ZIHNI - 22

10.3K 1.1K 120
                                    

ONE year down and forever to go. 365 hari bersama sebagai pasangan suami isteri. Tak pernah sesekalipun Zihni mengadu dia tidak bahagia. Dan tidak sedikit pun dia merasa menyesal menerima tawaran abangnya untuk berkenalan dan berkahwin dengan Akalil setahun yang lalu.

"Happy one year anniversary my precious." Sebuah ciuman ringkas dilabuhkan di pipi si isteri yang sekarang tidak segebu 7 bulan yang lalu.

Manakan tidak, 7 bulan yang lepas, hampir setiap hari Zihni keluar untuk bersenam. 7 bulan itu juga dia menjaga pemakanannya. Berdiet. Dalam tempoh tersebut, Akalil dapat lihat kesungguhan Zihni untuk menurunkan berat badan.  Dari 70 kg sekarang dah turun menjadi 54 kg. Zihni hilang 16 kg dalam 7 bulan.

Tanpa kata-kata semangat dan sokongan Akalil, mungkin minggu kedua Zihni dah kecundang dan tidak mahu meneruskan azamnya. Nak istiqomah bersenam dan mengamalkan pemakanan makanan yang sihat dan seimbang itu tidak semudah ABC.

Makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula serta karbohidrat tinggi tidak disentuh sama sekali. Makanan bergaram dan berminyak turut ditolak ke tepi. Terpaksa dielakkan walaupun hati terasa berat. Demi mendapatkan berat badan dan tubuh badan yang ideal, Zihni kuatkan hati.

Zihni nak kurus! Zihni nak tampil cantik untuk suaminya!

Akalil pun tak makan makanan yang sedap-sedap di hadapannya kerana suaminya mahu menjaga hati. Pulang ke rumah, Akalil ikutkan saja apa yang Zihni makan walaupun kadang-kadang Zihni rasa nak marah aje Akalil ni. Zihni dah masakkan menu yang istimewa buat suaminya namun Akalil tak mahu menjamah. Lainlah kalau Zihni mahu menjamah sekali walaupun secubit.

Mengada! Sukalah buat Zihni makin cinta! Makin sayang!

"Eh bila masa abang sampai? Tak dengar pun bunyi loceng." kata Zihni. Tangan suaminya diambil dan kekura tangan Akalil dikucup.

"Abang tak tekan pun. Abang buka guna kunci sendiri. Saja, nak surprise Zihni."

"Kita keluarkan hari ni?" Pagi tadi Akalil sempat berpesan kepadanya, selepas solat Magrib, Akalil mahu membawanya keluar makan malam dan dating!

Keluar berdua sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Mereka akan sambut di luar saja. Tak perlulah isterinya bersusah payah memasak dan memenatkan diri untuknya.

"Haah. Bersiap cantik-cantik." Hidung mancung si isteri dipicit dan wajah cantik Zihni ditatap dalam-dalam. Rindu dengan pipi Zihni yang gebu dan enak digomol itu. 

"Abang pakai baju apa? Zihni gosokkan dulu."

"Zihni pilihkan. Abang tak kisah."

"Okey."

Kemeja putih lengan panjang dan seluar jean hijau zaitun yang sudah digosok Zihni gantung di luar almari. Sementara menunggu suaminya selesai menggunakan bilik air, Zihni bangun dari katil dan berjalan menuju ke almari kecil yang terletak di sebelah almari pakaian.

Boxer, baju lapis putih dan stoking milik Akalil dikeluarkan lalu disusun kemas di atas meja. Tidak lupa jam tangan dan minyak wangi Akalil. Bila terlalu rajin macam inilah perangainya, semua keperluan suaminya dia sediakan.

"Zihni, mandi." Suara husky encik suami memecahkan kesunyian. Semedan Zihni menolehkan kepala. Kelihatan Akalil sedang berdiri di depan pintu bilik mandi sambil mengelap rambutnya yang basah dengan tuala. Tika itu Akalil cuma bertuala separas pinggang. Bahagian atas pula terdedah.

Lama matanya terpaku pada tubuh kekar si suami. Dalam diam dia mengamati keindahan yang terhidang di depan sana. Dada bidang lelaki itu. Perut lelaki itu. Astagfirullah... astagfirullah...

"Zihni?" Akalil menghampiri Zihni.

"Y-ye?" Lantas wajah dipalingkan ke arah lain. Risau. Takut dia pula hilang kawalan. Jangan ingat perempuan senaif Zihni tidak bernafsu. Entah-entah, sekarang ini juga dia terkam suaminya.

Sudah satu tahun dia menahan rasa. Berpuasa. Hal ini seakan terbalik pula. Biasanya para suami yang tidak sabar-sabar mahu membaham isteri, ini tidak, sampai hari ini Akalil masih mampu bertenang dan tidak mencuitnya sama sekali. Adakah disebabkan Zihni kurang menarik di mata suaminya?

Perlukah Zihni yang membuka langkah pertama? Tak nak! Nanti dikatakan gelojoh! Tidak pun dikatakan gatal oleh Akalil. Tapi bukankah setahun itu sudah cukup lama?

Atau suaminya itu sebenarnya... mati pucuk?

"Mengalamun lagi. Hey, what's wrong?" Akalil sentuh bahu Zihni.

Zihni menarik segaris senyuman kekok. Kepala digelengkan.

"Abang, Zihni mandi dulu." Kena lari sekarang. Takut tubuh menderhaka tuan. Akalil terlalu hot untuk dijamah dengan mata sahaja. Zone bahaya!
       
    
    
   
    
TBC

Update: 13022022.

Short update! Jumpa hujung minggu, Inshaallah. Vote and comment ya🤭

Okey, bukan setahun berlalu tapi kita lompat setahun usia pernikahan😭

ZIHNI √Where stories live. Discover now