pun ceria, pandai bergaul, tak control ayu. Pakaiannya sopan. Tak macam you!" Nak kutuk bakal menantunya sangatkan, meh Dato Khaliq bagi sedas.

Akalil picit pelipis. Wajah kedua orang tuanya dipandang bersilih ganti. Pening. Dari siang tadi mulut Datin Soraya tak berhenti mengutuk, menghina Zihni. Semasa Zihni datang bersamanya tadi, Datin Soraya pun tetap menyinis sepanjang Zihni berada di rumahnya. Kesian pula Akalil tengok muka Zihni tadi. Di dalam kereta pun Zihni tak banyak bicara.

"Hello! You tak payah nak sok-sok baik tegur cara I berpakaian. Better pakai sexy daripada jadi penganut LGBT macam you!" bentak Datin Soraya lagi. Tak mahu kalah dengan Dato Khaliq.

"You diam! Jangan ungkit masa lalu I..." Jari telunjuk ditunding betul-betul di hadapan muka Datin Soraya. Wajah Dato Khaliq turut membengis tanda dia sedang marah tika ini.

"Boleh diam tak? Bising. I rimas!" Suara Akalil naik seoktaf. Lelaki itu bingkas bangun dari baringan. Nak berehat pun tak lalu. Bagaimana dia mahu berehat jika kedua orang tuanya ikut menyemak di dalam biliknya.

"Akalil, you tak payah kahwinlah kalau calon isteri you buruk macam budak Zihni tu. Mama tahu, taste you bukan macam Zihni. You tak suka perempuan yang bertutup litup macam pocong kan?" Datin Soraya pegang bahu Akalil namun tak sampai beberapa saat, Akalil menepis kasar tangan wanita itu.

"I yang nak kahwin dengan dia. I yang akan hidup dengan dia. I yang hadap Zihni 24/7. Buruk macam mana pun you rasa, pandangan I terhadap bakal isteri I berbeza. Aunty Soraya, I know you are my mother tapi you tak ada hak nak halang I. You tak ada hak nak control I. Ini kehidupan I. I akan pilih sesiapapun yang I rasa terbaik untuk I." Betul ke Akalil maksudkannya?

Ikhlaskah Akalil memilih Zihni sedangkan tujuan asal adalah untuk mempergunakan. Mampukah dia membahagiakan mangsa yang sama sekali tak sepatutnya terkait sama dalam urusannya?

"Berapa kali mummy nak kena ingatkan you, Akalil? Panggil I ni mummy. Bukan aunty!" Kalau tadi, Datin Soraya berang dengan pilihan anaknya. Sekarang ini, wanita itu naik angin dengan panggilan Akalil pula.

Hujung bibir Akalil ternaik sedikit. Mata mengerling ke arah wanita bergelar ibu. Mummy? Akalil kena panggil Datin Soraya mummy? Layakkah panggilan suci itu untuk wanita yang telah meninggalkannya hampir-hampir 17 tahun?

Bukannya Akalil tidak menghargai pengorbanan seorang ibu yang susah payah melahirkannya tetapi... kelahirannya tidak pernah diingini wanita itu. Sejak dia lahir, dia dirawat dan dibesarkan oleh tok ayah. Sewaktu Akalil berusia 6 tahun, Dato Khaliq dan Datin Soraya pula berpisah. Dato Khaliq menetap di New York dan sekaligus menguruskan syarikatnya di sana.

Habis SPM, Dato Khaliq membawa Akalil bersamanya. Mereka menetap di kota New York sehinggalah Khaliq tamat pengajian. Datin Soraya pula muncul tanpa diundang setelah 17 tahun menghilang dan ketika itu, Akalil berusia 23 tahun. Datin Soraya sedang berusaha mencuba memperbaiki hubungannya dengan Akalil dan genap 10 tahun, Akalil masih dingin dengannya.

ZIHNI √Where stories live. Discover now