ZIHNI - 53

12.4K 1K 74
                                    

MATA saling berbalas pandang. Tanpa sedar bibirnya melengkung sedikit ke atas, mengukir senyuman manis buat tetamu yang tak disangka-sangka hadir petang ini. Zihni ingatkan Datin Soraya tak sudi datang. Yalahkan, Zihni sedar diri. Dia bukan menantu idaman Datin Soraya. Dan Datin Soraya juga bukannya suka dengannya.

"Assalamualaikum, kak Zihni!" Alisya terus saja menerpa ke arahnya lalu memeluk tubuh Zihni dengan erat sekali. Beginilah kejadiannya apabila dah lama tak bersua. Rindu dekat kakak ipar!

"Waalaikumsalam Alisya, terima kasih datang harini," ujar Zihni sambil membalas pelukan Alisya.

"Abang Akalil dengan tok ayah mana?" soal Alisya. Matanya melingas memandang keliling mencari kelibat Akalil dan tok ayah yang tak kelihatan.

"Ada dekat dalam. Jomlah masuk, mummy, Alisya." Pelukan dileraikan. Zihni maju sedikit ke depan. Tangan dihulur kepada Datin Soraya. Tahu salamnya takkan disambut tapi tak mengapalah. Tak salah mencuba nasib.

"Dah berapa bulan?" soalan pertama Datin Soraya tanyakan saat dia bersuara. Tangan Zihni disambut. Zihni terkedu sesaat pabila tangannya bersentuhan dengan tangan Datin Soraya. Lama anak mata Zihni merenung tangannya yang digenggam kemas oleh ibu mertuanya. Screenshot!

"Ha? Apa dia mummy?"

Datin Soraya tertawa kecil. "Mummy tanya kandungan you dah masuk berapa bulan dah." Intonasi suaranya lembut.

Oh tuhan, apa yang sebenarnya dah berlaku ni? Kenapa dengan Datin Soraya? Kebaikan apa yang Zihni dah buat sehinggakan hari ini Allah hadiahkan pada dia seorang ibu mertua yang sikapnya tak lagi menyakitkan hati? Aneh, Datin Soraya tak pernah bahasakan diri dia 'mummy' dengan Zihni. Dan lebih mengejutkan, Datin Soraya tak pernah berlembut dengan Zihni sebelum ini.

Ataupun, Datin Soraya sedang berlakon baik? Hesy, tak baik buruk sangka dekat orang Zihni!

"Oh! Dah masuk 3 bulan dah, mummy." Automatik tangan mengusap perut sendiri.

"Iee comelnya babybump akak!" Alisya ikut teruja.

"Alhamdulilah, tahniah Zihni. Jaga cucu mummy elok-elok tau." Dan-dan bahu Zihni diusap lembut.

Sekali lagi kelakuan Datin Soraya membuatkan Zihni kematian bicara. Zihni pandang Alisya. Memberi isyarat mata kepada adik iparnya. Harap Alisya dapat menjelaskan apa yang sebenarnya dah berlaku pada Datin Soraya. Zihni rasa rasa seram sejuk. Punyalah kasar dan buruk layanan Datin Soraya beri padanya, tiba-tiba hari ni jadi lain pula.

"Duduk dulu tau. Zihni nak cari Akalil dengan tok ayah."



"DAH makan, Soraya? Alisya?" Tok ayah melontarkan soalan sebaik saja lelaki tua itu berjaya menemui bekas menantu dan Alisya. Alisya itu secara tak langsung dia anggap cucu meskipun gadis itu lahir bukan dari benih anak lelakinya.

"Dah tok ayah. Sedap! Ayam goreng berempah tu tok ayah oder atau buat sendiri?" Ceit, kalau tok ayah buat sendiri, memang betul-betul powerlah dia.

"Mak Ude Hanis yang buat."

"Ohhh!" Tak kenal pun sebenarnya. Tak apalah, Alisya buat-buat kenal saja. Siapa orangnya, tak penting. Yang utama, masakannya tak mengecewakan.

"Berdua aje?"

"Haah, yah. Suami Soraya tak dapat datang hari ni. Outstation. Abang kirim salam..." jelas Datin Soraya. Senyuman nipis terlukis di bibir merahnya.

"Waalaikumsalam, nanti sampaikan salam ayah balik dekat dia ya. Belum ada rezeki nak jumpa suami kamu ni."

"Itulah. Mummy, suruh ajelah papa tu berehat. Biar abang Ayyash je yang ganti tempat dia." cadang Alisya. Dah puas Alisya pujuk Dato Asmai untuk berehat saja namun si ayah tetap berkeras mahu bekerja.

ZIHNI √Where stories live. Discover now