OST: Runtuh by Feby Putro feat. Fiersa Besari.
KEPALA direbahkan di atas dada bidang milik si suami. Sesekali muka disembam di tempat kesukaannya itu untuk menghidu bau wangi Akalil. Kenapa suaminya ini harum sangat? Bau yang ada pada tubuh lelaki itu seakan ada magik yang mampu mengubah duka menjadi bahagia. Sedih menjadi ceria.
"Dah tahu demam kenapa pergi jugak?"
"Nanti bos marah. Zihni takut nak cakap dengan bos baru tu. Dia garang sangatlah abang." adunya. Sudah genap seminggu cikgu Salina tu bekerja di sana sebagai bos baru, boleh dikatakan satu minggu itu Zihni ditemani air mata.
"Abang dah cakap dengan dia."
"Abang cakap apa? Macam serious aje."
"Saya minta maaf bagi pihak isteri saya. Cuma saya minta agar cikgu dapat pertimbangkan keadaan isteri yang tak berapa nak mengizinkan. Dalam keadaan isteri saya yang sedang berbadan dua tu, saya takut benda yang saya tak nak berlaku, terjadi.""Encik, bukan saya tak nak beri pertimbangan dekat dia. Cuma encik pun kena faham, datang awal ke tempat kerja tu memang kewajipan setiap pekerja. Disiplin tu kena ada. Lainlah kalau tadika ni encik yang punya. Nak masuk kerja pukul 9 pun tak apa." Cikgu Salina membalas. Tidak mahu kalah. Tak mahu berkompromi.
"Kalau cikgu dah kata macam tu, okey. Saya faham. Cikgu bos sekolah ni. Dan isteri saya bekerja di sini sebagai guru biasa sahaja. Tapi setinggi apa pun pangkat cikgu, cikgu jangan lupa etika seorang majikan dan juga pekerja. Kalau cikgu nak ingatkan isteri saya tentang disiplin, saya nak ingatkan cikgu tentang etika."
"Jangan ingat saya tak dengar apa yang cikgu dah kata dekat isteri saya tadi. Kalau cikgu ni lelaki, mungkin tangan saya ni dah sampai dekat mulut cikgu. Tapi memandangkan cikgu ni perempuan, saya sabarkan hati. Mungkin saya patut guna cara halus untuk ajar cikgu." Panjang berjela bicara Akalil. Siapa suruh puaka sangat. Kan dah kena bebel.
"Sekejap encik, encik datang sini sekadar nak back up kesalahan isteri encik dan sekolahkan saya, baik encik balik aje. Heret isteri manja encik tu sekali. Saya bos di tadika ini. Sebarang peraturan, saya yang tetapkan. Saya ketua. Dan etika saya tak ada kena mengena dengan encik sama sekali!" Cik Salina mula panas. Berang. Berbincang cara baik takkan dapat menyelesaikan masalah.
"Saya hairan... kenapa orang atasan pilih cikgu sebagai bos sedangkan ciri-ciri seorang ketua tu tak ada pada diri cikgu? Nak kompelin pasal disiplin, saya tak ada benda nak cakap memandangkan saya pun tak kenal cikgu. Cuma part tutur kata, cikgu memang gagal lah. Orang mulut longkang macam cikgu ni tak patut dapat posisi sebagai seorang bos. Tak layak." balas Akalil lagi. Menyinis dalam ketenangan.
Cikgu Salina jegilkan mata. Dalam hati dia menyumpah seranah lelaki di hadapannya ini. Kurang ajar! Dia siapa nak menegur seorang ketua? Entah-entah Akalil ni kuli di kilang saja.
"Macam ni ajelah cikgu Salina, saya tak nak panjangkan masalah kita dekat sini. Saya pun dah rasa panas bercakap dengan manusia yang keras kepala macam cikgu. Cuma saya nak cakaplah, sebelum pekerja 'bawahan' cikgu tu hantar surat berhenti kerja, lebih baik cikgu ubah perangai cikgu. Nak jadi ketua ni bukan senang. Cikgu kena belajar dari senior. Ci-" Akalil belum habis berbicara, Cikgu Salina lebih pantas mencantas. Memang hobinya kot memotong bicara orang.
"Encik diam. Encik jangan nak ajar saya. Encik ajar aje isteri encik tu belajar baca jam. Kalau dia masih dengan tak ikut peraturan, saya takkan teragak-agak berhenti dia." Pedulilah Zihni tu pekerja paling lama dan terbaik di tadika ini, kalau peraturan sekolah pun dia pandang sebelah mata, baik duduk di rumah dan goyang kaki saja.
"Buatlah. Dan saya takkan teragak-agak viralkan 'bos' mulut puaka macam cikgu. Seri, bukan?"
"Adalah tu. Zihni tak payah tahu. Tapi kalau dia buat Zihni macam dia buat Zihni tadi, tahulah apa abang nak buat." Akalil dah siap bagi perhitungan dekat cikgu tu. Mereka dah settle cara baik, kalau cara baik pun tam jalan, lebih baik Zihni kerja dekat tadika tempat lain aje. Tak pun, tak payah kerja!
Itupun kalau mereka masih bersama...
"Abang ni kedekut lah." Zihni mencebik. Mood nak bermanja dan dimanjakan makin membuak-buak. Dalam masa yang sama Zihni rasa nak menangis jugak. Menangis kerana terharu. Tak sangka ada hero kacak dan seksi datang menyelamatkan dia dari ahli sihir bermulut puaka.
"Zihni tak makan ubat lagi?" Akalil tekapkan telapak tangan di dahi si isteri. Panas. Zihni demam. Zihni tengah sakit. Argh, kenapa Akalil tega biarkan isterinya sakit seorang diri? Jahatnya Akalil...
"Ada abang sebagai ubat. Cukuplah tu." Zihni ketatkan pelukan. Kaki kanan naik memeluk pinggang Akalil. Tangannya juga tidak duduk diam. Dari tadi merayap menggosok perut si suami. Rindu.
"Zihni..."
"Hmmm?" Zihni terus angkat sedikit muka memandang Akalil.
Mahu membicarakan tentang rahsianya yang sudah pecah namun untuk membahasnya dengan Zihni sendiri tak mudah. Akalil masih takut. Masih belum sedia.
"Zihni makan ubat ya. Zihni berehat dulu. Abang nak ke dapur. Nak buatkan bubur dengan sup ayam untuk Zihni." Tangan kecil milik si isteri dipegang erat. Kekura tangan Zihni dielus-elus penuh kasih sayang. Dahi Zihni cuba dikucup lama. Ya Allah, dia rindu setengah mati pada isterinya.
"Alaaa... Zihni tak puas lagi baring-baring dengan abang. Seminggu abang tak ada dekat sebelah Zihni. Zihni rindukan abang. Zihni tak bolehlah kalau abang takde." rengeknya manja. Pipi sengaja digesel-geselkan pada dada Akalil yang berlapik kemeja putihnya.
Dari mereka pulang ke rumah tadi Zihni tak mahu lepaskan Akalil pergi. Asyik nak menempel aje. Akalil nak tinggal sekejap sebab nak ganti baju pun tak boleh. Sayang punya pasal, Akalil mengalah saja. Layankan saja manja si isteri. Kasihan dekat Zihni. Dah lah sakit kena hadap morning sickness, lepas tu sekali dengan pakej demam panas. Zihni dapat morning sickness tu disebabkan Akalil jugak!
Anaknya ini kan, siaplah kalau dia lahir nanti. Babah gomol!
"Abang sewa rumah lain sebab abang bencikan Zihni ya? Abang marah sangat ke dekat Zihni sebab Zihni mengandung?" Entah kenapa dengan Zihni tika ini. Tiba-tiba emosinya terganggu pula. Tadi Zihni rasa gembira sebab Akalil ada di sisinya namun sekarang Zihni rasa sedih pula.
Semedan pelukan dileraikan. Perlahan-lahan Zihni bangun dari baringan. Wanita itu duduk menghadap si suami yang kelihatan terkebil-kebil. Mungkin Akalil terkejut dengan perubahan moodnya yang sekejap okey dan sekejap tak. Emosi tak teratur.
Zihni pandang Akalil. Lama. Tanpa sedar, matanya mula berkaca-kaca. Ulas bibirnya menggeletar menahan rasa berat yang bertakung di dada. Akalil segera bangkit. Kedua tangan memegang kedua-dua belah sisi bahu Zihni. Air mata Zihni diseka perlahan.
"Syhhh tak... tak... abang tak benci pun. Abang tak marah... abang suka. Abang suka cuma abang takut. I'm not a good man. So... I'm quite scared." Mengenang kelemahan diri, perasaan sebak dan sedih mendakap hatinya. Kolam mata Akalil berkaca ketika mata mereka saling bertatapan.
"Tapi bagi Zihni, abang baik sangat. Abang adalah seorang suami dan bakal ayah yang baik. Zihni tak perlukan seorang lelaki yang sempurna untuk lengkapkan hidup Zihni tapi Zihni perlukan seseorang yang ikhlas dan mahu terima Zihni di saat orang lain menolak Zihni." Siapa lagi orang itu kalau bukan Akalil. Ya, mungkin awal perkahwinan mereka adalah atas dasar menutup aib tapi bukan sekarang.
Masjid yang mereka bina perlu terus utuh berdiri. Retak sedikit tak apa. Masih boleh diperbaiki. Tapi jika runtuh seluruhnya, masihkan ada hati untuk mendirikannya semula?
"Abang ni... jahat." Akalil ketawa. Air mata yang belum sempat mengalir diseka laju. Malu menangis di hadapan isterinya. Tak macho lah nanti.
"Tak... abang baik. Zihni beruntung kenal abang."
Oh Tuhan, perempuan baik itu masih wujud kan? Kerana salah seorang dari mereka ada di hadapan Khairan Akalil.
TBCUpdate: 17062022.
Hehehe nah double update. Jangan lupa bagi saya dua juta dua comments. Selamat malam. Saya cuba nak redhakan hati saya yang sebak tiba-tiba. Muah!

ANDA SEDANG MEMBACA
ZIHNI √
RomanceCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...