ZIHNI - 33

12.8K 1.2K 179
                                    

OST: Bertahan Terluka cover By Nabila Maharani
   
    
    

TING! Ting! Ting!

Abang Zayn: Abang minta maaf. Abang tahu abang jahat. Abang tahu abang tak layak jadi abang Zihni. Cuma abang nak ingatkan Zihni, abang sayang sangat adik abang

Abang Zayn: Zihni, Akalil tak salah. Abang yang salah. Abang yang mulakan semua permainan ni. Abang yang desak Akalil pilih Zihni sedangkan dia pernah tolak tawaran abang untuk memperisterikan Zihni

Abang Zayn: Kalau Zihni jijik dengan kami berdua, abang faham. Zihni tak nak cakap dengan abang lagi, abang faham. Cuma abang nak pesan. Kalau Zihni sayangkan Akalil, jangan bagitahu dia yang Zihni dah tahu. Kalau Zihni rasa Zihni tak boleh terima Akalil sebagai suami, then it's up to you. Zihni berhak untuk tentukan kehidupan dan kebahagiaan Zihni

Mesej dari Zayn dibaca tanpa dibalas. Telefon bimbit ditutup kemudian dimasukkan semula ke dalam beg tangan. Bersama langkah yang longlai, Zihni rebahkan tubuh ke katil empuk tersebut. Bantal golek dibawa ke dalam pelukan dan muka disembamkan pada permukaan.

Penat menangis sejak seminggu kebelakangan ini. Semangatnya juga semakin hari semakin pudar. Keceriaan yang sentiasa terpancar tidak lagi bersinar terang seperti dulu. Mahu dikatakan dia sedang murung, tidak juga. Mungkin juga rasa sedih dan kecewa yang bertapak di hati masih belum bertemu dengan titik akhirnya. Belum terpujuk.

Luka di hati masih berdarah.

"Zihni." suara husky encik suami mematikan lamunan Zihni. Wanita itu segera bangkit dari baringan. Wajah kacak Akalil yang sentiasa menjadi igauan dipandang. 

"Ya, abang?" sahutnya lembut. Riak wajah dimaniskan.

"Abang ada belikan makanan. Turunlah bawah." ujar Akalil. Tangan kanan dimasukkan ke dalam poket seluar pendeknya.

"Okey." Malas-malas Zihni hendak turun dari katil tersebut. Getah rambut di atas katil dicapai dan rambut panjangnya diikat tinggi.

Ketika dia melintasi Akalil yang masih berdiri di tempat yang sama, tiba-tiba pergelangan tangannya disambar oleh Akalil. Terus saja Zihni langkah kaki Zihni terpasung di lantai dan wanita itu memalingkan wajah memandang Akalil. Lama pandangan mereka beradu.

"Ada apa?" Zihni menyoal.

Tiada jawapan. Akalil membisu dan renungan matanya tunak pada wajah cantik Zihni. Pandangan matanya tidak lepas dari menatap wanitanya. Cantik. Dari mata, jatuh ke hidung mancung Zihni kemudian renungannya berakhir pada bibir sang isteri.

"Nak apa ni? Tadi abang nak ajak makan kan?"

"Sekejap lagi." Dan-dan tubuh kurus si isteri dicempung. Tanpa disengajakan Zihni terjerit kecil dek terkejut dengan perbuatan spontan Akalil. Automatik kedua-dua tangan melingkar pada batang leher si suami. Takut pula jatuh tergolek ke lantai.

"Abang! Turunkan!" pinta Zihni. Matanya membulat besar. Panik.

Tanpa menghiraukan arahan Zihni, Akalil mencempung tubuh Zihni dan meletakannya di atas katil. Zihni terdiam sejenak. Apa yang lelaki itu mahu lakukan padanya? Setelah lapan hari mereka membiarkan hubungan mereka tak terawat, adakah petang ini Akalil mahu menjernihkan keadaan?

Menjernihkan keadaan di waktu yang salah? Akankan hati terpujuk atau Zihni harus berpura-pura terpujuk?

Belum sempat Zihni mahu turun dari katil tersebut, Akalil sudah merebahkan tubuhnya di sebelah Zihni. Rapat. Pinggang ramping Zihni dipeluk erat dan kepalanya terlentok di dada Zihni. Kaki kanan pula sengaja ditindihkan di atas betis si isteri untuk menghalang niat Zihni meloloskan diri darinya. Akalil dah agak, pasti Zihni mahu melarikan diri.

ZIHNI √Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang