"KALAU nak dekati Quran ni kan, cuba kau dengar bacaan orang lain. Lagi-lagi yang suara dia sedap bila baca Quran. Mesti motivation tu datang." kata Aufa.
Zihni mengangguk faham. "Kalau dengar orang yang suara dia kurang, jadi tak rajin lah?" Zihni menyoal balik. Tiba-tiba dia curious pula.
Aufa tepuk kepala. Alahai, tak bolehkah Zihni dengar aje apa yang dia cakap? Dan tak perlu fikirkan perkara-perkara yang bertentangan. Betullah kan, curiosity killed the cat.
"Ikut je cakap aku. Ni aku tak cakap kosong tau Zihni, ni aku baca dari buku Luqman Makhtar."
"Lagi, kisah dia macam mana?" soal Zihni ingin tau.
"Okey dia macam ni, ada seorang imam ni. Nama dia Imam al-Nawawi, katanya dalam Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran. Dulu, ulama salaf akan minta orang yang suara dia bagus untuk baca al-Quran dan ulama salaf tu pula akan dengar bacaan orang tu. Tambahan, perbuatan ni sunnah daripada Nabi Muhammad tau." Bersungguh-sungguh Aufa mengongsikan ilmu yang dibacanya dari buku Luqman Makhtar kepada Zihni.
"Ohhh, faham-faham... "
"Ikut tip ni tau."
"Inshaallah..."
Selesai sesi belajar mengaji bersama Aufa, Zihni mengambil tempat di sebelah gadis muda itu. Wajah Aufa ditatap lama. Dek Aufa terasa dirinya sedang diperhatikan, Aufa pun menoleh. Dagu dihayun ke depan sebagai isyarat kenapa.
"Abang aku dah masuk 33 tahun tahun ni. Single lagi." Zihni oles senyuman penuh makna.
Aufa pun tak dungu nak faham ayat berbentuk kiasan Zihni. Sudah berkali-kali Zihni katakan perkara yang sama, mengingatkan umur dan status Zayn kepadanya. Aufa sendiri yang tak ingin nak ambil tahu dah hafal dah. Paha Zihni ditepuk dua kali.
"Jadinya?"
"Jadinya... kau tak nak ke jadi kakak ipar aku, Aufa?"
Aufa tergelak kecil. Terasa lucu pula soalan Zihni yang tiba-tiba ini.
"Aku dengan abang kau? Kami tak sebulu dan tak pernah ngam. Dia tak berkenan dengan aku dan aku juga tak berkenan dengan dia." balas Aufa. Rehal dimasukkan ke dalam tas tangannya.
Zihni mencebik. "Tapi kenapa aku tengok korang serasi?" soal Zihni kembali.
"Manalah aku tahu. Di mata kau aje kot."
"Kalau kau jadi kakak ipar aku, mesti best kan. Hari-hari dapat jumpa kau. Dapat tanya pasal tajwid face to face. Tak perlu guna phone and sekali seminggu." ujar Zihni dengan nada sayu. Minta simpati.
"Macam kau tak biasa."
"Kau pandai dalam ilmu agama. Aku dengan abang aku, kau pun tahu macam mana. Lagi-lagi abang aku tu. Nama saja Islam. Zayn Idris. Tapi, perangai macam orang kafir!" Amboi, sedap mulut Zihni mengata abang sendiri.
"Eh, janganlah cakap macam tu. Tak baiklah!" Aufa tepuk paha Zihni. Kurang suka dengan bicara Zihni tentang Zayn.
"Aku cakap benda betul. Abang aku tu, muka dia Masya Allah! Perangai pulak, Subhanallah! Astagfirullah!" Tahulah lelaki itu lama tinggal di negeri orang. Tapi tak usahlah sampai terikut-ikut budaya barat. Risau kadang-kadang.
"Kau ajarlah dia. Bimbing Zayn balik ke pangkal jalan."
Zihni tayang muka terkejut. Jari ditunding ke arah diri sendiri. "Aku nak bimbing dia? Risau... risau. Aku sendiri pun masih perlukan bimbingan kau."
"At least kau ada ilmu kan."
"Sedikit je."
"Yang sedikit tu pun dah cukup baik, Zihni." kata Aufa.
Zihni terus membisu. Menyepi tidak tahu mahu balas apa. Aufa tak kenal keras kepala Zayn tu macam mana. Zayn tu mana reti nak dengar nasihat orang. Ikut kepala dia aje. Kalau Zihni cakap pasal model terbaru keluaran Nike, wah laju pasang telinga. Kalau cakap perihal agama, dia lari dulu. Tak berminat.
Susah ya, Zihni ni dah lah cepat hilang sabar kalau berdepan dengan orang yang tak ambil perhatian. Sebagai contoh, Zayn. Zihni rasa kagum pula dengan Nabi Muhammad yang menyampaikan dakwah dengan penuh kesabaran meskipun berdepan dengan berbagai kesulitan dan rintangan. Ah, rindu...
اللهم صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وعلى آل سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TBC
Update: 06012022.
Hai gais!
YOU ARE READING
ZIHNI √
RomanceCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...