"SIR tahu part cataloguing ni agak susah. Lagi-lagi you all baru dengan topik ni. But you don't have to worry, because I am here to help and guide you."
"Okay, Sir!"
"Alright then. I'll see you next class which is tomorrow. After break time. Esok sir akan explain lagi pasal descriptive cataloguing. Jadi, sir harap korang baca notes yang sir bagi tadi. Am I making myself clear?"
"Yes sir..."
Kelas bersurai. Para mahasiswa dan mahasiswi berlumba-lumba keluar dari dewan kuliah. Tatkala Akalil sedang sibuk mengemas barang-barangnya, tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi. Mata berpindah menatap skrin telefon dan bibir membaca perlahan nama 'Tok ayah' yang tertara pada skrin. Lantas punat loud speaker ditekan.
"Assalamualaikum, Akalil."
"Ye, tok ayah?" Salam tok ayah dibiar tak berjawab. Tergantung begitu saja.
"Assalamualaikum," Kali ini tok ayah menekan ucapan salamnya. Biar si cucu bertuahnya itu boleh dengar dengan jelas. Dah elok dia bagi salam, boleh pula Akalil buat-buat pekak.
"Waalaikumsalam, tok ayah. Ye, ada apa call Akalil?"
"Sejak dah tak tinggal dengan tok ayah ni, Akalil makin sombong eh. Tok ayah call pun macam nak tak nak aje dia layan. Kalau tak ikhlas, tak apalah. Tok ayah tutup dulu." Tok ayah tak jauh hati pun tapi sengaja buat Akalil rasa serba salah.
"Tok ayah..."
"Tok ayah merajuk. Jangan cakap dengan tok ayah lagi."
"Tok ayah jangan nak gedik eh. Akalil tak layan orang tua gedik macam tok ayah." Ada senyuman mengusik terbit di bibir lelaki itu. Dalam hati dia menahan tawa yang ingin pecah. Terhibur dengan gelagat tok ayah yang manja. Pantang tak dilayan.
"Cis! 17 tahun tok ayah besarkan dia, bagi makan dia, susah payah jaga dia masa sakit, macam ni dia balas eh. Daddy Akalil ke ajar cucu Akalil cakap kasar macam tu? Tok ayah ingatkan, bila tok ayah izinkan Akalil ikut dia tinggal dekat New york dulu, membesar jadi manusia beradab tapi... makin tua makin hmmm..." Usah cakaplah, pasti Akalil sudah dapat tangkap.
Dan Akalil pun tergelak. Kepala digelengkan. Kerusi yang sedikit jauh darinya ditarik dan punggung dilabuhkan di atas kerusi tersebut. Kaki kanan disilang ke atas kaki kiri. Tok ayah... Tok ayah... selalu aje cepat koyak. Akalil nak menyakat aje pun!
"Akalil minta maaf. Akalil bergurau saja." Masih ada sisa tawa dihujung ayat.
"Buat bunyi udang dulu. Baru tok ayah maafkan!"
Akalil bulatkan mata. Bunyi udang? Macam mana tu? Tak tahu pula udang ada bunyi.
"Meow?" Akalil cuba nasib. Sengaja memperbodohkan diri. Tok ayah suruh lain, yang dia buat lain pula.
"Ni ke cucu yang tok ayah banggakan? Mengecewakan..."
Akalil tersenyum lagi sehingga menampakkan segaris giginya yang putih dan rata. Ada-ada saja atoknya ini. Macam tak ada kerja. Eh, tok ayah kan dah lama bersara. Lelaki itu sekarang sudah duduk goyang kaki di banglonya. Resort kepunyaan lelaki itu kini diuruskan oleh bapa saudara Akalil.
"Tok ayah call ni sebab rindu Akalil, kan?" tebak Akalil. Boleh jadi tebakkannya itu betul. Maklumlah, memang sudah lama Akalil tidak datang menjenguk tok ayah yang menetap di Kelantan.
"Begitulah... bila balik ke sini?" Tiba-tiba nada suara tok ayah berubah sayu.
Masakan dia tidak rindu, sudah 3 tahun Akalil tidak datang melawatnya. Sejak lelaki itu diterima mengajar di sebuah universiti yang terletak di Kuala Lumpur, Akalil dah jarang balik. Apabila sudah jarang balik menjenguknya, tup-tup dah 3 tahun tak pulang ke Kelantan.
Entahlah, dia tak faham dengan jadual cucunya itu. Terlalu sibukkah Akalil sehinggakan tak ada masa mahu menjenguknya walau sekejap? Demi melepaskan beban rindu yang belum terlunas sepenuhnya, cukuplah mereka berhubung melalui whatsapp dan skype saja.
"Soon."
"Soon tu bila? Ke nak tunggu tok ayah pergi dulu?"
"Tok ayah... janganlah cakap macam tu." Akalil kurang berkenan bila tok ayah bangkitkan perihal mati. Tak bersedia dan belum bersedia kehilangan tok ayah.
"Dah tu baliklah cepat. Tok ayah rindu ni..." katanya seakan merayu.
Segugus keluhan terhela keluar. Akalil ketuk permukaan meja dengan hujung jari.
"Alright. Tok ayah..." panggilnya perlahan.
"Ye? Nak apa ni? Nak tok ayah carikan calon isteri ke?"
"Bukan."
"Dah tu?"
"Akalil cuma nak bagitahu sesuatu." kata Akalil. Ada sesuatu yang dia perlu bagitahu pada lelaki itu. Semoga tak terkejutlah tok ayah dengan perkara ini. Yalah, tak ada angin, tak ada ribut, tak ada kekasih, tiba-tiba nak kahwin.
"Apa dia?"
"I'm getting married soon."
"Hah? Dengan siapa? Orang mana? Anak siapa?" bertubi-tubi soalan tok ayah lemparkan kepada sang cucu. Terkejut. Setahunya, Akalil mana ada kekasih. Atau sebenarnya Akalil memang dah ada buah hati cuma tak inform pada dia?
Kan orang sekarang lebih suka berahsia. Lagi-lagi pasal hubungan yang tidak diketahui penghujungnya. Yalah, siapalah kita nak tahu usia hubungan kita dengan pasangan. Yang disangkakan selamanya, rupanya sementara. Manakala yang disangkakan sementara, boleh jadi selamanya. Dengan izin Allah.
"Orang KL. Adik Zayn."
"Adik Zayn?" Zayn... macam pernah dengar nama lelaki itu tapi tok ayah tak ingat pula rupanya macam mana.
"Haah,"
"Namanya siapa?"
"Zihni, tok ayah."
TBC
Update: 15012022.
Yeay, dah nak kahwin! Btw, sis bell dah buat tiktok balik. Ni account saya (zihniakalil)

ANDA SEDANG MEMBACA
ZIHNI √
RomansaCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...